Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Johan As'hari dan Lana Nordin Sudah berpisah?

Ha ini lagi satu parodi pasangan kekasih sebulan berpisah. Yang hari itu 3 hari couple dah nak melamar yang ni pulak sebulan berpisah. Johan kata sebab keluarga x setuju dia couple ngan Lana tu atau sebab lain-lain yang kita tak ketahui hanya Johan dan Lana je yang tau. So lepas ni siapa pulak jadi mangsa si Johan ni main pakai buang pulak dia ni..Maaf ya Johan. Heheheh.

Senarai Penuh Pemain Baru JDT 2014

Imej
Tanda tanya? Satu lagi pemain yang buat pusingan round about Mohd Amirul Hadi Zainal memberikan tanda tanya kepada peminat bolasepak tempatan milik siapakah lelaki ini samada JDT atau Pahang. Jika pada malam sabtu lalu nama beliau ada dalam senarai pemain JDT untuk musim 2014 nanti sewaktu sesi pengenalan pemain dan hari ini yang PBNJ mengesahkan yang Amirul belum lagi tandatangan kontrak tetapi telah tandatangan kontrak bersama Pahang. Ahhhh pening aaaaa... lagi memeningkan apabila nama Mat Yo tidak disebut semasa pelancaran jersi baru dan senarai pemain JDT. Senarai pemain yang dikeluarkan oleh Johor Football Association (JFA) menyenaraikan 17 pemain baru, termasuk Mohd Amirul Hadi Zainal, selain itu Norazlan Razali, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahyah dari Selangor,dan Mohd Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd Syakir Syaari dari Kelantan. Pemain Lions XII  Hariss Harun, Baihaki Kaizan, anak kelahiran Kelantan Mohd Nazrin Mohd Nawi dari Negeri S

Malaysia vs Indonesia Semi Final Update

Imej
  Pertembungan kembali final Sukan Sea 2011 tetapi kali ini pertemuan antara Malaysia dan Indonesia lebih awal di separuh akhir acara bolasepak Sukan Sea 2013 Myanmar. Pertembungan ini pasti lebih hangat dan mendebarkan seluruh peminat di asia tenggara kerana Malaysia merupakan juara 2 edisi terakhir sukan sea sebelum ini yang pastinya ingin mengulanginya buat kali ke 3 berturut-turut. Teruskan perjuangan Harimau Muda. Saksikan pertembungan  ini pada Khamis, 19 Disember 2013 pada jam 5.30 petang kerana Malaysia dah pajak masa nak main petang jer sebab Myanmar kata Malaysia power bila main petang hahaha. Aku percaya ada sabotaj ni nk kasi pemain OKS ni cepat letih tapi tengok kekuatan sebenar Harimau Muda. *Update Tahniah Indonesia menunjukkan jalan keluar buat Malaysia untuk tidak dapat masuk final Sukan Sea 2013 kali ini. Malaysia bermain dengan tenat sepanjang 120 minit permainan walaupun banyak peluang yang harus digolkan tetapi penyudah yang tumpul. Pemain yang aku maki2

Gadis Hilang Dicari Siti Nur Hanisah

Imej
Gadis Hilang Dicari. Nama: Siti Nur Hanisah (nama panggilan Hanisah) Umur: 23 Tahun LOKASI TERAKHIR: Taman Pinggiran Batu Caves. Berkemungkinan berada dilokasi sekitar Ong Tai Kim, Taman Setapak, Danau Kota, Gombak dan berhampiran dengannya. Jika ada terserempak/terjumpa mohon jasa baik untuk hubungi balai polis berdekatan. atau berhubung dengan abangnya(Ahmad Sharikin) ditalian 019 367 1173. Mohon jasa baik semua untuk sebarkan dan bantu mencari ahli keluarga yang hilang ini. Terima Kasih.

ZIKIR HARIAN

Imej
Marilah kita menyebutnya setiap masa agar hati kita tenang dan ingat kepada-Nya

Skandal Adi Putra - Nooraida

Imej
Kontroversi antara mereka ini berlarutan berikutan skandal "Whatsapp" antara Adi Putra dan Nooraida. Harapnya cepat-cepatlah selesai ya sebab benda ini mengaibkan mereka yang kita ini jangan dok jaja pulak cerita ini merata tempat dan menyebarkan gambar yang tak sepatutnya dan kepada Nooraida berpakaianlah dengan menutup aurat ya jangan menampakkan aset yang digemari oleh lelaki tu. Jika anda tgk pakaian anda ni Nooraida sesuai ker? * UPDATE Sudah jatuh ditimpa tangga la pulak dimana sekarang ini Nooraida telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu so kepada yang berminat bolehlah cuba untuk tackle janda meletop ni hahahaha. Tumpang sedih la pulak.

Malaysia vs Vietnam Sea Games

Imej
Penentuan tempat ke separuh akhir bola sepak Sukan Sea akan berlangsung petang ini menentukan siapa layak dalam kumpulan A. Kedua-dua pasukan boleh layak sekiranya menang tetapi jika seri Malaysia akan melangkah ke separuh akhir mengiringi Singapura yang sudah layak.Jadinya Malaysia perlu menang petang ini untuk melangkah ke separuh akhir seterusnya ke akhir untuk merangkul emas buat kali ketiga berturut-turut sejak 2009, 2011 dan mungkin 2013 menjadi tuah buat Malaysia. * Update Malaysia menang 2-1 ke atas Vietnam dan menjuarai kumpulan A dan akan bertemu Indonesia di separuh akhir.

Shasha Solero "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer "

Imej
Adus banyaknya lagu tajuk dia Macam Comel Jer Macam Cantik Jer mana satu nak dengar n nk kenal siapa penyanyi dia ya. Glamour plak si Shasha Solero tu pas ni comfirm la berlakon pulak tu memandangkan tengah hot skrg nie lepas tu ada wajah yang cantik manis bertudung pulak skrg ni lagi la org berebut nak ambil dia nie. Tahniah la ya nanti dah glamour jgn lupa legoland pulak hahahaha.

Proton Perdana Baru

Imej
Proton mengeluarkan varian baru bagi model perdananya dengan mengeluarkan model Proton Perdana base on Honda Accord. Dengan bentuk depan dan belakang yang diupgrade menampakkan kegagahan perdana baru ini. Jom skodeng sikit. Kredit gambar dari paultan.org

Samsung Galaxy Round 5'7

Imej
Wahh bentuk dia melengkung tu senang nak pegang kat tangan. Belakangnya cam note 3 guna cover cam leather jer tapi plastik yang tak licin. Macam best jeer macam cantik jer jom skodeng sikit gambar dia. kalau berminat boleh cari kat kedai atau beli online jer.

Sukan SEA Malaysia vs Brunei

Kepada anak buah Ong Kim Swee tahniah kerana menang dengan Brunei walaupun banyak kecacatan dan kelemahan dibahagian pertahanan yang terlalu longgar. Nasib menyebelahi Malaysia petang semalam kerana jika di ikutkan Brunei boleh menjaringkan 4 gol atas kelekaan barisan pertahanan yang membolehkan pemain Brunei lolos dengan mudah. Penyerang mereka kurang pengalaman dan gopoh punca bola mudah ditampan dan terkeluar. Malaysia juga tidak kurang peluang keemasan didepan gol tapi tak dapat digolkan walaupun berdepan dengan penjaga gol sahaja. Lagi satu perangai yang aku tak suka pemain tengah Irfan Fazail yang banyak mengentel dan memudahkan pemain lawan merampas bola sehingga hampir menghasilkan gol . Selepas ini bertemu Laos Jumaat ini jangan main macam bertemu Brunei kalau tidak merana la jawabnya. Pertahanan perlu dibaiki segera jika kita mahu melangkah lebih jauh.

Gaji penjawat awam naik lagi

Kepada sesiapa sahaja penjawat awam yang memiliki PHD dan Sarjana akan dinaikkan gaji mereka kepada beberapa tingkat kenaikan. Wah ini satu berita yang amat mendorong kepada semua penjawat awam untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Samsung Galaxy J aka mak jemah

Imej
Galaxy J menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1920×1080 pixel, memori sebanyak 3GB RAM, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, dan kamera 13-megapixel dengan sokongan rakaman 4K. Secara kasarnya, boleh dikatakan ia membawakan gabungan spesifikasi daripada Galaxy S4 dan juga Galaxy Note 3 dalam satu peranti. Rekaan peranti juga boleh dikatakan agak menarik, jikalau dibandingkan dengan Samsung Galaxy S4 sebelum ini. Memang menarik sekali dengan bentuk yang simple sahaja tp moden. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan diperluaskan ke beberapa pasaran lain, termasuk Malaysia.

Safee Sali berkahwin lagi dengan gadis seberang.

Imej
Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali bakal menamatkan zaman duda dengan memilih gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha sebagai pasangan hidupnya. Berita mengenai perkahwinan Safee yang bergelar jutawan bola sepak apabila menandatangani kontrak lumayan dengan kelab dari Indonesia Pelita Jaya FC mula tersebar di laman web sebelum ini. Bapanya, Sali Mian, 66, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu Safee bakal mengadakan majlis pernikahannya di Indonesia. “InsyaAllah selepas itu majlis perkahwinan akan di adakan di sinilah (Bidor) pada 28 Disember ini,” katanya, namun enggan mengulas lebih lanjut. KAD kahwin Mohd Safee Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. ** Sumber Harian Metro

Tol akan naik lagi?

Betul ke ura-ura kerajaan akan menaikkan harga tol di semua lebuhraya tahun hadapan cuma yang pastinya jika betullah kadar tol naik lagi ini amat membebankan rakyat keseluruhannya. Sudahlah kadar elektrik naik, caj astro naik , minyak naik, gula naik, apa lagi yang mahu naik lagi ni. Sabor je la Malaysia masih aman.

Tarif Elektrik di Semenanjung Malaysia Naik

Alamak selepas satu-satu naik kini tarif elektrik akan dinaikkan mengikut penggunaan di Semenanjung Malaysia. Kadar ini akan lebih membebankan kepada kilang-kilang dan juga syarikat yang banyak menggunakan bekalan elekrtik. Jika rumah anda penggunaan dibawah 300 KWj tiada kenaikkan yang akan dikenakan jika lebih kena bayar mengikut kadar yang telah ditetapkan. Jadi berjimatlah ya menggunakan elektrik.

Farhan Pula Bakal di gantung?

Imej
Mohd. Norfarhan Mohamad DUNIA bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan isu pelanggaran kontrak. Kali ini membabitkan bekas penyerang Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohamad yang didakwa melanggar kontrak perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor DT). Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari terakhir Taklimat Liga Malaysia (Liga M) 2014 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam. Jika sabit kesalahan, Farhan yang kini sah menjadi milik Terengganu bakal berdepan hukuman penggantungan selama semusim selain denda maksimum. Sama seperti kes tonggak pertahanan baharu Kelantan, Nazri Ahmad yang didakwa melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), isu Farhan yang dinobat sebagai penyerang terbaik Liga Malaysia 2013 kelmarin, turut mendapat perhatian FAM. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, pihaknya akan memutuskan status kedua-dua pemain itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sta

Wah syoknya diSelangor gaji naik lagi

Percayakah anda gaji MB, Exco, ADUN Selangor naik sehingga lebih 200%? Ni kalau gaji menteri naik juga comfirm la ada yang bising.

Johan Ashari akan berkahwin dengan Lana Nordin?

Imej
Betul ke berita yang aku dengar nie yang botak (Johan Ashari) nak kawin dengan gadis yang daring Lana Nordin tu. Biar betul nie, bukan ke dengan Shila Amzah yang comel lote tu. Kalau dah jodoh nak buat camner kita doakan yang terbaik sahaja la ya. Fikir positif that all. Tahniahlah Johan & Lana Nordin. Dengar cerita jumpa 3 hari jer pastu terus melamar nak kawin lagi cepat budak yang couple seminggu huhu. BAIK KITA CARI DUIT BANYAK2 BARU BOLEH KAWIN DENGAN ANAK DATUK KLIK SINI

Samsung Galaxy Grand 2

Imej
Variasi ketiga daripada keluarga Galaxy Grand, dimana hari ini selepas Galaxy Grand dan juga Galaxy Grand Quattro, pihak Samsung telah pun secara rasminya mengumumkan Galaxy Grand 2. Galaxy Grand 2 membawakan skrin bersaiz 5.25-inci, cip empat-teras 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan juga ruangan storan 8GB. Galaxy Grand 2 ini turut dilengkapi dengan bateri bersaiz 2600mAh dan dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean. Secara amnya, boleh dikatakan Galaxy Grand 2 ditujukan kepada mereka yang inginkan telefon pintar pada saiz phablet tetapi pada harga yang lebih rendah jikalau dibandingkan dengan Galaxy Note 3. Galaxy Grand 2 turut hadir dengan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya. Dari segi rekabentuk, Samsung turut membawakan rekabentuk kerangka belakang berasaskan plastik ala-ala kulit, seperti pada Note 3. Memandangkan Galaxy Grand generasi pertama menerima sambutan yang agak baik di pasaran Malaysia sebelum ini, mungkin kita akan dapat

Pasangan Pelajar Muatnaik gambar Ghairah dalam Facebook

Imej
  Gambar ghairah pasangan pelajar yang dimuatnaik dalam Facebook.     Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu. Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan. Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat. Tak hormati undang-undang Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP. Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakm

Nazri Ahmad Pemain TRW ke Selangor Cuba teka

Imej
    Nazri (kiri) kembali ke pangkuan Selangor tetapi semalam dilihat bersama skuad Kelantan.   Bekas pemain pertahanan Johor Darul Tazim (JDT), Nazri Ahmad mengundang padah kerana mungkin dikenakan hukuman penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menandatangani kontrak dengan dua pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Nazri, 23, yang tidak dilanjutkan kontrak untuk terus bersama JDT, bertindak menandatangani kontrak bersama pasukan negeri kelahirannya, Selangor beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, semalam Nazri membuat kejutan apabila hadir pada majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan untuk musim depan di sini dan turut diperkenalkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai salah seorang pemain baru skuad The Red Warriors (TRW). Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan Nazri sudah menandatangani kontrak bers

Rajagopal akhirnya disingkir

Kejayaan meraih emas Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dan menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama pada 2010 belum cukup untuk Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal mengekalkan jawatannya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya yang tamat 31 Disember ini. Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rajagobal, FAM sepakat memilih jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali sementara sehingga jurulatih baru dilantik. * Setelah bertahun lamannya untuk aku mendengar keputusan FAM tidak menyambung kontrak pengendali ketua jurulatih harimau malaya  Datuk Rajagopal akhirnya terlerai juga...dengan rasa bimbang takut-takut FAM menyambung lagi kontraknya lagi 15 tahun. 

Anda Pengkhianat Sebab Tak Bayar Cukai

Anda termasuk dalam golongan rakyat Malaysia yang mana pengkhianat atau seorang pejuang . Jika anda tidak membayar cukai atau lari dari membayar cukai anda dianggap sebagai pengkhianat negara dan perlu keluar dari negara ini. Pergi jejauh cari negara baru untuk anda tinggal ya...hahahahaha dasar x kenang budi setelah ku bagi bermacam-macam inikah yang kau bagi suruh bayar sket jer bukan banyak pun....renung-renungkan.

Johor Cuti Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu. Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. * Sah sudah cuti hujung minggu di Johor kembali seperti asal semula. Alhamdulillah hari Jumaat tidur dengan tenang sebab cuti so malam Jumaat adalah hari keluarga hehehehe.

Safee Sali Kembali ke JDT

Imej
SAH ! Safee Sali akan kekal bersama pasukan Johor Darul Ta'zim untuk musim hadapan. Safee amat teruja untuk kembali berkhidmat bersama pasukan JDT kerana bagi beliau "it is an unfinished business" Safee dengan nada semangat bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan berjanji akan bangkit untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat-peminat Johor Darul Ta'zim. Luaskan Kuasamu !!!

Remaja disorok di Vila Nabila

Imej
    Vila Nabila lokasi yang dikatakan tempat remaja hilang.   Johor Bahru: Kerajaan Johor akan menyemak semula status banglo tinggal dikenali sebagai Vila Nabila di Jalan Skudai di sini, sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap kediaman terbiar sejak kira-kira 40 tahun lalu itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya akan merujuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengenai banglo yang mendapat liputan meluas selepas seorang remaja dikatakan hilang ketika memasuki rumah berkenaan.  “Saya akan tanya Datuk Bandar (Ismail Karim) dan melihat macam mana sebelum sebarang tindakan diambil. Kita ingin tahu sama ada cukai dibayar atau tidak,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perancangan dan Penempatan bagi Organisasi Rantau Timur (EAROPH) 2013 di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang remaja didakwa hilang di banglo itu sebelum dia

Nama Vila Nabila popular semula setelah 40 tahun

Astro tak dibenarkan di pasang di kedai makan

"Motor kapcai tak di benarkan di highway" "Kereta 12 tahun mesti dilupuskan" "Astro tak dibenarkan di pasang di kedai makan" Kedai makan yang nak pasang astro kena daftar lain..caj tambahan rm100 setiap bulan..slot sukan..HBO..animal planet..takde..kalau ada yang ingkar..denda rm300k Benarkah apa yang aku dengar ni pasal hal-hal diatas kalau dah Astro tak boleh dipasang di kedai makan apa akan jadi orang yang x der astro kat rumah nak merempat mana nk tengok bola piala dunia tahun depan x kan kat rumah jiran pulak. Apa lah undang-undang yang dibuat ni macam x der otak betul la. Dah lah naik mendadak caj perkhidmatannya banyak pulak undang-undang baru itu ini tak boleh isk tak paham aku tak paham. Makin mengarut la pulak aku rasa siapa la yang boleh dok fikir bende macam ni dan meluluskannya ini semua menyusahkan rakyat yang telah dibebankan dengan macam-macam hal dengan GSTnya lagi. Adui...nasib baik negara masih aman.

Macam Comel Jer jadi trend

Wah popular la Syasya sekarang sebabkan video diyoutubenya macam comel jer macam cantik jer menjadi parodi dan sekarang siap ada lagu lagi yang dibuat oleh saudara Amar . Boleh tahan lagu dia sedap didengar n yang penting ada suara Syasya kat situ. Jom layan

Malaysia kalah lagi di tangan Qatar

Apalah nasib anak buah Rajagopal kali ini dimalukan di laman sendiri dengan gol mudah setelah berhempas pulas menyelamatkan dari banyak gol ditembusi ucapan terima kasih kepada Apek kerana cemerlang malam tadi tapi dengan kesilapan keluar untuk mengejar bola akhirnya dihukum dengan gol mudah sahaja. Nasib Rajagopal bakal ditentukan selepas disember ini kerana kontraknya akan tamat tapi aku rasa FAM tak akan buang si Rajagopal dan akan melantik semula untuk  5 tahun akan datang itu aku punya pendapat la . Cuma FAM sahaja yang tahu. Aku tengok ramai betul pemain JDT main malam tadi yang pasti aku dapat bayangkan bagaimana permainan JDT pada musim 2014 nanti.Kekalahan demi kekalahan terus menghambat skuad harimau malaya walau main dengan kelab sambilan sahaja. Aku sayang pada bola sepak Malaysia tapi itulah yang mampu sebab aku x boleh main bola pun tahu cakap jer. Lakukan perubahan FAM demi masa depan bola sepak Malaysia.

Kekalahan Malaysia di Bahrain

Aku dah cakap dah memang dah tak relevan lagi Datuk Rajagopal ni membimbing skuad kebangsaan perlu diganti segera dengan coach baru tapi apa kan daya sudah suratan takdir penentu segala eh macam Jamal la pulak ayat aku ni. So FAM please do something untuk kebaikan ranking Malaysia di mata dunia. Perubahan yang diperlukan sekarang demi kebaikan masa depan bola sepak Malaysia. 

JOM MENDERMA BUAT MASJID

Imej
SILALAH MENDERMA UNTUK SAHAM AKHIRAT 

Salam Maal Hijrah 1435H

Selamat menyambut Maal Hijrah 1 Muharram 1435H kepada semua umat Islam diseluruh dunia semoga tahun baru memyedarkan kita akan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang mengikut segala suruhan-Nya dan mengikut sunnah Rasulullah. Jangan lupa membaca doa akhir tahun sebelum masuknya waktu maghrib dan selepas maghrib kita baca pula doa awal tahun ya.

Tahniah Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013

Imej
  Tahniah buat semua pemain Pahang kerana anda layak untuk menang atas komitmen yang tinggi untuk mengenggam Piala keramat ititu Piala Malaysia setelah 21 tahun menanti. Kemenangan 1-0 ke atas Kelantan amat mengujakan sekali. Tahniah sekali lagi.

Bihun kandang Bab!!!!!! Sedapnya

Imej
Negara kita telah digegarkan oleh satu blog yang panas lagi hangat mengenai sebuah syarikat memproses bihun perisa babi yang telah memperdaya para pengguna dan pembeli. Malahan berita di saluran TV3 juga telah mengupas isu pedas ini. Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya. Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.  Kita sebagai umat Islam kena berhati-hati dalam pemakanan kita sekarang yang belum tentu halalny

Harga tepung naik dan gula naik

Imej
Salam berita dari kampung mengatakan yang harga tepung telah naik ini bermakna semua makanan yang berasaskan tepung akan naik juga. Maka dengan ini jom kita boikot makan tepung tapi masalahnya itulah makanan rugi orang Malaysia dan semestinya roti yang berada dipasaran akan naik juga harganya. Aduh lagi sekali disentap bila tengah makan. Apapun kita masih senang nak dapatkan bekalan tepung dari negara lain yang susah nak dapat tepung bersyukurlah negara kita masih aman. Lepas ni memasing tanam pokok ubi da n buat tep ung sendiri la yer hehehe.

Samsung Galaxy Note 3 terbaik

Imej
Akhirnya samsung galaxy Note 3 keluar setelah rumors setahun yang lepas dengan bentuk yang lebih elegen dan fungsi yang dipertingkat. Harga pasaran RM2300 atau lebih kurang lebih la tengok kedai yang menjualnya. Apa lagi jom serbu kedai la carik satu. Kalau nak yang clone punya pun dah ada jual cuma S-Pen nya tak macam ori ta tapi spec lebih kurang dengan harga la ya. kata orang alah membeli menang memakai tak gitu. cantik tak kak note 3 Galaxy Note 3 Original                   Yang gambar dibawah ini adalah yang clone punya sekali imbas macam criginal Samsung Galaxy Note 3 Fake Galaxy Note 3 Fake  

Minyak RON95 naik lagi untuk cegah seludup

Orang nk seludup ada apa kisah kalau minyak naik ke turun ker tapi yang parahnya rakyat jelata yang berpendapatan rendah n confirm barang naik harga punyalah. Terima je la nak buat camner inikan negara kita jangan bandingkan negara orang pulak. Sekarang ini pun bukan main harga mencanak-canak naiknya air teh o je dah naik 20 sen jadi 1.20 sedangkan modalnya 10 sen jer yang pernah aku tanya orang yang menjual air ni. Adakah dengan menaikkan harga boleh cegah seludup kita tunggu jer redha jer la.

Apple iPhone 5S dan 5C lebih murah?

Imej
Murah apakebedenya Iphone nih cakap jer murah tapi harga dia cecah Rm2K juga hahaha lawak betul la. 5S dan 5C cuma omong kosong jer la...macam aku confirm x mampu nak beli la....cuma sekadar dipinggiran sahaja. Dengan skrin hanya 4" berbaloi ker dengan harga yang ditawarkan. Pada saya ia amat tidak berbaloi sekali sebab saya tidak berduit hehehehe. Jangan marah ya Apple. Kalau nak yang clone pun dah keluar juga sejibik bentuk dan warnanya harganya sekitar RM350-RM550 jer tapi pakai android yang berwajah IOS7. Yang ni clone punya sebijik tak ngan ori cuma RM440 Ori Iphone 5C RM19XX Ori Iphone 5S RM23XX

Minyak RON95 & diesel naik lagi syukur

Minyak RON95 Dan diesel nail RM 0.20 seliter berkuatkuasa 3 September 2013 membuatkan Rakyat Malaysia panik until membeli saat akhir menyebabkan kesesakan yang teruk disemua stesen Pam minyak. Apa dengan pembelian panik INI dapat bertahan setahun ker, hanya seminggu her pastu jenuh LA membayar RM 2.10 seliter . Pemberian BRIM hanya segelintir sahaja yang dapat, bagaimana yang lain. Syukur kita bukan negara lain minyak masih murah.

Johor DT vs Perth Glory 14 Ogos 2013

Johor DT melakukan perlawanan persahabatan malam tadi menentang Perth Glory  dan Johor kalah 0-2. Permainan yang ditunjukkan amat tidak memberansangkan setelah sebulan berekat dan perlawanan malam tadi lebih kepada bertahan. Pada Piala Malaysia jangan la buat macam ni lagi yer.

Ajaran Syiah Perlu disekat di Malaysia

Berikut adalah 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah: 1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada. 3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud. 4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali. 5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir. 6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan). 7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi. 8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim. 9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 k

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Imej
Kepada semua pembaca rakan taulan selamat hari raya maaf zahir batin jika selama ini segala coretan ku ini ada menguris hati dan perasaan korang aku mintak maaf. Berhati-hati dijalan raya dan pulang dengan selamat.

Kanak-kanak hilang adik Aisyah

Imej
jika anda terjumpa kanak-kanak ini sila berhubung terus dengan polis berdekatan.Comel budak ini. Angkara manusia durjana yang mementingkan diri n tanpa rasa kasihan. Dengar cerita ia adalah angkara cinta diFB dan lelaki ini telah mengelapkan RM25000 wang ibu tunggal ini. Wah banyaknya duit dah dekat raya ni raya sakan la teman lelaki dia ini yang telah menghilangkan diri selepas rahsia terbongkar. Update Kanak-kanak yang hilang ini telah ditemui semula semalam apabila ibu kepada lelaki yang membawa/melarikan kanak-kanak ini telah membuat laporan polis. Terima kasih kepada semua yang membantu. 

FAM SAYANG SANGAT PADA RAJAGOPAL I LOVE U LAHHHHHHHH

Imej
LOVE U LAH RAJAGOPAL Tiada masalah untuk FAM pecat sahaja Rajagopal tu tapi disebabkan sayang yang teramat sayang sehinggakan melupakan semua apa yang terjadi pada skuad harimau malaya sekarang ini. Tak kisah la carik la penganti sementara pun ok apa asalkan bukan di Rajagopal tu. Nak tengok lagi ke harimau malaya dimalukan lagi ker. Aku tak paham memang tak paham, ilmu apa yang diguna oleh Rajagopal ini sampaikan FAM pun tak berani nak pecat jurulatih ini. Aku sarankan FAM terus ikat si Rajagopal ini menjadi jurulatih harimau malaya seumur hidup jer senang. Semua tak penting janji sayang Rajagopal masih didepan mata. Kata Rajagopal dengan nada yang angkuh " Jangan ganggu kerja saya".

Adakah begini wang zakat diedarkan?

Imej
Sudah banyak kali ku dengar berita yang susah sangat nak mohon bantuan dari PPZ ni betul ker? Jika ada betulnya perbaiki kaedah pengagihan dan pemberian wang zakat ni. Kaedah permohonan yang dipermudahkan tak perlu banyak birokrasi jumpa orang tu jumpa orang nie mintak sokongan orang tu orang nie.

Ninetology menawarkan smartphone terbaru

Imej

Rajagopal dimalukan di Jepun

Imej
Hahahaha experimen amat berjaya dari Datuk Raja di Jepun tahniah sekalung tahniah diucapkan buat jurulatih paling aku kagum didunia ini. Dengan 3 perlawanan bersama kelab divisyen 1 dan 2 jepun skuad Rajagopal menang sorak jer dengan bolos 12 tanpa ada jaringan. Memang sudah dijangka dengan kelab-kelab bawahan sahaja tu main tapi boleh kalah juga pelik betul tektikal apa la yang digunakan sampai keputusan yang amat-amat memberangsangkan ini.FAM akan bermesyuarat hari ini bagi menentukan nasib jurulatih yang dah letih dah ni. FAM tolong la cari pengganti baru yang mempunyai idea baru untuk bolasepak Malaysia.

Biadap dan menghina sungguh video terbaru menghina Islam

Imej
Belum pun reda dengan kes sebelum ini tentang video menghina islam kali ini muncul lagi video yang menghina islam dimana seorang menyambut aidilfitri bersama anjing.Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk. Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing. * Sumber Berita Harian dia ni keturunan apa buat malu kaum sendir jer ? Melayu jantina apa ? Wanita/perempuan/tomboy Tak sudah-sudah pasal menghina Islam bagaikan satu barah yang bahaya jika berterusan umat Islam diMalaysia dihina sedemikian. Aku rasa ini sudah lebih

Azmi Mohamad ganti Fandi Ahmad Jurulatih Johor DT

Imej
Jurulatih baru Johor DT Azmi Mohamad Akhirnya masa depan Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih Johor Darul Takzim (DT) terjawab, semalam selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak menggantikannya dengan jurulatih Johor FC, Azmi Mohamad. Fandi bagaimanapun masih dikekalkan sebagai pengurus Johor DT sepanjang saingan Piala Malaysia yang bermula pada 20 Ogos ini. La pulak dengar-dengar nak guna jurulatih import tak jadi ker ? X per la murah sikit dari guna kepakaran luar baik guna anak jati johor jer sebab nak ambil Pablo Aimar punya pasal la nie sampai RM6.1 juta untuk semusim. Berbaloi ker nanti tu dengan harga yang wow dapatkah Johor DT merangkul kejuaraan liga, FA atau Piala Malaysia. Saudara Fandi Ahmad dan penolong jurulatih terima kasih