Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Pembentangan Bajet 2018

Imej
Pembentangan Bajet 2018 bakal tiba tak lama lagi. Apa yang anda harapkan dari pembentangan kali ini. Terasa bajet yang lepas pun macam tak sampai jer kat aku hehehe. Harapnya bajet kali ini lebih menguntungkan rakyat yang terlalu terbeban dengan pelbagai cukai, kenaikan harga barang, kos sara hidup, kemiskinan dalam bandar dan pelbagai bebanan yang rasanya tak tertanggung. Tapi anda perlu ingat satu, Allah tidak akan memberikan kita sesuatu dugaan yang tidak mampu kita tanggung kerana itu kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.

Takziah Diucapkan kepada keluarga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Imej
Belum terlambat untuk aku ucapkan salam takziah buat keluarga yang telibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar membabitkan 23 pelajar dan tenaga pengajar terkorban kerana terperangkap dalam kebakaran tersebut. Tragedi ini amat memilukan lagi kerana punca kebakaran disebabkan oleh dendam. Oleh itu, buanglah sifat dendam dalam diri kita dan tanamkan dalam hati sifat memaafkan kesalahan orang.

Harga Samsung Galaxy S8 & S8 Plus

Imej
Wow itulah perkataan pertama keluar setelah melihat bentuk dan rupa Samsung Galaxy S8 baru yang sungguh canggih & elegen. Harganya pasti menarik juga. Pasti ramai menanti-nanti bilakah gajet ini akan masuk ke pasaran Malaysia. meh sini saya belanja sikit gambar Galaxy S8 ni. mana satu pilihan hati

Badi kekalahan terus menyelubungi skuad JDT

Imej
Selepas kekalahan kepada Pahang dalam suku akhir pertama Piala FA kali ini dalam kumpulan Piala AFC kalah kepada Global FC pula dengan jaringan yang agak besar. Dilihat benteng pertahanan JDT agak longgar dan goyah setiap kali pihak lawan kaunter attack. Corak permainan yang tidak sedap dilihat berbanding sebelum ini. Pemain bermain sambil lewa dengan hantaran dan gelecekan yang mudah di rampas lawan. Banyak kesilapan individu dalam 2 kekalahan JDT ini. Jurulatih Mora dilihat kehilangan corak tektikal permainannya. Piala FA Piala AFC

Drama Gomez & Presiden FAM

Imej
Sejak dua tiga hari ni tular kisah drama tentang ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia yang menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia tentang status beliau dan kemelut pembantu jurulatih yang tiba-tiba sahaja menjadi bualan topik hangat masa kini. Apa yang terjadi sebenarnya dan siapa benar dan siapa salah dalam hal ini. Kita sebagai peminat ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya dan adakah semua keputusan dilakukan sebelah pihak sahaja tanpa ada perbincangan terlebih dahulu. Jurulatih Kedah yang meletak jawatan  untuk menjadi penolong kepada ketua jurulatih dikatakan bukan pilihan beliau. Saya dah sedia tapi org tu x nak malu la saya mcam ni Sudah confirm ke belum saya jadi Ketua Jurulatih ni ?

Jersey Limited Edition JDT 2017 sama dengan jersey Atalanta 2016/17

Imej
Jersey Atalanta 2016/17 Jersey JDT 2017 Kalau dilihat memang sama dari segi designnya cuma warna sahaja yang membezakannya.

Perlawanan Pre-Season JDT di Thailand

Imej
Setelah dua perlawanan persahabatan dilalui JDT keputusan seri dan kalah namun ia bukan ukuran sebenar pasukan JDT kali ini. Perlawanan liga Super akan bermula pada 20 Januari ini menentang Kedah dan bagi menggondol juara Piala Sumbangsih untuk tahun 2017. Jika menjadi juara JDT merupakan kelab pertama menang treble Piala Sumbangsih ini sejak 2015 dan 2016.Penyudah masih belum nampak lagi bagi team JDT namun jangan risau pastinya Wak Gomez ada perancangan yang terbaik buat pasukan. Perlawanaan pertama seri Perlawanan kedua kalah

Jersey Baru JDT 2017

Imej
Anda semua pasti tak sabar nak tahu macamana jersey baru pasukan JDT 2107 . Saya sendiri tak sabar nak tengok. Pelancaran jersey baru ini akan di lancarkan pada 12 Januari 2017 di Dataran Bandaraya Johor. Penaja jersey utama bagi JDT musim 2017 ini adalah Nike yang pastinya sesuatu yang baru dan rekaan terkini. Harapnya harga mampu milik supaya semua rakyat Johor mampu membelinya demi pasukan JDT. Kit baju latihan berwarna pink lagi uu allll Kit baju latihan berwarna biru Kit baju untuk kejurulatihan pun gerek juga ni Kit jersey latihan yang awal Kit jersey nike latihan ni pun cantik juga

Faiz Subri menang anugerah Puskas 2016

Imej
Tahniah diucapkan kepada Mohd Faiz Subri kerana telah memenangi anugerah gol tercantik 2016 mengalahkan pesaingnya yang lain. Anda telah mengharumkan nama Malaysia dipentas sukan bolasepak dunia. Steady brader lepas ni mungkin tunggu lama lagi utk seorang lagi rakyat Malaysia menang macam ni . Lepas ni ramai la pemain ternama main kat Malaysia.

Minyak naik lagi RM00.20 pada awal tahun 2017

Imej
2017 awal tahun baru yang  sangat pelik  dan haru buat rakyat Malaysia dimana rakyat Malaysia menyambut penuh gembira kerana harga minyak petrol naik buat pertama kalinya. Selama ini pasti semua rakyat Malaysia naik minyak disebabkan harga petrol naik. Rakyat telah dibebankan dengan pelbagai cukai, harga barang semua naik melambung, duit Ringgit jatuh menjunam sejunamnya belum pernah lagi sejunam ini . Ramai hilang kerja kerana banyak pelabur lari ke negara lain yang kosnya lebih murah. Harga kereta semakin naik dan terus naik menjadikan rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Semoga tahun baru 2017 memberi sinar baru buat semua .

Liga Malaysia 2017 pasti sengit

Imej
Liga Malaysia 2017 bakal bermula tidak lama lagi dengan setiap pasukan berlumba-lumba mencari pemain terbaik untuk musim ini untuk merangkul kejuaraan untuk musim 2017. Yang pastinya setiap pasukan akan cuba untuk menyaingi kehebatan pasukan JDT yang telah merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak 3 kali berturut-turut . Banyak drama telah terjadi sebelum bermulanya liga dengan drama tarik tali Kelantan dan Selangor yang dikatakan kekurangan dana yang pada mulanya menarik diri dari liga dan akhirnya menyatakan akan meneruskan kempen pada tahun ini. Perbalahan antara pasukan itu dan ini menjadi viral dimedia sosial. Kehadiran pemain-pemain import baru yang boleh dikatakan "POWER" menghiasai liga kali ini. Antara pasukan yang bakal menyaingi kehebatan JDT adalah seperti pasukan baru dari Liga Perdana iaitu Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Felda dan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah juga Selangor walaupun menghadapi masalah. Disini disertakan serba sedikit tentang Liga Sup