Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 26, 2010

Malaysia Juara Piala AFF 2010

Imej
  Gambar dipetik dari Harian Metro Tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya merangkul gelaran Juara Piala AFF 2010 dengan kemenangan 4-2 secara agreget. Walaupun tewas 2-1 pada malam tadi dalam perlawanan akhir kedua. Tahniah kepada semua pemain yang berjaya menjalankan tugas dengan baik. Tahniah juga kepada perdana menteri kerana memberikan cuti umum kepada seluruh rakyat Malaysia pada 31 Disember 2010 kerana kejayaan menjulang Piala AFF 2010 kali ini. Teruskan membina pasukan yang lebih kuat dan dapat menjulang Piala Dunia selepas ini. Memang sesuatu yang hebat berlaku dalam  kancah bolasepak Malaysia. Nama Malaysia berkumandang diseluruh dunia ketika ini. Ditulis oleh Royzam

Jersi biru bawa tuah kepada Pasukan Malaysia

Imej
kalau anda perasan pasukan bolasepak Malaysia memenangi beberapa kejohanan besar seperti sukan sea, pestabola merdeka, sukan asia 2nd round, dan skrg final AFF dengan memakai baju biru. So teruskan pakai baju biru wahai pasukan Malaysia memang ada onngggg. Malaysia Boleh. Ditulis oleh Royzam

Kucing terbiar VS kucing peliharaan

Imej
Kesian betul aku tengok kucing terbiar tapi aku tak boleh bela kucing kat rumah sebab ada budak kecik, bagaimana jalan penyelesainnya anda fikir-fikirkan Ditulis oleh Royzam

Teringin juga aku tanam pokok anggur macam ini

Imej
Setelah mencuba beberapa kali menanam pokok anggur akhirnya benih yang ku tanam telah bercambah . Inilah gambar pokok anggur yang aku tanam dalam pasu hehehe Harap-harap pokok anggur ini dapat membesar macam gambar kat bawah ini. Ditulis oleh Royzam

Apa kes laser jadi bahan

Setelah sekian lama, gelombang bolasepak melanda 2 negara serantau yang berjiran di Final AFF 2010 dimana laser menjadi bahan sebagai perbualan membantu kemenangan Malaysia. Apa kena mengena dengan laser  ini, kalau pemain tidak bermain adakah bola akan menerjah masuk ke dalam gawang atau laser yang masukkan, kelakar betul. Jika diamati semasa malaysia menentang indonesia pada pelawanan pertama tengok muka penjaga gol malaysia yang dipenuhi cahaya hijau pada gol pertama mereka. Ini angkara siapa. Tunjukan semangat kesukanan bukan perang. Buat pemain Malaysia tunjukan semangat kesukanan yang tinggi dan jangan terikut-ikut dengan karenah pemain dan penyokong lawan yang sememangnya over. Teruskan usaha kaki dah sebelah jadi juara kekalkan momentum anda semua. Buat semua rakyat Malaysia teruskan sokongan anda dan berdoa Malaysia menang. Ditulis oleh Royzam

Malaysia Menang

Tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia yang memenangi perlawanan akhir pertama di bukit jalil malam tadi dengan 3-0 kepada Indonesia. Teruskan usaha anda hingga ke akhir 90 minit lagi di Indonesia pada 29 Disember 2010 . Dengan bekalan kelebihan gol ini kita berpeluang menjuarai Piala AFF kali ini buat pertama kali. Tahniah sekali lagi kepada semua pemaian Malaysia. Malaysia BOLEH. Ditulis oleh Royzam