Catatan

Tunjukkan catatan dari April 8, 2012

Isu Makanan Halal Haram Dalam Satu Tempat

Imej
Ya berkenaan isu halal haram makanan yang kita makan seharian seperti tiada kesudahannya kerana baru-baru ini satu serbuan telah dibuat oleh pihak berwajib yang telah menyiasat sumber makanan sejuk beku telah menjumpai makanan sejuk beku halal dan haram telah disimpan dalam satu tempat dan diletakkan dalam keadaan yang bercampur. Apakah kes ini adalah kecil atau sebenarnya semua yang kita beli yang berada dipasaran sekarang ini adalah bercampur dengan makanan haram sewaktu disimpan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Persoalan ini bermain dikalangan masyarakat Islam dan mengundang was-was untuk membeli barangan makanan tersebut. Permasalahan ini perlu ditangani segera bagi memastikan makanan halal tidak bercampur dengan makanan haram yang disimpan dalam satu tempat. Kebanyakan masalah ini berlaku adalah di tempat pemborong makanan. Jadi sebagai masyarakat Islam perlu ada satu hub halal atau satu tempat penyimpanan yang khas hanya untuk umat Islam sahaja diwujudkan.

Apa kes! Apa dah jadi ini pasal ABPBH

Dah dekat seminggu tapi kemenangan masih dipertikaikan. Aku tak paham la dunia hiburan ini. Apa yang aku tau harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin ok.

Anugerah Bintang Popular ABPBH 2012

Akhirnya sudah terjawab siapa yang paling popular pada tahun 2011 untuk anugerah Artis paling popular ABPBH2012 adalah Aron Aziz. Tapi yang aku tak sangka adalah kemenangan Fizz Fairuz tapi memang dia layak menang sebab dia banyak berlakon dan watak yang dipegang banyak memberi kesan. Tahniah buat semua .