Catatan

Tunjukkan catatan dari April 28, 2013

Cendawan kembang diwaktu malam

Imej
Cendawan kembang hanya diwaktu malam dan layu bila siang hari. Nak tengok tak cendawan yang hanya hidup pada malam hari sahaja dan layu menguncup disiang hari. Cendawan ini putih dan cantik bentuknya, tapi tak tahu pulak boleh makan ke tidak. Kongsi info pasal cendawan jika anda pernah jumpa. Jom skodeng

Menghitung hari mengundi PRU13

Hari ini hari khamis, esok jumaat , lusa sabtu dan ahad mengundi yahoooooooooooo. Tak sabar rasanya saya mahu menunaikan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam pemilihan tampuk pemerintahan negara Malaysia. Sudah 3 kali saya mengundi termasuk yang kali ini. Siapa yang bakal mendapat mandat PRU13 kali ini menjadi tanda tanya sehinggalah SPR mengumumkan siapa yang menang dan siapa yang tumbang.Kita sebagai rakyat Malaysia janganlah membuat kacau atau melakukan perkara yang boleh menguggat keamanan yang kita kecapi selama  ini. Jangan taksub sangat biar sederhana sahaja. Jika dah pergi mengundi dan jari telah dicalit dengat dakwat kekal tak payahlah nak menyusahkan diri nak hilangkan dakwat tu untuk mengundi sekali lagi. Jika ada rezeki menang takkan kemana punyalah. Aku pelik pulak kalau dah mengundi pastu nak mengudi lagi kan ke nama dalam senarai tu dah dipotong atau digaris dengan pen. Mana datangnya pengundi hantu ni dia pakai kad pengenalan apa pulak