Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 7, 2013

Hangat video budak baru couple seminggu

Aduhh berapa lama couple ya...haaaaaaa baru seminggu jer ingat dah bertahun tadi. Aduyai bebudak nie tp kira lama la tu seminggu hahahaa... eh saya couple lagi lama la tak kecoh pun hehehe. Kepada sesiapa yang belum tengok jom skodeng dan versi parodi la pulak

Kakitangan Awam dibenarkan hanya 10 tahun untuk pinjaman peribadi

Imej
Setelah bermacam masalah timbul berikutan kakitangan awam yang mempunyai hutang keliling pinggang kerajaan membuat rang undang-undang baru yang membenarkan hanya 10 tahun untuk pinjaman peribadi dan menambah menjadi 35 tahun untuk pinjaman perumahan. Kenaikan gaji juga telah menjadikan kakitangan awam menambah hutang mereka bagi membeli aset baru, ini sesuatu yang tidak sihat. Kenaikan harga barang dan perayaan yang bakal menjelang menjadikan mereka lagi terbeban. Kepada semua kakitangan awam mestilah pandai menguruskan kewangan mereka bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan belenggu hutang.

Selamat datang bulan Ramadan

Imej
Tinggal berapa jam sahaja kita akan melalui bulan yang penuh barakah dan suci iaitu Ramadan. Jom kita tinggalkan segala perkara yang tak baik sebelum ini dan memulakan kehidupan menjadi muslim yang sebenarnya. jom kita melakukan ibadah sebanyak-banyaknya pada bulan ini dan menjadikan kita seorang sentiasa bersyukur. Banyakkkan menderma dibulan ini kerana pahalanya berlipat kali ganda. Ayuh kita. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan seislam seluruh dunia. saya iingin memohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menulis blog ini ada menguris perasaan semua.

JDT kempunan lagi

Setelah tamat persaingan Liga Super JDT berada ditempat ke-3 setelah mendapat keputusan seri 1-1 menentang Selangor pada perlawanan terakhir walaupun mempunyai mata yang sama 40 tetapi dibezakan dengan jumlah jaringan bolos sahaja. Johor DT juga kempunan untuk bermain di Piala AFC tahun depan hanya tempat pertama Liga Super dan Juara Piala FA sahaja layak. Johor jangan berduka tahun depan kita cuba lagi dengan membawa kesemua kejuaraan.