Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 9, 2013

Betul ke Wan Zack Haikal Kembali Semula Ke Liga Malaysia

Imej
Wan Zack Haikal Apa sudah jadi kepada pemain-pemain bola sepak Malaysia  apabila seorang demi seorang yang baru beberapa bulan berkelana dinegara orang pulang untuk bermain dinegara sendiri.Sebelum ini Nadzmi Faiz. dan Fakri Sahrani terbaru penyerang berbakat Wan Zack Haikal yang baru beberapa bulan bermain bersama kelab Ryukyu FC di Jepun dikatakan memutuskan untuk kembali ke dalam liga Malaysia. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti jer jangan percaya selagi belum mendapat berita sahih ini. Aku naik menyampah pulak dengan pemain-pemain bola sepak  Malaysia yang rata-ratanya mahu bermain lebih tinggi dan mahu bermain di negara orang tapi itu semua hangat-hangat taik ayam jer nampaknya. Tiada semangat langsung untuk mengatasi masalah yang kecil seperti makanan, cuaca,  dan sebagainya. Dah la lepas ni tak payah nak berangan untuk bermain kat negara orang ya semua pemain bola sepak Malaysia. Aduhai macamana la permainan Malaysia nak maju macam nie jangan nak berangan la nak menjulang P

Proton lancarkan model baru Saga FLX SV

Imej
Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton akan memperkenalkan varian terbaharu daripada salah satu model kereta syarikat berkenaan dengan harga rendah yang mampu milik, pada Sabtu ini. Berkuat kuasa tarikh berkenaan, pembeli yang berhasrat untuk membeli kereta varian baharu itu boleh menikmati penjimatan harga lebih daripada 10 peratus. Anda juga boleh mendapatkan kereta ini pada potongan harga 10 peratus. Berdasarkan kenyataan Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, tawaran harga rendah bagi varian kereta Proton itu seiring dengan langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat. * UPDATE  

Harimau Malaya Terkulai Lagi Di Australia

Imej
Skuad Rajagopal kalah lagi kepada Marconi Stallions 0-2 semalam. Apa sudah jadi eksperimen Rajagopal di Australia gagal dan memalukan hanya menang sekali dan kalah 2 kali. Aku sebagai peminat bola sudah muak dengan cara kendalian En. Rajagopal ini, tolongla FAM buat sesuatu carilah penganti demi masa depan bola sepak Malaysia. Tektikal yang digunakan sudah tidak relevan lagi setelah kekalahan demi kekalahan skuad Harimau Malaya dengan skuad yang sepatutnya kita boleh mengatasinya dengan mudah. Apapun tahniah la teruskan perjuangan. Rajagopal

Huhuh sedihnya pengadil Perlawanan Kelantan Terengganu digantung

Huh dengarnya pengadil perlawanan antara Kelantan vs Terengganu telah digantung 1 tahun kerana kesalahan membenarkan gol Nwaneri yang berada dalam kedudukan offside serta pemberian kad merah kepada Effa Owana. Tetapi keputusan tetap dikira sebagai Kelantan kekal akan ke perlawanan akhir menentang Johor DT. Apa nak buat keputusan telah dibuat pada masa tu semua pemain dan pengadil dah penat sebab main petang agaknya. Inilah jadinya bila emosi menguasai diri, agak-agak pengadil tu asal dari mana ya?

Sony Playstation PS4 telah keluar

Imej
Sony Playstation PS4 Nah ambik ko inilah PS4 terbaru dari sony amacam sama tak gambar sebelum ni x sama langsungkan hehehe lagi besar dan ganas siap ada cam kinnect xbox lagi .Penampilan terbaru Sony Playstation  PS4 bagi menyaingi Microsoft Xbox. Dengan kawalan permainan samada menggunakan joystick atau pergerakan tubuh badan membolehkan pemain bermain secara bebas. Harap harga lagi murah dari Xbox One yang dikeluarkan oleh Microsoft.

Microsoft umum konsol Xbox One baru RM1,547

Imej
Xbox One     Los Angeles: Microsoft Corp mengumumkan konsol Xbox One barunya yang akan dilancarkan November ini di Amerika Syarikat (AS) akan dijual pada harga AS$499 (RM1,547), lebih tinggi daripada yang dijangkakan peminat konsol permainan video. Harga itu adalah lebih mahal daripada konsol sekarang, Xbox 360, tetapi peranti baru datang bersama pengimbas gerakan permainan, Kinect untuk permainan bebas tangan. Microsoft mengumumkan mengenai Xbox One awal bulan lalu sebagai langkah terbaru dalam persaingan dengan Nintendo Co Ltd dan Sony Corp dalam perniagaan permainan video di AS yang bernilai AS$65 bilion (RM202 bilion) setahun. Ketika membuat pengumuman itu di Ekspo Hiburan Elektronik (E3) di sini, Microsoft berkata, konsol itu akan dijual di 21 negara, termasuk United Kingdom pada harga £429 (RM2,016). Pengumuman harga itu mendapat rungutan majoriti penonton, yang sebahagian besarnya adalah peminat tega

Eksperimen Rajagopal Harimau Malaya

Imej
Kah..kah..kah... apa la lawak lagi kali ini yang Cik Rajagopal nak buat setelah kalah kepada pemain sambilan sahaja. Adakah duka ini akan berterusan yang menentang satu lagi lawan kelab yang bakal menaikkan namanya semula atau mengaibkan nama negara. Persoalan ini bermain dikepala semua rakyat Malaysia adakah eksperimen di Australia berjaya atau tidak. Persoalan kenapa mengambil pemain yang sama sahaja yang nyata tidak boleh bermain diperingkat tinggi sedangkan ramai lagi pemain dikancah Liga Super ini yang lebih berbakat, bagilah mereka peluang untuk bermain , jika tidak sampai bila nak cakap mereka tiada pengalaman jika tidak diberi peluang. Selalu sangat ayat ini keluar mereka tidak ada pengalaman sedangkan mereka tidak diberi peluang macamana nak ada pengalaman betul tak? Macam temuduga juga la gamaknya tanya orang ada pengalaman kerja tidak sedangkan dia tidak diberi peluang untuk bekerja sebelum ini. Apa soalan la kasi tukar la  ini statement. Apa yang pastinya peminat bolasepak