Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Cara jimat belanja di waktu rakusnya pembela tidak membela

Cara 1 same la i pun rsa trbeban dek kerana kos sara hidup yg semakin meningkat. bawak bekal dr awal mula keja thun 2011 mmg ajar bwk bekal isnin-khamis.Jumaat je mkn luar nk gak merasa mkn luar ngn kengkawan.bila dah kawen pon msih meneruskan bawak bekal cuma husband je x bg bekal sbb dia keje marketing so dia tkt bwk tu x termakan kdg2 jmp klient, klient belanja mkn. Da ade anak berusaha sedaya upaya bg susu bdn wpon susu da drop sgt2 tp cuba gak sbb rezeki Allah tu luas mne tau boleh bfeed smpai 2 thun. positip jela.anak pon tolak susu fm. kuar jln2 pon sekali sekala je x cm dlu2 sbb nk jimat minyak,tol, kang paking lg, pastu mkn lg dll. nk soping utk kepuasan sndri pon mmg xde gaya la.keje ni utk bayo bnda2 yg semakin mahal n hutang2 je.huntang, belaja, rumah, brangan dapur lg. dah x tau nk ckp cmne lg ngn kehidupan sekarang ini. :( Cara 2 I feel you. Naik public transport sudah, bawa bekal pun sudah. Bawa anak jalan2 ke shopping mall 3 bulan sekali, tu pun tak be

Naik..dia naik lagi apalah nak jadik

Sejak dua menjak ni perkataan paling popular adalah "NAIK" . Kenapa ya jadi macam ni...naik giler semua orang bila dapat tahu semua NAIK x der plak yang turun. Hujan turun banjir plak yang naik hehehe. Memang giler la . Disana sini orang meluahkan perasaaan dan menjadi viral disebabkan naiknya semua benda dan perkhidmatan yang ada. Stressnya camner la nk ubah lagi gaya hidup kalau macam ni semua NAIK. Memang seram ni...seramnya..aku pun dah naik seram ni.

VAPE diharamkan di Johor

Imej
Adakah anda sudah bersedia akan pengharaman ini . Nasib baik saya bukan pengisap rokok atau VAPE x derlah merasa apa-apa atas pengharaman ini. Lagipun benda baik mesti disokongkan. Rokok dan Vape ni kan membazir jer x der faedah pun hisap habiskan duit aja adalah. Cuba fikir guna akal yang waras dan logik ya sebelum anda nak marah2 atau nk hentam kenapalah nak haramkan vape ni kan sebelum ni pun rokok pun haram gak tp tetap hisap jugakan..so what d fish all about nk marah2 vape diharamkan....dah nama haram jgn di ambil. Macam babi sah2 haram tp ada yg jahat masih masukkan dalam makanan mcm tu dgn vape n rokok dimasukkan dadah...so tinggalkan benda yg laghoooo ni lebih baik. Nampak elok ke kalau bervape ni

Vape atau rokok elektronik diharamkan!

Imej
IPOH – Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan penggunaan vape atau rokok elektronik sebagai haram. Menurut pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, keptutusan itu dibuat mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah pun diputuskan sebelum ini. “ Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram . “ Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu ,” katanya memetik Utusan Online

JDT Masuk Final Piala AFC pada 31 Oktober 2015

Imej
  TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG DAN PENAJA Perjalanan menuju perlawanan akhir Piala AFC merupakan suatu perjalanan yang amat mencabar. Lebih mencabar lagi bagi JDT memandangkan ianya kali pertama JDT bersaing dalam kejohanan ini. Namun begitu, segala usaha kita telah membuahkan hasil, dan layak ke peringkat akhir adalah satu pencapaian yang hebat. Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa sokong an para peminat dan penaja kita. Setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada semua penyokong dan penaja sekalian. Saya juga ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang akan berangkat ke Tajikistan untuk menyaksikan detik yang amat bersejarah ini, terutama sekali bagi seluruh rakyat Johor. Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada seluruh penyokong dan para penaja JDT. DYAM BRIGADIER JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Pembentangan BUDJET 2016

Jumaat lepas sudah PM kita telah bentangkan BUDJET 2016 so rumusan kepada semua yang dicakap selama sejam tu inilah isinya Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia Bajet 2016 memperuntukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama. Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016. GST dikecualikan bagi barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasas kacang soya dan susu organik, dhal, gula merah, mee kolok kering dan lain-lain. GST turut dikecualikan ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D. Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020. RM

Gempar! Orang ramai berpusu-pusu join program buat duit ini

Imej
Anda mencari income tambahan??? 1 hari RM30-150 atau lebih lagi Anda yg tentu kan!! Income level yg semakin besar!!! Saya akan kongsi kan satu program yg boleh buat income tambahan terbaru 100% income direct  ke acc bank 100% anda dpt sebab tiada e-wallet dan tiada org ke tiga.. Jika berminat anda boleh terus ke web daftar PERCUMA...tq http://bit.ly/1GbRlTJ  

Download Polis Evo (2015) HD Full Movie

Imej
Alkisah Polis EVO Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama b

TPPA Adakah Malaysia akan tandatangan?

Imej
Kecoh sudah pasal TPPA apa akan jadi kalau TPPA ini ditandatangi.  Tapi macam semua dah agreee jer pasal TPPA ni, dah dapat bayang apa akan jadi nanti.????

JEREBU makin teruk

Imej
Ahhhh apa nak jadik sekarang ni makin hari makin berjerubu akibat perbuatan rakus manusia mengejar kekayaan yang sementara dan akibatkan orang lain merana.   Sekolah pun dah tutup 2 hari memang membebankan ibu bapa yang bekerja terpaksa membawa anak mereka ketempat kerja. No choice... Kenapa harus jadi begini setiap tahun bencana jerebu terjadi tetapi tindakan macam tiada apa yang dibuat. Alooo orang yang berkuasa lakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini jangan dok tuding jari tapi lakukan tindakan segera.

AHHHHH Minyak naik lagi???

Imej
Baru merasa minyak bawah RM2 skrg dah naik lagi ahhhhhhh itulah keluhan rakyat Malaysia yang sedang dilanda masalah ekonomi yang tak menentu nilai ringgit jatuh kepada nilai yang tak pernah terfikir akan turun seperti ini dan kerajaan tetap tak mahu menambat nilai ringgit. Jerebu lagi dah hampir sebulan dah dok sedut udara kotor yang disebabkan dari pembakaran hutan oleh negera jiran. Ahhh apa nak jadi lah setiap tahun dok macam ni jer masalah sama berulang buat la sesuatu ooiii negara jiran ooiiii .

Bila Menteri baru dilantik berkata2

Baru berapa hari dilantik menjadi menteri dalam kabinet baru Pak Jib macam2 statement keluar yang semakin memburukkan keadaan dan menjadi tanda tanya akan tahap kecerdikan bila berkata-kata kepada menteri yang baru seperti sungguh angkuh dan bongkaknya. tahap pemikiran yang sungguh cetek sehinggakan menjadi jenaka dikalangan rakyat marhaen. Insaflah wahai pak menteri sedar tak apa yang kau cakapkan ha...fikir la dulu sebelum berkata-kata..apa lagi fikir la sendiri

Barisan Kabinet Terbaru 28 JULAI 2015 PM Najib

Imej
SENARAI PENUH ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015 PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Razak TIMBALAN PERDANA MENTER: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Razak MENTERI KEWANGAN II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong Datuk Johari Abdul Ghani MENTERI PERTAHANA: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: Datuk Mohd Johari Baharum MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Mohamed Masir Anak Kujat MENTERI LUAR NEGERI: Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menter: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2: Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan MENTERI KESIHATAN: Datuk Seri Dr S.Subramanian Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya MENTERI PENDIDIKAN:

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua

Imej
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua pengunjung blog saya yang dah lama x update ni. Sibuk sikit banyak kerja lain yang perlu dilaksakan. tapi x per kalau saya ada masa saya akan update apa2 cerita yang terlintas di benak fikiran saya yang sesuai untuk saya coretkan disini. ok jumpa lagi semua Selamat Hari Raya. Layan lagu raya ni yang penuh sindiran raya masa kini

TMJ meletak jawatan JDT menang lagi

Isu hangat tentang TMJ meletak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Negeri Johor menjadi bualan hangat dan JDT terus mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan ke atas Selangor 3-1 malam tadi. Tahniah hadiah yang amat bernilai buat TMJ .

KEPUTUSAN Malaysia vs Hong Kong 6.6.2015

Perlawanan kelas A antara Malaysia dengan Hong Kong berkesudahan dengan seri sahaja. Hai lawan Hong Kong je pun x leh nak makan macamana ni lepas ni lawan Timur Lester pulak apa la nasib pulak ya. Untuk kelayakan piala dunia akan menentang Palestine pulak tu entahlah nk kata apa tengok ajalah klu ada siaran kat TV. Sekarang ni nk tengok bola Malaysia lawan memang sangat susah langsung x der kat tv sebab FAM takut kena kutuk kot. Jurulatih Dollah Salleh perlu buat sesuatu dan pemain perlu bekerja lebih keras demi menaikkan rangking yang dah jatuh merundum berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain.

Gempa Bumi Di Sabah 5.9 terkuat setakat ini

Imej
Takziah buat mereka yang terlibat dengan gempa bumi di Ranau Sabah. Ini merupakan gempa yang terkuat pernah melanda Sabah dan melibatkan kematian. Kebanyakan yang mati adalah di Gunung Kinabalu . Ada yang mengatakan punca gempa bumi ini adalah akibat dari perbuatan pendaki dari luar negara yang bergambar bogel di atas gunung Kinabalu. Apa kes la korang ni nak berbogel kat rumah jer la ni kat atas gunung pun nk bogel aduiii x hormat langsung. Gunung Kinabalu Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau pada 7.15 pagi semalam dengan gempa susulan dirasai di beberapa kawasan termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud, mengorbankan 13 nyawa setakat ini. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59722 Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau pada 7.15 pagi semalam dengan gempa susulan dirasai di beberapa kawasan termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud, mengorbankan 13 nyawa setakat ini. Selanjutn

PANAS! PIALA FA KE SINGAPURA

Imej
Apa dah jadi ni macamana Piala FA 2015 ni boleh terlepas ke Singapura pulak hehehe dah depa menang malam tadi so bawak balik la piala tu tunggu tahun depan la baru ambil balik sebab tahun depan team Singapura dah tak de lagi dalam liga kita ni hehehe. Tahniah buat Fandi Ahmad kerana berjaya mendidik pemain anda supaya untuk berjaya. Buat Kelantan tahniah juga cuba lagi tahun depan ya. Kelantan kalah 1-3 . Piala ini milik LION XII

Fahrin Ahmad dah sah berkahwin pada 9/5/2015

Imej
Tiada angin tiada berita tiba-tiba hari ini sah Fahrin Ahmad sudah berkahwin dengan gadis yang bernama Elena Hani Eleas. Semoga pasangan bahagia ini kekal hingga ke akhir hayat. Yahooo saya dah berkahwin akhirnya Inilah pasangan Fahrin Ahmad iaitu Elena Hani Eleas

Kereta MyVI satu kereta yang laju

Imej
Anda pernah lihat kereta MYVI dipandu laju macam cerita FAST & FURIOUS 7 sebab tu la rakyat Malaysia suka kereta ni sebab kelajuan yang boleh buat berlumba. Tak sangka la kereta buatan Malaysia ni memang menjadi pujaan hati rakyat Malaysia sebagai kereta yang paling banyak terjual. Alkisah sebabkan kereta ni satu Malaysia semua cerita pasal ketera MYVI disebabkan kes kemalangan yang berlaku menyebabkan kematian satu keluarga dan menjadikan 2 anak mangsa menjadi anak yatim. Kes lumba kereta MYVI  menjadi hangat diperkatakan setiap hari tetapi masih belum selesai lagi dan siapakah mereka2 yang berlumba itu masih dalam siasatan polis. Kepada mereka yang menyebabkan kemalangan ini tampil ke depan untuk menyerah diri dengan segera agar tidak berlarutan lagi. Takziah buat ahli keluarga yang terlibat moga tabah menghadapi dugaan ini. Ramai artis dan juga menteri2 turun padang melawat anak2 mangsa. Cantik tak n power untuk RACE

GST 1 April 2015 bermula seluruh Malaysia

Imej
  1 April satu tarikh yang pastinya akan diingati oleh rakyat Malaysia kerana tarikh ini akan memberikan satu dimensi baru dalam kehidupan berbelanja di Malaysia. Pembelian panik rakyat apabila membeli keperluan harian mahupun barangan disaat akhir sebelum perlaksanaan GST bagi mendapat harga yang lebih murah. Rata-rata rakyat masih menganggap GST akan menambah beban perbelanjaan mereka. Bagi semua selamat berGST lah kita bagi membangunkan negera kita yang tercinta ini. Sampai bila kita mahu dibebani hutang yang bertambah dikala semua benda naik harga dengan gaji yang sama. Rakyat terbeban lagi sekali walaupun katanya BR1M dapat membantu meringankan beban. Bukan semua rakyat menerima BR1M ini. Demi negara tercinta ku sanggup renangi jua walaupun disudut hati ini tak suka.

Harga minyak naik kembali bermula 1 Mac 2015

Imej
Harga minyak naik kembali meningkat setelah turun sebentar selama sebulan dari RM1.70 kepada RM1.95 bagi ron95 dan diesel manakala RON97 dari RM2.00 kepada RM2.25 seliter bermula 1 Mac 2015. Adakah kenaikkan harga minyak ini akan mempengaruhi kenaikkan harga barangan untuk naik lagi sedangkan masa harga minyak turun harga barangan langsung tak turun seperti asal juga. Apakah alasan peniaga sekarang untuk menaikkan harga barangan mereka? Kita tengok dan lihat apa akan berlaku adakah harga akan terus naik atau dengan harga sekarang.

Siaran langsung bola sepak Piala FA JDT vs Pahang 2 Mac 2015

Imej
Puh memang tengah hangat betul ni pasal bola tiada LiVE kat tv kat Malaysia ni. Ini tahun adalah paling malang buat peminat Malaysia kerana tidak dapat tengok bola dekat rumah, kat mamak pun tak der hanya boleh pergi ke stadium sahaja klu nk tgk LIVE hahahhaa. Liga makin hangat tapi tiada live kat tv umpama hangat taik ayam je la sebab dpt tahu kat berita jer samada kat radio atau tv hahaha lawakkan kat Malaysia ni. Rasanya masalah ini hanya berlaku kat Malaysia sahaja rasanya. Peminat tempatan mula naik muak dengan tindakan FAM dan Mediaprima yang mendapat hak siaran bg menyiarkan siaran langsung bagi perlawanan bola sepak tempatan. Dulu masa Astro sukan bola sepak nampak meriah dan kembali hangat tapi kini krik krik krik diwaktu malam kerana tiada jeritan golll disetiap rumah ataupun kedai mamak. TV1 pun x ambil juga siaran langsung apa dah jadi ya. Menteri Belia dan Sukan tak dapat buat apa2 ker tentang hal ini. Minta tolong kepada yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini de

ANUGERAH MELETOP ERA 2015

Imej
Berakhir sudah anugerah Meletop ERA (AME2015) dengan kemenangan paling top meletop tahun ini adalah milik JOHAN Rajalawak  dan AYDA JEBAT . Tahniah buat semua pemenang.

Sukan Malaysia Bersinar di awal 2015

Selepas kejayaan demi kejayaan diperolehi dalam sukan Malaysia dan pentas dunia. Nama Malaysia meniti dibibir masyarakat dunia kerana sukan. Bermula dengan skuad Squash menjuarai remaja dunia, selepas itu hoki Malaysia menjuarai pula liga hoki dunia di Singapura, Skuad sepak takraw yang selama ini dibayangi Thailand menjuarai liga super ISTAF di Melaka. Terbaru skuad Razib Ismail bawah 23 menjuarai piala Banglabandhu 2015 mengalahkan tuan rumah 3-2. Semoga sukan2 terus menyinar dalam tahun ini dan seterusnya. Alhamdulillah.

Baik buruk Clash of Clans COC

Imej
  Giler itulah perkataan yang pertama kali keluar dari mulut aku pasal permainan yang sedang digilai seluruh dunia selepas game Candy Crush yang seakan sudah sampai penghujungnya. Kini permainan COC menjadi satu trend satu dunia bermain kerana corak permainan yang boleh dilakukan secara berkumpulan secara online. Strategi untuk menang dalam pertarungan antara Clans menjadikan game ini bertambah menarik. COC ini juga membawa bala kepada kerukunan keluarga kerana game ini memerlukan masa yang lama untuk membina base yang dikehendaki. Banyak masa terbuang mengadap game  ini. Masa bersama keluarga dihabiskan dengan bermain game COC ini menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Itu kalau dirumah, bagaimana pula bila bermain ditempat kerja apabila kerja terabai kerana mengadap game ini sahaja. Habis semua kerja tidak dilaksanakan menjadikan prestasi kerja  menurun. Ada dikalangan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru memberi syarat yang pekerja tersebut tidak bermain COC ji

Harga Minyak Ron 95 dan Ron 97 turun lagi

Imej
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-petrol-ron95-turun-21-sen-ron97-turun-11-sen-bermula-esok-53144?cp Yahoo harga minyak turun lagi alhamdulillah, tapi yang tak bestnya harga minyak dah turun banyak dah ni tetapi harga barangan tak juga turun-turun sama jer dan semakin naik pula. Apa alasan peniaga-peniaga dan pengeluar-pengeluar barangan keperluan untuk tidak menurunkan harga barang sekarang. Bila harga minyak naik bukan main laju peniaga-peniaga naikkan harga makanan tetapi bila harga minyak jatuh tak pula berduyun-duyun nak turunkan harga makanan. Siapa yang salah dalam hal ini, kerajaan mesti memaksa peniaga-peniaga untuk menurunkan harga barangan dipasaran. Sampai bila perkara ini akan selesai, pengguna sentiasa terkena dengan tidakan turun naik harga minyak ini. Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

JDT Juara Piala Sumbangsih 2015 dan TIFO FAM

Imej
  JDT juara piala Sumbangsih 2015 Dalam perlawanan malam semalam, JDT menang dalam merebut Piala Sultan Ahmad Shah dengan keputusan 2-0. Corak permaianan JDT musim ini nampak berbeza dengan hantaran kemas dan tidak terburu-buru dalam melancarkan serangan. Kombinasi pemain lama dan pemain baru yg diserapkan Bojan nampak menjadi. Disebalik kemenangan JDT terpalit pula dengan isu kain rentang yang memaparkan gambar anjing yang ditujukan kepada kepimpinan FAM. Ketidakpuasan hati penyokong tempatan terhadap kepimpinan FAM menjadikan mereka menunjukkan dengan cara sebegitu bagi membuka mata kepimpinan tertinggi FAM. Walaupun tindakan mereka nampak biadap tp jika diteliti dengan hati terbuka mereka harus sedar peminat sangat sayangkan bolasepak tempatan agar berubah dan menjadi kuasa bolasepak asia atau dunia suatu hari nanti.    Inilah kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong yang tidak berpuashati dengan FAM  Apa yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos sem

LIGA MSL 2015 MALAYSIA AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI

Anda sudah bersedia dengan Liga MSL 2015 yang akan bermula hujung bulan ini. Perlawanan Sumbangsih antara Juara Liga JDT menentang juara Piala FA Pahang bakal berlangsung di Larkin sabtu ini sebagai pembuka tirai liga Malaysia 2015. Sokongan padu di Stadium Larkin bakal bergegar semula dengan dentuman gendang yang dipalu oleh Boys Of Stret atau dikenali BOS. Luaskan kuasamu JOHOR.