Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 16, 2013

Kakitangan Awam naik gaji lagi Julai ini

Imej
Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan. Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.Kepada kakitangan awam kenaikan gaji ini dapat meringankan beban hutang keliling pinggang mereka untuk membayar balik hutang mereka. naik gaji lagi bestnya

Jerebu semakin teruk

Imej
Apa sudah jadi ini la yang dinamakan nak bunuh nyamuk kelambu jadi mangsa. Gara-gara pembakaran terbuka di Sumatera kita pulak jadi mangsa jerebu yang teruk. Setiap tahun benda yang sama terjadi apabila sekitar bulan jun hingga september pembakaran terbuka dilakukan di Sumatera untuk pertanian. Kerajaan kena buat sesuatu terhadap  kerakusan manusia di seberang lautan sana yang hanya mementingkan diri sendiri.Kepada semua dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan dari terkena penyakit. Pakai face mask apabila keluar. Budak-budak jangan main kat luar ya balik sekolah terus balik rumah. Para pelajar memakai face mask

Selamat Hari Bapa

Imej
Lambat pulak aku nak ucapkan selamat Hari Bapa kepada semua bapa, ayah, papa diluar sana yang merasakan dirinya dah jadi bapa. Kepada bapa-bapa sekalian jadilah bapa yang terbaik untuk isteri-isteri korang semua dan anak-anak anda. Jagalah mereka sebaiknya sehingga ke hembusan nafas terakhir.

3 beradik lemas diSungai Golok

Berita yang amat menyedihkan pagi ini apabila 3 orang adik-beradik lemas sewaktu mandi manda di sungai Golok petang semalam. Ucapan takziah buat keluarga mangsa semoga tabah menghadapi dugaan ini. Kepada ibu bapa perlulah mengawasi anak mereka setiap masa. Jadikan peristiwa ini sebagai teladan agar kita sentiasa bersedia dan mengawasi anak-anak kita.