Catatan

Tunjukkan catatan dari April 29, 2012

Pantai Yang Indah

Imej
Apa pantai yang indah? Ada lagi ke pantai yang indah sekarang ini. Angkara siapa yang buat semua ini? Jangan tanya lagi dah tahu dah siapa yang buat. Jom skodeng apa yang ada ditepi pantai kita. selipar, botol ,plastik merata-rata plastik bungkus roti jer pun ada ni dah kes parah ni minyak pun ada rumpai laut Sotong punya tak tau apa ni kayu baik punya port coral yang dah mati  Marilah kita sama-sama membersihkan pantai kita sebelum terlambat.   Jadikan amalan kebersihan dan disiplin budaya kita. Sama-sama menjaga alam sekitar kita adalah tanggungjawab bersama.

Perhimpunan Bersih3.0

Imej
Apa dah jadi ni dengan Bersih 3.0 yang diadakan semalam dengar-dengar ada rusuhan dan merosakan harta benda awam. Aku memang tak gemor bende2 camni lagi la nk join org bersesak-sesak ni. Adui yai .Aku tak sokong mana2 cuma kecian jer tgk perangai dak-dak ni yang meluahkan perasaan. Gambar Ihsan dari Kosmo Apa yang anda fikirkan bila tengok gambar ini. Yang 3 orang dok jahanamkan kereta polis dan blah belakang tu nampak cam dok belasah seseorang dengan teruk. Fikir la sendiri mana baik mana buruk yer. Cuba fikir kalau kena batang hidung sendiri ya..agak2 camner la pulak yer.

-0Tahniah Skuad Harimau Malaya Menang 6-0 ke atas Sri Lanka

Imej
  Malaysia menepati ramalan awal untuk menang menentang Sri Lanka dengan kemenangan besar 6-0. Anak buah Rajagopal menampakkan penguasaan tetapi sesuatu perlu diperbaiki pada masa akan datang. Skaud Malaysia lambat panas pada awal saingan dan mula mengorak langkah pada minit-minit pertengahan dan akhir. Hazwan Bakri muncul wira Malaysia dengan meledak 3 gol pada lewat permainan setelah dimasukan pada minit 73 mengantikan Safee Sali. Keghairahan Malaysia mencari gol hingga lewat permainan oleh kemasukan pemain simpanan nampak lebih terserlah berbanding pemain yang dimasukan lebih awal. Tahniah buat semua pemain teruskan kemenangan anda dan buat kami lebih menyayangi Skuad Malaysia baru ini.