Catatan

Tunjukkan catatan dari April 14, 2013

Ikan talapia hitam

Imej
Ikan air tawar semulajadi di tali air, kolam tadahan, sungai, parit, longkang mahupun kolam buatan ikan talapia pasti akan ada disana. Ikan ini sangat cepat membiak dan menguasai kawasan yang berair macam ni. Ikan talapia juga sesuai untuk dijadikan ikan belaan dalam aquarium seperti yang aku buat sebab dah banyak jenis ikan dah aku bela yang ni jer lasak sikit selain ikan puyu. Walaupun ikan ni makan kuat tapi apasal lambat sangat nak membesar seperti talapia merah tu. Apa makannan yang sesuai untuk makanan ikan talapia hitam ni ya. Jom skodeng ikan belaan aku ni. Ikan ini aku dapat hasil memancing Berkilat Sudah pandai bermain-main dengan tuannya

Raja Lawak 7 sudah hilang sengatnya

Imej
Seperti yang telah dijangka Raja lawak yang telah memasuki musim ke 7 agak hambar dengan peserta yang nampaknya tiada original spicy yang boleh membawa penonton untuk menengok menonton raja lawak kali ini. Harap maaflah astro kali ini raja lawak paling hambar pernah aku tengok. Aku tengok masa final jer nanti lah .  

Johor Darul Takzim mara ke separuh akhir Piala FA

Johor Darul Takzim bangkit dari ketinggalan untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain import baru Nunez dengan jaringan yang sangat cantik. Penentuan sepakan penalti diambil dan Al-Hafiz bertindak cemerlang menidakkan 2 sepakan penalti Selangor. Johor menang 4—2 (3—3).

Alhamdulillah ramai artis Malaysia telah berijrah

Imej
Terbaru penyanyi Alyah telah bertudung setelah balik dari menunaikan umrah. Alhamdulillah moga beliau terus kuat untuk berhijab dan menutup aurat. Saya doakan moga Alyah terus diberikan kekuatan dalam penghijrahan kepada yang lebih baik. Jom skodeng gambar lebih cantik dari sebelumnya...

Nora Danish beraksi intim diatas katil

Imej
Apa kes la cik Nora Danish kita nie wei. Aku tak paham la adegan tu buat filem laris ker? Kita tengok jer la tp jgn tengok la masa cik Nora buka baju tu...aurat tu cik Nora. Kepada penerbit dan pengarah janganlah dibuat lagi adegan ranjang dalam filem atau drama lepas ni ya. Satu dunia tengok wei malu tu apa tak tau malu ke cik Nora kita ni. Maaf kan saya ya cik Nora

Pemain baru Johor DT Leonel Jorge Nunez

Imej
Dari kiri, Mohd. Farid, Muhammad Nazri, Leonel Jorge Nunez, Andre Francisco William serta Jasazrin Johor Darul Takzim mempertaruhkan pemain import baharu dari Argentina, Leonel Jorge Nunez bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan itu mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2013. Bekas pemain Argentinos Juniors berusia 29 tahun itu mengikat kontrak dengan jumlah gaji yang tidak didedahkan bersama pasukan tersebut dan bakal beraksi sehingga akhir musim ini menggantikan tempat Daniel Guiza. Nunez yang berasal dari Buenos Aires diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu majlis di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dekat sini, semalam. Pemain yang mempunyai ketinggian 1.83 meter itu pernah beraksi bersama pasukan Olympiacos, Independiente serta Bursaspor. Selain Nunez, PBNJ turut memperkenalkan empat pemain baharu iaitu Andre Francisco Da Silva (tengah), Mohd. Farid Ramli (pertahanan), Muhammad Nazri Ahmad (pertahanan) dan Jasazrin Jamaluddin (tengah).