Catatan

Tunjukkan catatan dari November 20, 2016

Proton ERTIGA ambil dari model Suzuki ERTIGA

Imej
Hahahahahahaha akhirnya model terakhir untuk Proton bakal dilancarkan akhir bulan ini dimana model ini adalah model dari Suzuki yang ditukar faceliftnya menjadi identiti Proton. Selepas Exora kini proton menaruh harapan besar kepada model ERTIGA ini bagi mengambil hati rakyat  Malaysia untuk membeli bagi model untuk keluarga kecil. Harga dikatakan boleh menyaingi model Perodua iaitu ALZA . Apapun tahniah Proton kerana bekerja keras memenuhi permintaan rakyat Malaysia walaupun model-model sebelum ni agak suram jualannya bagi PERDANA, PERSONA dan SAGA. Semoga berjaya PROTON "is in the drive".

AFF 2016 Bermula

Imej
Demam AFF 2016 telah bermula adakah kali ini Malaysia dapat menjadi juara. Petang ini Malaysia akan bertemu dengan Kemboja pada pukul 4.30 petang. Adakah pertaruhan Datuk Ong Kim Swee menaruhkan hampir separuh muka-muka baru  dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia dipentas Asia Tenggara. Berikut senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke Piala Suzuki AFF 2016 dengan skuad Harimau Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan B di Yangon, Myanmar bertemu Kemboja (20 November), Vietnam (23 November) dan Myanmar (26 November). BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN 1. MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID 27 PENJAGA GOL SELANGOR 2. KHAIRUL FAHMI CHE MAT 27 PENJAGA GOL KELANTAN 3. HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY 23 PENJAGA GOL PERAK 4. MUHAMMAD SHAHROM ABDUL KALAM 31 PERTAHANAN SELANGOR 5. RONNY HARUN 32 PERTAHANAN SARAWAK 6. KHAIRUL HELMI