Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 9, 2014

MH370 Missing from radar

Imej
M - Masih H - Hilang 3 - bulan march 7 - tarikh hilang 0 - tak dapat dicari tiada clue dimana kapal terbang berada Adakah ini satu kebetulan atau telah dirancang hanya Allah maha mengetahui segalanya apa yang berlaku dan kita sebagai hambanya terus berdoa dan bertawakal setelah segala ikhtiar telah dilakukan untuk mencari pesawat yang hilang itu.

UPDATE Malaysia Airlines MH370 STILL LOST NO CLUE WHERE

Sudah masuk hari ke-4 masih tiada tanda kapal terbang MH370 dijumpai dimana-mana samada di laut atau didarat. Masih menjadi misteri kenapa tidak dijumpai lagi sampai sekarang dan kenapa kapal terbang MH370 terbang rendah semasa melalui ruang udara Kelantan menuju utara seperti yang didakwa nelayan yang melihat sekitar masa 1.40 pagi  masa kejadian. Kepada semua jangan membuat spekulasi lagi kita tunggu sahaja dan berdoa moga cepat dijumpai segera.

Kapal Terbang MAS Hilang MH370

Imej
Marilah kita berdoa moga cepat kita menjumpai kapal terbang MAS 777-200 yang hilang sejak hari sabtu dari radar. Semoga semua penumpang ditemui selamat.  Kepada keluarga yang terlibat semoga bersabar dan banyakkan berdoa semoga keluarga yang hilang dapat ditemui kembali dalam apa bentuk sekalipun. Post by Sukan Star TV . Jika anda perhatikan video diatas nampak tak pergerakan kapal terbang tersebut  membelok ke kanan dan membelok ke kiri beberapa kali  sehingga hilang dari radar setelah memasuki Laut Cina Selatan. Pergerakan yang tidak lancar seperti ada sesuatu yang tak kena pada kapal terbang membuatkan kita tertanya-tanya apa yang berlaku dan kes 2 warga yang naik kapal dengan passport curi juga menjadi tanda tanya adakah kapal terbang tersebut di HIJACK. Jangan buat spekulasi ya ini hanya pendapat saya dari pemerhatian saya jer.. Jangan sebarkan. Malaysia Airlines MH370