Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 7, 2018

JDT kalah diKuala Terengganu Piala Malaysia

Imej
Tahniah buat Terengganu FC yang bermain baik walau diasak bertalu-talu oleh geng serangan JDT tapi masih mampu bertahan. Sesekali buat serangan diseparuh masa kedua membuahkan hasil yang lumayan untuk dijadikan bekalan ke Larkin nanti. Skuad Irfan Bakti menunjukkan cara bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang berbanding JDT yang menguasai bola sepanjang perlawanan tetapi hampa tiada jaringan dapat dihasilkan. Kemampuan jentera tengah JDT amat diragui pada separuh masa kedua kerana terasa loglai dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat dan lemah. Perlawanan kedua akan diadakan pada 20.10.2018 di Stadium Tan Sri Hasan Yunus Larkin. Keputusan secara agreget  JDT 0-1 Terengganu FC. Adakah Piala ini akan kekal di JDT pada tahun ini.

Tsunami PALU

Imej
Takziah buat saudara kita yang berada di Palu dan sekitarnya atas musibah gempa yang berlaku. Buat keluaga yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana ini harapnya redha dengan ketentuan Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bantulah mereka yang tinggal dengan kemampuan yang ada.   Allah maha kuasa

Panas mendengar kenyataan menteri Mujahid

APA NAK JADI? Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri berkata tidak perlu lagi mencegah kemaksiatan Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri tidak percaya kepada agamanya sendiri Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri sudah tidak berpegang kepada Sunah Nabi dan Al-Quran Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri  berkata perkara mungkar itu baik Apa nak jadi? Bila orang Islam sudah tidak peduli dengan kejahatan Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri menyokong orang terang-terang tersesat Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri menyokong LGBT Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri menyokong undung-undang Islam dibubarkan Apa nak jadi? Bila orang Islam sendiri tidak mampu membela agamanya sendiri Apa nak jadi? Bila orang Islam sudah tidak peduli lagi dengan RASUAH Apa nak jadi? Bila orang Islam sudah tiada pembela menegakkan keadilan Apa nak jadi? Bila orang Islam yang dilantik jadi pemimpin sudah tidak lagi memikirkan Islam Apa nak jadi? Bila orang Islam berkata undang-undang Isl

Proton X70

Imej
      Depan X70  Sisi X70     Ruang kabin X70          Atas X70 Harga harapnya dibawah RM100K pasti ramai yang mampu untuk membelinya. Kita tunggu pelancaran rasmi tidak lama lagi.