Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 12, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia bertemu Myanmar

Imej
Tahniah Malaysia kerana telah berjaya mengalahkan Myanmar 2-0. Dalam keadaan padang basah permainan nampak sukar dan bola tersangkut-sangkut dalam lopak air menyebabkan hantaran terkandas. Malaysia menguasai keseluruhan perlawanan dari babak pertama dan kedua. Penjaring gol Malaysia adalah Amirul Hadi dan seorang lagi lupa pulak nama dia...oooo Badrul namanya. Permainan Malaysia nampak meyakinkan. Sokongan padu penonton yang membanjiri Stadium Sultan Mohamad IV memberi suntikan buat pemain Malaysia.   Ditulis oleh Royzam

Perlawanan Malaysia menentang Myanmar

Malam ini bakal berlangsung perlawanan persahabatan antarabangsa  antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Kota Baru ,Kelantan. Saksikanlah beramai-ramai malam ini dan berilah sokongan kepada pemain kita. Harap ada siaran langsung malam ini. Manakala esok pula skuad harimau muda akan bertemu Lubnan dalam kelayakan olimpik  pula. Ditulis oleh Royzam

Maharaja Lawak Minggu ke-12

Stadium MBJB bergegar tadi malam dengan jumlah penonton yang ramai memberi sokongan kepada maharaja lawak . Memang gerek ek orang Johor. Seperti yang telah diduga malam tadi akhirnya pihak juri telah menggunakan imuniti untuk membawa kumpulan Jambu ke final pada 24 Jun ini. Selain Jambu, JOZAN, SEPAH dan Nabil akan berentap pada final nanti. Persembahan paling mantap malam tadi adalah JOZAN dan SEPAH. Terbaiklah...gerek ek. Ditulis oleh Royzam

Samsung Galaxy S2 memang gerek

Imej
Memang best telefon ni. Aku dah tengok real punya tapi kawan punya la. Try tengok dan pegang dan cuba dia punya function memang laju giler sebab dia pakai prosessor 1.2Ghz kalau tak silap aku. Terbaiklah dari ladang. kat Malaysia akan dilancarkan pada 26 Jun ni. Dia punya screen clear giler la kalah Iphone 4 dan ringan. Ditulis oleh Royzam

Perodua Myvi baru

Imej
Wah Perodua keluarkan model upgrade Myvi terbaru yang dilancarkan tadi malam. Memang makin menarik bentuknya tapi macam dikecilkan sikit saiznya jer. Tapi memang sporty la kereta Myvi ni siap ada gps tu. Wah gerek la.Tengok la serba sedikit gambar kereta Myvi baru ni. Harga Variant 1.3 Standard 1.3 Premium 1.3 Elegance Colour SX (MT) EZ (AT) SXi (MT) EZi (AT) SXE (MT) EZE (AT) Solid RM43,900 RM46,900 RM46,900 RM49,900 RM53,900 RM56,900 Metallic RM44,400 RM47,400 RM47,400 RM50,400 RM54,400 RM57,400 Special Metallic RM44,800 RM47,800 RM47,700 RM50,800 Kredit to http://paultan.org/ Ditulis oleh Royzam

Laman web kerajaan kena godam kerana web kena blok atau ditapis

Akibat tidak puas hati dengan langkah kerajaan untuk blok beberapa laman web perkongsian. Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka 'Anonymous', yang mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi ini dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail. Berita penuh diperolehi dari Berita Harian Ditulis oleh Royzam

Maharaja Lawak mungkin tambah nilai Wang kemenangan

Imej
  Puh dengar-dengar hadiah tempat pertama Maharaja Lawak dari RM300K kepada RM400K. Puh lumayan sekali tu. Agak-agak dalam banyak-banyak perserta sapa yang akan membolot hadiah lumayan ini. JOZAN, NABIL, SEPAH atau JAMBU yang akan menang kita tunggu final Maharaja Lawak pada 24 Jun 2011 ini. Ditulis oleh Royzam

Mercu Tanda Baru Johor - Jambatan Baru Sungai Johor

Imej
Mercu tanda baru diJohor adalah jambatan gantung kedua terpanjang merentasi sungai Johor . Cantik juga dan baru siap dibina dan dibuka untuk laluan lebuhraya Senai - Desaru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Bandar Johor  ke Desaru dengan adanya jalan potong ini. Antara gambar yang sempat diambil Ditulis oleh Royzam

Hazama Juara Akademi Fantasia 9 yang terakhir

Imej
Hazama juara AF9 yang terakhir malam tadi. Persembahan yang amat menyakinkan dan menadapat undian dari penonton yang tertinggi dan juri memberikan komen-komen yang memuji persembahannya. Mendapat hadiah yang lumayan RM200,000 tunai dan hadiah sampingan. Tempat ke-2 adalah Lena, ke-3 Fina dan Azri ke-4. Berkahirlah sudah AF dan tiada lagi Af selepas ini dan mayb akan ada nama baru menggantikan AF mana taukan. Ditulis oleh Royzam

Cuti Sekolah Dah Tamat

Esok dah start sekolah yahooo Ditulis oleh Royzam

Terengganu Juara Piala FA 2011

Tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjaya mengalahkan Kelantan  2-1 pada final Piala FA 2011. Apa yang menarik pasal kemenangan terengganu malam tadi adalah gol penyamaan pada betul-betul minit terakhir perlawanan yang dihasilkan atas kesilapan pemain Kelantan yang menanduk masuk gol sendiri. Tentu tak tidur seminggu pemain ni. Memang kelakar la gol dia macam dah dirancang pulak. Kelantan seperti terkejut dengan gol itu dan menyebabkan pemainan pada masa tambahan menjadi milik Terengganu yang bermain dengan penuh semangat mendapat suntikan gol penyamaan itu. Tahniah diucapkan. Ditulis oleh Royzam