Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 19, 2014

Manchester United LOST with Sunderland

Apa sudah jadi pada Manchester United sejak Moyes ambil alih ni makin teruk prestasinya. Dengan kelab bawahan liga Sunderland pun tak boleh nak menang. Memang tahun ini Manchester United bukan lagi  pencabar kuat liga perdana Inggeris. Selepas kalah kepada Chelsea 3-1 dalam liga, untuk Piala Liga pun kalah kepada Sunderland 3-3 penalti (1-2). Penjaga gol Sunderland power sangat semalam sampai dapat save 4 dari 5 tendangan penalti yang De Gea pulak tangkap bola macam tangkap itik jer hehehe maaf la ya. Sunderland akan bertemu Manchester City pada final. Semalam, City menewaskan West Ham United 3-0 dengan menjadikan kemenangan agregat terbesar 9-0.

Lagi provokasi tentang isu kalimah Allah

"Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata Edmund Bon"  Anda duduk kat mana ya saudara Edmund sampai kau cakap macam ni. Jika anda orang luar negara nk cakap macam ni boleh lagi dimaafkan tapi kau orang Malaysia hormat la sikit agama orang lain. Berbincang bukan menambah kemarahan.

Adegan cium dahi dalam drama melayu

Imej
Perghhhh adegan cium dahi boleh ditayang di dalam iklan, drama dan juga filem melayu sekarang ini. Memula aku tengok dalam iklan BSN dimana atuk mencium dahi cucunya selepas atuknya memberikan kereta warna merah. Syiok nampak tok dapat cium anak dara ya atuk. Lepas tu aku tengok adegan Aiman mencium Emma Maembong dalam drama projek memikat suami perghhh geram nih...syiok la Aiman tu tp kenapa ada mesti adegan cium dahi ni...ini dah melampau sgt mana boleh semua tu...HARAM...lain la dia tu suami isteri sah.

Keputusan Liga Super JDT vs Perak

Imej
Keputusan penuh JDT 2 Perak 0 namun permainan JDT nampak tidak teratur dan kawalan bola yang kurang walaupun menguasai bola. Hantaran-hantaran yang kurang tepat dan tiada persefahaman antara pemain masih nampak jelas. Amri Yahyah sepatutnya tidak tamak dalam menjaringkan gol walaupun ada peluang untuk memberi kepada rakan. Perlawanan pertama menampakan corak yang kurang memuaskan bagi JDT tetapi tahniah menang  teruskan penguasaan dalam liga. Perak banyak mencemaskan pintu gol JDT dan Razlan Razali bertindak cemerlang  menyelamatkan pintu gol JDT. Luaskan Kuasamu.