Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 30, 2011

Wanita Solehah

 Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Di sini serba sedikit tips atau ciri-ciri yang boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah. Amalan-amalan itu ialah,  1. Mendirikan solat/sembahyang. Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.  2. Menjaga solatnya. Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya. 3. Bersyukur dan redha. Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya sep