Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 10, 2014

Sudah 2 minggu kita bersyawal

Imej
Pejam celik dah 2 minggu kita bersyawal tapi rasanya tahun ini agak muram sedikit kerana pelbagai berita yang kurang menyenangkan kita sejak awal tahun ini sampai sekarang. Dengan misteri kehilangan MH370 yang sampai sekarang hilang tidak ditemui kemudian dengan tembakan MH17 yang terhempas di Ukrine lepas tu GAZA Palestin yang diganyang oleh Zionis tanpa rasa perikemanusiaan tanpa ada pembelaan oleh dunia luar yang hanya melihat sahaja. Pejuang Al-Qassam yang berjia kental terus mempertahankan bumi mereka dari dikuasai oleh Zionis. Ayuh kita terus berdoa keselamatan negara kita Malaysia dan seluruh dunia kecuali Zionis dan sekutunya. Marilah terus menderma kepada Palestin moga dengan derma kita itu dapat membantu penderitaan rakyat Palestin yang terus ditindas itu. Amin