Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 8, 2017

Pembentangan Bajet 2018

Imej
Pembentangan Bajet 2018 bakal tiba tak lama lagi. Apa yang anda harapkan dari pembentangan kali ini. Terasa bajet yang lepas pun macam tak sampai jer kat aku hehehe. Harapnya bajet kali ini lebih menguntungkan rakyat yang terlalu terbeban dengan pelbagai cukai, kenaikan harga barang, kos sara hidup, kemiskinan dalam bandar dan pelbagai bebanan yang rasanya tak tertanggung. Tapi anda perlu ingat satu, Allah tidak akan memberikan kita sesuatu dugaan yang tidak mampu kita tanggung kerana itu kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.

Takziah Diucapkan kepada keluarga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Imej
Belum terlambat untuk aku ucapkan salam takziah buat keluarga yang telibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar membabitkan 23 pelajar dan tenaga pengajar terkorban kerana terperangkap dalam kebakaran tersebut. Tragedi ini amat memilukan lagi kerana punca kebakaran disebabkan oleh dendam. Oleh itu, buanglah sifat dendam dalam diri kita dan tanamkan dalam hati sifat memaafkan kesalahan orang.