RUANG PENGIKLANAN



Isnin, 6 Mei 2013

Akhirnya MANDAT 2013 milik BN

Foto

Setelah hampir berbulan-bulan teka teki siapa yang mendapat mandat untuk memerintah Malaysia akhirnya terjawab pada pukul 12.50am pagi tadi apabila BN mendapat majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan dan setelah selesai semua pengiraan undi di seluruh Malaysia BN mendapat P 133 , PKR P30, PAS P21 DAN DAP P38. Yang paling menarik diJohor kawasan bandar DAP sapu bersih semua tempat seperti Gelang Patah, Skudai, Kulai, Senai, Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Bakri, Penggaram , Kluang, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Pengkalan Rinting, Yong peng  dan Pekan Nenas. Ini menunjukkan kawasan bandar dan pekan dikuasai oleh DAP dengan majoriti menang mudah .Kenapa menjadi begini dimana kesilapannya apabila kaum Cina majoritinya mengundi kaumnya sendiri dengan tidak memandang hakikat sebenar perjuangan parti. Banyak pemimpin popular tumbang diJohor seperti Datuk Abdul Ghani Othman (Gelang Patah) dan Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat).

LinkWithin