Catatan

Tunjukkan catatan dari April 21, 2013

Taman Rekreasi Adda Height

Imej
Hujung minggu berjalan bersama keluarga di kawasan taman rekreasi Adda Height yang luas mata memandang. Ramai mengambil peluang untuk bersukan dan beriadah. Jika anda berkesempatan datanglah kesini untuk menenangkan fikiran dan mengeluarkan peluh. Jika anda seorang OKU yang berkerusi roda dinasihatkan jangan datang kerana setiap beberapa ratus meter ada batu penghalang jalan diletakkan bagi mengelakkan penunggang motorsikal atau basikal dari memasuki kawasan ini. Memang menyusahkan bagi mereka yang kurang upaya. Lagi satu tong sampah memang tidak disediakan so jangan sesuka nak buang sampah merata dan bawaklah beg plastik sendiri ya. Jom skodeng sikit. Terpaksa mengangkat dan duduk semula

Asus Fonepad terbaik

Imej
Asus mengeluarkan model fonepadnya  yang terkini lebih canggih dengan fungsi boleh callnya seperti samsung galaxy tab 7 cuma ianya lebih murah sikit. Aku cadang juga nak beli ni . ASUS Fonepad didatangkan dengan pemprosess Intel Atom Z2420 1.2Ghz CPU dan mempunyai built-in 3G phone. Fonepad ini mempunyai kamera depan belakang yang membolehkan mengambil gambar dimana sahaja. Lagi satu kelebihan Asus Fonepad ini adalah 5GB lifetime Asus webstorage space seperti yang ada pada model Mac yang diberi nama Asus Cloud. Harga yang diperolehi adalah RM890. Jom skodeng 

Orang muda dibebani hutang tang tang

Imej
Pendapat aku la pasal video orang muda dibebani hutang bukan sebab politik tapi atas kehendak diri masing-masing yang mahukan kehidupan yang selesa. Pasal bab kawin pulak tu hantaran janganlah terlalu membebankan pihak lelaki dan keluarga kena paham situasi sekarang ni yang lebih mementingkan ego dan darjat. Jikalah pemerintah yang baru nanti adakah ia mampu memberikan semua percuma kepada rakyatnya. Kita tengok dan lihat sahaja tapi jangan lepbih parah sudahlah.