Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 7, 2012

Restoran Oldtown White Coffee Jamin Halal

Restoran Oldtown White Coffee telah menyangkal dakwaan bahawa restoran mereka tidak halal dengan mengeluarkan kenyataan seperti dalam surat khabar hari ini yang menyatakan restoran mereka adalah halal dan menerima pensijilan halal dari Jakim. Daripada 179 francais yang ada diseluruh Malaysia 60 peratus menerima perakuan halal Jakim manakala bakinya dalam proses menanti pengesahan. Persepsi rakyat Malaysia amnya dan tentunya masyarakat islam memandang restoran yang dikendalikan oleh orang bukan islam pastinya ragu-ragu akan halalnya makanan yang ada di restoran ini. Walaupun ia mendapat pensijilan halal dari Jakim. Jika kita merasa was-was maka lebih baik menghindarkan diri anda dari pergi ke restoran ini.Jika anda yakin anda boleh makan dan minum disini tiada salahnya.

Keputusan Perlawanan Kelantan menentang Selangor

Keputusan terkini dari Shah Alam, Kelantan layak ke pentas akhir Piala Malaysia dengan kemenangan bergaya 3-0 tanpa balas. Jaringan minit akhir oleh Muhamad Ghaddar & Badri Radzi memadamkan impian Selangor untuk menjulang piala kali ke-33 musnah. Kelantan akan bertemu ATM pada final 20 Oktober 2012.

Anak Tiket Ibu Bapa Ke Syurga atau Neraka

Imej
Berhenti sejenak mendengar Utz Don memberikan kata-kata untuk kita fikir-fikirkan bagaimana kita mendidik anak-anak kita.

Samsung Galaxy S3 Mini

Imej
Belum pun reda lagi pasal samsung galaxy s3 kini muncul pula galaxy s3 mini pula yang lebih kecil dan comel tapi mantap. Harga dianggarkan kurang dari RM1000 jika betul apa yang aku dengar ini maka orang akan berlumba-lumba membeli galaxy mini s3 ni. Aku pun nak beli juga. Jom skodeng gambar Samsung Galaxy S3 Mini

Keputusan perlawanan Piala Malaysia ATM menentang LIONS XII

Imej
Pasukan ATM bakal ke pentas final Piala Malaysia Perlawanan malam tadi penuh drama dan teka teki siapa yang bakal ke final Piala Malaysia dengan mendebarkan sekali sehingga ke penentuan sepakan penalti. Nasib menyebelahi pasukan ATM dengan tiang menjadi  penyelamat  bola keluar melantun keluar membolehkan ATM ke final buat kali ke 3. Masa tambahan 6 minit yang diberikan oleh pengadil disebabkan oleh pemain LION membuang masa dan membuat kesakitan yang nampak dibuat-buat memakan diri apabila Marlon dapat menanduk masuk bola pada saat-saat akhir tiupan wisel oleh pengadil. Drama diteruskan dalam masa tambahan 30 minit tiada gol dihasilkan walaupun ATM beberapa kali dapat masuk ke kotak penalti tapi tiang menjadi penyelamat dan seorang pemain LION Abdul Halim dibuang padang kerana menerima 2 kad kuning. Sepakan penalti nampak berpihak kepada LION pada awalnya sehingga sepakan ke 5 yang dapat diselamatkan penjaga gol ATM Farizal untuk 3 tendangan akhir LION dapat diselamatkan. ATM

Separuh Akhir Piala Malaysia

Imej
  Malam ini bakal berlangsung perlawanan timbal balik separuh akhir ke-2 Piala Malaysia antara Lions IIX dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkesudahan 1-1 pada perlawanan pertama. Siapa yang akan layak ke pentas final kali ini kita tunggu dan lihat siapa lebih berhak menjulang piala kemegahan bolasepak Malaysia ini. Adakah akan dibawa ke seberang tambak atau tetap berada di tanah tumpahnya darah ku ini. Selangor pula akan menentang Kelantan yang tewas pada game pertama 0-1, bagaimana pula malam ini yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Aksi Terlampau Lelaki

Imej
Puh besarnya badan dia bila la aku nk berbadan macam nie Macam ni pun ok Dalam pada kita memperkatakan tentang aurat wanita aja apa kata kita memperkatakan aurat lelaki pulak. Lelaki pun ada auratnya juga dari dipandang oleh wanita. Biasanya yang kita tahu aurat lelaki adalah dari atas pusat hingga ke  lutut sahaja tapi kita selalu lupa yang wanita cukup geram bila tengok dada dan perut serta lengan lelaki. yang bermasel (mucle) . Betis yang berbulu dan ketak serta berbulu dada. Semua ini harus ditutup dari mendatangkan keghairahan sebelah pihak. So para lelaki silalah tutup aurat anda jangan suka dedah-dedah pulak.Jika kita pakai smart dan rambut disikat kemas dan badan berbau wangi pasti ada wanita yang akan tertarik dengan kita tak perlu dedah-dedah tayang body macam orang bina badan jer.

Filem Bunohan Tercalon dalam Oscar

Imej
  Macam tak percaya pulak aku bila dengar filem Bunohan tercalon dalam anugerah oscar. Kat Malaysia orang tengok filem ini macam tak der papa jer tapi orang luar tengok ada nilai. Tahniah buat filem bunohan ini harap dapat menang something kat anugerah oscar untuk kategori filem asing terbaik.

BR1M 2.0 Pelajar , penganggur layak terima RM250

Kota Bharu: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, b erkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan. “Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini. “Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan. Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat, semalam. Hasil kurang RM2,000 Jumaat lalu, Perdana Ment