Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 1, 2014

Hoki Piala Dunia Malaysia Tewas Lagi

Skuad Piala Dunia Malaysia kalah buat kali ke-2 dengan jaringan besar kali ini dengan Belgium 2-6. Kekalahan ini menyukarkan skuad hoki negara untuk mara sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir.  Kekalahan sebelum ini dengan Australia 0-4. Ayuh semua pemain hoki negara agar bangkit pada perlawanan ke -3 dan mengutip mata. Malaysia Boleh.

COKELAT CADBURY DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM

Imej
JAMIL KHIR (tengah) bersama Othman (kiri) dan Mohd. Roslan pada sidang akhbar mengenai hasil ujian Jabatan Kimia terhadap coklat Cadbury di Bangi semalam. BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan kesemua sampel coklat yang diambil dari kilang coklat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., minggu lalu bebas daripada sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebanyak 11 sampel yang diuji Jabatan Kimia itu meliputi bahan mentah dan produk akhir termasuk dua jenis coklat susu Cadbury yang dikatakan dicemari DNA babi sebelum ini. “Sampel coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang kita uji datang dari kelompok sama dengan yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. “Perbezaan keputusan ujian ini mungkin disebabkan makmal mereka tiada akreditasi untuk memeriksa DNA ba

Apa khabar dengan MH370?

Imej
Lama x dengar berita  tentang kehilangan pesawat MAS MH370 yang sampai sekarang tidak dapat dijumpai walaupun pelbagai  usaha mencari dijalankan tetapi masih gagal. Kemanakah perginya pesawat sebesar itu hilang begitu sahaja tanpa dikesan. Banyak teori mula timbul kembali setelah hampir 4 bulan berlalu tanpa ada kesan dijumpai walaupun secebis. Teori yang paling popular adalah Diego Garcia satu tempat menempatkan tentera Amerika dan mempunyai lapangan terbang yang boleh digunakan untuk mendarat kapal terbang MH370. Marilah kita terus berdoa agar semua penumpang dapat kembali semula.

Final Piala FA 7 Jun 2014

Pentas final Piala FA adalah milik Pahang dan juga Felda United apabila mengalahkan lawan masing-masing diseparuh akhir. Pahang mengalahkan JDT dengan 2-1 manakan Felda menang gol ditempat lawan dengan agreget 5-5 setelah seri lagi di Shah Alam 2-2. Adakah juara baru akan muncul memang sudah semestinya kerana finalis tahun lalu tersingkir. Adakah Felda bakal muncul kelab yang ke-2 yang akan memenangi Piala FA ini kita nantikan pentas final nanti yang akan berlangsung di Bukit Jalil 7 Jun 2014.