Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

FINAL AFF2014 Malaysia VS Thailand

Imej
Malam ini bakal berlangsung perlawanan sengit antara 2 negara yang akan menentukan nasib siapa akan bergelar juara Asia Tenggara 2014. Malaysia dan Thailand akan bertemu kembali di final setelah bertemu dalam kumpulan sebelum ini yang mana Malaysia kalah pada saat akhir akibat kealpaan benteng pertahanan setelah 2 kali mendahului lawan. Kita tunggu malam ini permainan macamana.

FIRMAN juara baru AF2014

Imej
Siapa sangka anak muda yang tiada apa2 pada mulanya dan tak mampu nak beli pakaian baru kini bergelar juara Akademi Fantasia 2014. Tahniah Firman yang mempunyai suara serak ori yang jarang ada di Malaysia. Bakat anda memang terserlah malam tadi tahniah. Rm50 Ribu tu... Firman juara AF2014

Minyak NAIK RON95 & Diesel naik RM0.20 berkuatkuasa 2.10.2014

Imej
Bapaklah Najib apa yang kau buat ni labu yang kau tetiba naikkan harga minyak ni kenapa ha...dah tak sabo sangat ke ...agak2 la orang nak beraya haji ni tapi kau naikkan waktu ni kenapa confirm la semua barang naik lepas ni...nak beli barang confirm semua naik harga raya nie. Jahanam betul la...x fikir ke sekarang ni org sedang kesesakan harga yang dah naik ditambah pulak dengan beban hutang...buat pinjaman x leh lebih 10 tahun...apa semua ni..macam-macam la ko ni siapa punya penasihat la dibelakang ko ni ha...dah sama dah harga ron95 rm2.30 diesel rm2.20 . BR1M tu tak perlu sebenarnya...buat cara lain yang lebih baik dari beri sekali setahun 650  dapat apa...baik beri yang berkekalan. Cuba la fikir sikit orang Melayu makin tersepit dinegara sendiri. Kaum lain masih boleh tersenyum dengan kedudukan ekonomi mereka. Ayuh kita berubah menaikkan taraf ekonomi kita kaum Melayu.Masuk MLM skim cepat kaya..labur saham ke..apa2 yang buat duit jangan yang haram sudah la. Macam ni leh masuk

Bolasepak Sukan Asia Incheon 2014 berakhir sudah

Bolasepak sukan Asia Incheon berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi. Kekalahan yang sudah dijangka apabila Zubir Azmi dilayangkan kad merah pada minit 33 menyebabkan tektikal permainan berubah dan memaksa pemain pertahanan bekerja keras sehingga mudah dibolosi dengan 3 gol. Nampaknya badi kad merah masih menyelubungi skuad OKS kali ini disukan Asia menjadi tradisi setelah pada 2012 kita juga menerima situasi yang sama kalah kepada tuan rumah China.

Komen Malaysia lawan Kemboja 20/9/2014

Imej
Malaysia menentang Kemboja dalam perlawanan persahabatan  malam tadi berakhir dengan kemenangan mudah 4-1. Banyak yang perlu dilakukan oleh Malaysia jika mahu menang AFF 2014. Kelemahan pertahanan perlu dibaiki segera dengan serangan yang tumpul. Semua gol Malaysia dihasilkan oleh bukan penyerang dan pemain paling menyerlah tadi malam ada Joseps Kalang Tie yang menjaringan 2 gol cantik yang bermain baik. Senarai pemain yang tak perlu dibawa ke AFF2014 bermula pertahanan Asrarudin, Bunyamin, pemain tengah Piya penyerang Safee Sali dan beberapa pemain yang rasanya tiada semangat untuk bermain untuk negara. Buat Dollah Saleh carilah pemain yang boleh bermain dengan kedua-dua kakinya bukan sebelah sahaja yang boleh menendang. Kalau diikutkan pemain pertahanan kita ramai yang seperti ini hanya hidup sebelah kaki sahaja untuk menendang. Ini bahaya sebagai pemain pertahanan perlu kedua-dua kakinya hidup bagi menyelamatkan bola. Petang ini skuad Malaysia U23 bakal menentukan tempat ke pusinga

Siaran langsung Sukan Asia Bolasepak Malaysia U23 vs Laos U23

Petang ini ada siaran langsung lagi di TV9 dan Astro Arena 801 perlawanan antara Malaysia U23 dengan Laos U23 pada jam 4.00 petang. Harapan mengunung rakyat Malaysia supaya dapat menang hari ini walau dengan apa cara sekalipun bagi mengembalikan semangat rakyat Malaysia yang dah runtuh pada 14/9/2014 yang mana semua perlawanan U16, U23 dan senior kalah. Ayuh doakan kemenangan buat skuda OKS kali ini. KLIK sini untuk lihat siaran langsung di TV9

Akademi Fantasia 2014 paling hambar dalam sejarah

Imej
Maaf aku tak tengok dah konsert AF2014 atau diari AF yang aku rasa dah tiada seri atau X factornya dah hilang. Peserta kali ini entah apa2 ntah...maaf la ASTRO kali memang tak menjadi langsung. Sistem suara hancur tenggelam..suara tenggelam timbul... Maaf la ya...tp orang Johor paling ramai hehehe terbaiklah.. Para pelajar AF2014

Harimau Baby, Harimau Muda dan Harimau Malaya Sayu

Imej
14. 09.2014 adalah hari kemuraman buat skuad bolasepak kebangsaan kerana semua 3 wakil  kita kalah kepada lawan masing-masing. Dengan permulaan baik buat skuad bawah 16 di suku akhir  akhirnya kandas kepada Australia dengan 2-1. Semangat juang yang ditunjukkan anak buah Balachandran amat harus dipuji walaupun kealpaan benteng disaat kemenengan sudah didepan mata memakan diri. Kesilapan benteng yang tidak dapat mengekang lawan dari membuat larian masuk ke kotak D menjadikan lawan mudah mengukum dengan gol-gol mudah. Pasukan sukan Asia B23 pula layu disebabkan diasak dari awal wisel dibunyikan dengan serangan bertali arus memaksa mereka mengerah keringat namun kelajuan dan kepantasan Korea menghukum kealpaan benteng pertahanan yang banyak membuat kesilapan dengan bola mudah dicuri dan keklisen penjaga gol Izham Tarmizi yang lebih kepada bermain cantik membuatkan gol demi gol dihasilkan. Malaysia U23 0- Korea Selatan U23 3. Skuad senior pula amat mengharukan dengan hasil gol sendiri

Proton Iriz 1.3 & 1.6 Premium terbaru

Imej
Wow! Amazing do you like or not? Now u can see..thanks to PAULTAN.ORG Price from Basic RM42K to Premium RM62K  

Dengar Tazkirah Tentang Berkabung

Assalamualaikum, Malaysia telah berkabung pada 22 ogos 2014 kerana memperingati mereka yang telah terkorban dalam kejadian pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine. Kesedihan melanda seluruh Malaysia dan terutamanya ahli keluarga yang terlibat. Pihak kerajaan Malaysia telah mengistiharkan supaya semua rakyat Malaysia memakai pekaian berwarna suram pada hari tersebut dan bertafakur seminit bagi mengenang mangsa yang terlibat. Disebabkan bertafakur yang menyerupai acara agama lain banyak rakyat dan alim ulamak bertelagah tentang cara dilakukan iaitu bertafakur tersebut. Fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa pada 1985 bahawa bertafakur adalah tidak boleh dilakukan oleh orang islam dan menghampiri syirik yang nyata. Untuk menghormati tidak apa tetapi jangan sampai menyerupai agama lain dengan mengikut cara berdiri dan memakai pakaian warna tertentu.  Ustaz cakap lebih baik sedekahkan Al-Fatihah dan buat solat ghaib. Ustaz cakap benda ini menjadi fitnah membuat sesama islam be

Perodua Axia 1.0 terbaru

Imej
      Perodua Axia terbaru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua kali ini mengeluarkan model terbaru mereka yang diupgrade dari Viva kecik dari Myvi. * 4 Variant : Standard E , Standard G , S E , ADVANCE * Manual Price : RM 24,900 , RM 32,800 , RM 37,900 * Auto Price : RM 34,800 , RM 40,900 , RM 44,900 * Colour Choice : - Ivory White , Glittering Silver , Ebony Black , Midnight Blue , Cherry Blossom , Lemon Grass Green , Sunflower Yellow , Lava Red   Jika anda berminat bolehlah ke pengedar sah yang berdekatan anda dengan nilai belian ikut kemampuan anda. Jangan beli ikut nafsu pulak ya. kang pakai sebulan dah kena tarik pulak sebab tak  bayar. 

Heboh pasal bisnes RM10 jadi ribuaan

Imej
RM10 boleh jadi Rm20 dan seterusnya Betul ke ada bisnes start dengan RM10 sahaja macam tak percaya pun ada tipu pun ada. Macamana boleh Rm10 boleh jadi ribuan ringgit sekelip mata. Skim cepat kaya ke apa ni, skim piramid ke, duduk diam duit masuk, wah best la mcm ni. Orang lain kerja orang lain dapat duit bestnya. Cuba anda google spshops banyak bukti dah ditunjukkan akaun2 akaun mereka tunjukkan berapa mereka dapat. spshops ini adalah lama pengiklanan tempatan bagi menyaingi laman iklan dunia seperti Amazon , mudah.my dan sebagainya. Laman iklan ini memberikan komisen kepada sesiapa yang mengenalkan laman web syarikat dan dibayar komisen  jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat pakej pengiklanan yang disediakan. Lagi ramai yang anda kenalkan lagi banyak komisen yang anda terima.

Al-kisah Piala Malaysia 2014

Imej
Sejak kebelakangan ini aku tengok FAM ni buat keputusan yang apa-apa ntah la..jadual perlawanan Piala Malaysia dibuat pada waktu yang tak sesuai . Patut la stadium x penuh mana tidaknya dibuat waktu pertengahan minggu...kalau buat hujung minggu kompem ramai yang datang. Macam orang yang bekerluarga bolehlah bawak anak bini bersantai tengok bola ini buat hari selasa atau rabu atau khamis kan itu tengah budak sekolah.. cuba fikir la sikit , sib baik ada siaran langsung kat tv kalau x der lagi haru dibuatnya. Cuba fikir sikit FAM oiii...cuma bagi pendapat aja..jangan marah yer FAM.

Apabila Tun Dr. M berbicara

Imej
Tun Dr M kecewa dengan Datok Najib SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam blognya menulis bahawa beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana  dilihat dasar dan tindakan Najib tidak berkesan daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir berkata, melihat kepada situasi semasa dalam negara, pimpinan Najib perlu diperbaiki sebab itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongan beliau, agar Najib ‘belajar’ sesuatu. "Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur. "Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara

Sudah 2 minggu kita bersyawal

Imej
Pejam celik dah 2 minggu kita bersyawal tapi rasanya tahun ini agak muram sedikit kerana pelbagai berita yang kurang menyenangkan kita sejak awal tahun ini sampai sekarang. Dengan misteri kehilangan MH370 yang sampai sekarang hilang tidak ditemui kemudian dengan tembakan MH17 yang terhempas di Ukrine lepas tu GAZA Palestin yang diganyang oleh Zionis tanpa rasa perikemanusiaan tanpa ada pembelaan oleh dunia luar yang hanya melihat sahaja. Pejuang Al-Qassam yang berjia kental terus mempertahankan bumi mereka dari dikuasai oleh Zionis. Ayuh kita terus berdoa keselamatan negara kita Malaysia dan seluruh dunia kecuali Zionis dan sekutunya. Marilah terus menderma kepada Palestin moga dengan derma kita itu dapat membantu penderitaan rakyat Palestin yang terus ditindas itu. Amin  

German juara Piala Dunia 2014

Imej
German mengesahkan sebagai juara piala dunia 2014 setelah mengalahkan Argentina 1-0 hasil jaringan Gotze pada masa tambahan. Maka tamat sudah piala dunia bolehlah tumpukan perhatian kepada bulan Ramadan yang tinggal 15 hari jer lagi. Inilah masanya tumpuan sepenuhnya untuk beribadat dan mengisi hari2 akhir ramadan dengan sebaiknya. Tiada lagi alasan piala dunia. Ayuh kita berubah menjadi lebih baik. Banyakkan berzikir , membaca Al-Quran, solat sunat dan sebagainya. 10 malam terakhir carilah malam Lailatul Qadar pahalanya umpama 1000 bulan beribadat. LUPAKAN PIALA DUNIA  CARILAH INI LAGI UNTUNG  

Argentina sah ke final piala dunia 2014

Imej
Argentina sah ke final piala dunia 2014 setelah berhempas pulas sehingga ke penentuan sepakan penalti dengan kemenangan 4-2. Penjaga gol Romero bergaya mengagalkan 2 sepakan penalti Belanda membolehkan pasukannya mara ke final dan akan menentang German.

GAZA PRAY FOR GAZA

Imej
Apa dah jadi dengan Israel Laknat yang tak habis-habis ingin menghancurkan bumi Palestin. Tapi ingat Allah akan sentiasa bersama umat Islam di Palestin dan Gaza yang akan memberikan kemenangan kepada mereka walau dengan batu dan lastik. Selamatkanlah sudaraku di Gaza dan semua umat Islam seluruhnya.

Brazil di ayamkan oleh German

Tak terkata aku bila tengok Brazil diayam-ayamkan oleh German dengan jaringan yang sangat besar dan menjadi rekod piala dunia ketika ini dengan tuan rumah dimalukan dengan jaringan 1-7. Memang tak dijangka sama sekali. Apa pun tak mustahil dalam bola sepak. Go German tetiba jer.

Puasa tetapi berbaju sendat berseluar ketat

Imej
Aduiiii camner ni puasa tetapi etika dibulan puasa tidak dijaga. Kalau anda pergi ke bazar ramadan dimana-mana akan kelihatan segelintir wanita yang tak paham dan tak menghormati bulan ramadan dengan berpakaian yang amat menjolok mata sehinggakan menampakkan susuk tubuh . Baju lengan pendek yang sendat, berseluar pula ketat/legging tetapi yang peliknya ada yang bertudung. Sedarlah wahai wanita kami lelaki berpuasa tolong lah hormati dan tutuplah auratmu agar terpelihara kehormatanmu bukan menjaja badan. Pahala puasa kami ini merosot dengan melihat pakaianmu seperti ini. Kasihanilah kami ini wahai wanita-wanita diluar sana  janganlah membuatkan kami hilang pahala puasa gara-gara kamu ini. Ayuh ubah sekarang kepada yang lebih baik. Bazar Ramadan macam-macam makanan ada

German hampir lemas di pusingan kedua Piala Dunia 2014

German hampir lemas dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Nigeria yang penuh disiplin sehinggalah ke masa tambahan barulah German dapat menembusi benteng pertahanan kental Nigeria. German menang dengan 2-1. Manakala Perancis mengalahkan Algeria 2-0. Ini bermakna German akan bertemu dengan Perancis di suku akhir.

Johor Darul Takzim Juara Liga Super Malaysia 2014

Imej
Akhirnya setelah hampir 20 tahun negeri Johor tidak memenangi sebarang piala sejak 1991 kini era kegemilangan bolasepak Johor sudah kembali kelandasan yang betul setelah Tengku Mahkota Johor mengambil alih tampuk kepimpinan bola sepak Johor. Piala yang ditunggu-tunggu akhirnya milik Johor DT setelah mengalahkan Sarawak 1-0 manakala Selangor sekadar seri dengan PKNS 2-2 membolehkan JDT menjadi juara mutlak edisi kali ini. Tahniah buat semua pemain dan pengurusan yang bertungkuslumus sepanjang musim untuk meraih kejuaraaan kali ini.    

Pasukan Ternama Tersingkir Awal Piala Dunia 2014 Brazil

Antara pasukan ternama yang tersingkir awal dalam group adalah Sepanyol, Itali, England, Australia, Cameroon. Lepas ini pasukan mana pula yang akan tersingkir.

Siapa Juara Liga Super 2014 JDT atau Selangor?

Imej
Malam ini bakal beretap bagi menentukan juara liga Super 2014 siapa yang bakal mengenggam piala ini  samada Johor Darul Takzim atau Selangor yang hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja . Hanya kemenangan sahaja boleh menentukan siapa juara malam ini. Selangor dilihat lebih baik berbandaing JDT kerana bermain di tempat lawan manakala Selangor melayan kunjungan PKNS FC di Shah Alam. Malam penuh debar bakal berlangsug pastinya hangat perlawanan malam ini. Harap ada siaran langsung untuk kedua-dua game malam ini.Ayuh Johor Luaskan Kuasamu. Dah lama penyokong Johor inginkan kejayaan.  

GAY what the fish

Imej
Apa nak jadi dengan anak muda mudi kini yang kini hidup mengamalkan seks bebas sesama sejenis atau gay. Dengan suka suki dan bangganya mengambil selfie dan upload dalam FB mengatakan mereka pasangan bahagia. Anda dah terpesong bertaubatlah  kejalan yang benar.

Piala Dunia German ada kelas Portugal ermmm

Awal pagi saingan group G bermula dengan German memperagakan permainan yang bersahaja tapi mampu mengalahkan Portugal yang bermain agak tertekan. Kekalahan besar 4-0 Portugal ini menjadi tanda tanya adakah Portugal mampu bangkit dalam game yang akan datang. Dalam group yang sama USA menang keatas Ghana 2-1.

JDT harus menang semua baki liga super

JDT perlu menang kesemua baki perlawanan untuk menjuarai Liga super tahun ini. Selepas ini Akan bertandang ke stadium selayang bertemu ATM Dan selepas itu bertemu Kelantan di. Larkin Dan akhirnya bertemu Sarawak. jika Selangor menang semua baki perlawanan tetap JDT juara dengan 1 mata perbezaan.

Al Kisah Piala Dunia Brazil 2014

Banyak Pasukan ternama Dunia kalah dalam perlawanan pertama mereka seperti Sepanyol yang kalah dengan jaringan besar oleh Belanda, England kalah kepada Itali tetapi kekalahan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 4 tabun lalu agak memeranjatkan dengan jaringan yang besar amat memalukan. bola iTu bulat apa sahaja boleh berlaku.Nak predict siapa menang  tahun ini agar sukar kerana kebanyakan pasukan mempunyai kekuatan masing-masing . Tunggu dan lihat sahajalah habis dalam group dulu baru boleh predict siapa bakal ke final piala Dunia kali ini.

Demam Piala Dunia 2014 Brazil Bermula

Imej
Bermula pagi ini sehingga 18 Julai 2014 dunia akan digegarkan dengan siaran bola sepak Piala Dunia yang pastinya akan membuatkan semua bangun pagi terlambat pergi kerja kerana tengok bola awal 2.30 pagi . Fenomena ini pastinya akan berterusan pada bulan ramadan nanti dan yang penting solat tahajut, baca al-Quran, solat sunat dan berzikir yang penting jangan tinggal pulak. Jangan tertinggal pulak makan sahur karang kelaparan dan niat puasa tu nanti jangan lupa.   Jadual dalam kumpulan

JDT menang lagi

Imej
JDT memang lagi malam tadi setelah mengalahkan Sime Darby 3-0 . Selangor terus mendahului carta dengan menang keatas Terengganu 4-1 dengan beza 2 mata antara JDT 35 dan Selangor  37. Ayuh JDT luaskan kuasamu untuk menang piala liga musim ini. Mearikan jaringan

Hoki Piala Dunia Malaysia Tewas Lagi

Skuad Piala Dunia Malaysia kalah buat kali ke-2 dengan jaringan besar kali ini dengan Belgium 2-6. Kekalahan ini menyukarkan skuad hoki negara untuk mara sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir.  Kekalahan sebelum ini dengan Australia 0-4. Ayuh semua pemain hoki negara agar bangkit pada perlawanan ke -3 dan mengutip mata. Malaysia Boleh.

COKELAT CADBURY DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM

Imej
JAMIL KHIR (tengah) bersama Othman (kiri) dan Mohd. Roslan pada sidang akhbar mengenai hasil ujian Jabatan Kimia terhadap coklat Cadbury di Bangi semalam. BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan kesemua sampel coklat yang diambil dari kilang coklat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., minggu lalu bebas daripada sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebanyak 11 sampel yang diuji Jabatan Kimia itu meliputi bahan mentah dan produk akhir termasuk dua jenis coklat susu Cadbury yang dikatakan dicemari DNA babi sebelum ini. “Sampel coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang kita uji datang dari kelompok sama dengan yang diuji oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. “Perbezaan keputusan ujian ini mungkin disebabkan makmal mereka tiada akreditasi untuk memeriksa DNA ba

Apa khabar dengan MH370?

Imej
Lama x dengar berita  tentang kehilangan pesawat MAS MH370 yang sampai sekarang tidak dapat dijumpai walaupun pelbagai  usaha mencari dijalankan tetapi masih gagal. Kemanakah perginya pesawat sebesar itu hilang begitu sahaja tanpa dikesan. Banyak teori mula timbul kembali setelah hampir 4 bulan berlalu tanpa ada kesan dijumpai walaupun secebis. Teori yang paling popular adalah Diego Garcia satu tempat menempatkan tentera Amerika dan mempunyai lapangan terbang yang boleh digunakan untuk mendarat kapal terbang MH370. Marilah kita terus berdoa agar semua penumpang dapat kembali semula.

Final Piala FA 7 Jun 2014

Pentas final Piala FA adalah milik Pahang dan juga Felda United apabila mengalahkan lawan masing-masing diseparuh akhir. Pahang mengalahkan JDT dengan 2-1 manakan Felda menang gol ditempat lawan dengan agreget 5-5 setelah seri lagi di Shah Alam 2-2. Adakah juara baru akan muncul memang sudah semestinya kerana finalis tahun lalu tersingkir. Adakah Felda bakal muncul kelab yang ke-2 yang akan memenangi Piala FA ini kita nantikan pentas final nanti yang akan berlangsung di Bukit Jalil 7 Jun 2014.

JDT lawan Pahang Separuh Akhir kedua 30 Mei 2014

Imej
Teka teki siapa yang akan ke final Piala FA akan terjawab malam esok apabila JDT melawan Pahang di Stadium Darul Makmur setelah perlawanan pertama di Larkin seri dengan 1-1. Kelebihan nampak kepada JDT kerana semua pemain dalam dalam keadaan cergas dan tiada kad. Semoga berjaya JDT dan masuk final buat kali kedua berturut-turut. Satu lagi perlawanan Kelantan menentang Felda United keesokkan harinya pula dengan kedudukan semasa 3-3.

Fesyen legging jadi kegilaan remaja

Imej
Kalau legging pada asal tujuan diwujudkan adalah dipakai didalam tetapi kini dah berubah apabila ia dipakai diluar sehingga menampakan bentuk kaki dan punggung seorang wanita dan ada yang sampai nampak seluar dalam. Trend ini amat membimbangkan sehingga yang berhijab pun terjebak dalam fesyen berlegging ini. Atas cantik bertutup tetapi bila tengok bawah berlegging ketat sehingga menampakkan punggung dan kaki yang mengoda lelaki. Alahai wanita semua sedarkah anda bahawa anda telah menaikkan nafsu lelaki yang melihatnya. Ayuh benteras pemakaian legging dikhalayak ramai sekarang. tak kisah la yang mana jean ketat ke legging ke janji jangan pakai ya wanita-wanita semua. Klu saya tgk ni macam nak menyondol je tu yang dah ada bini atau isteri kena yang tak der nk buat apa bahaya ni . Cantik pada anda tapi yang melihatnya dapat dosa. Seluar ketat lagi sendat pastu  pakai t-shirt labuh ketat tutup punggung, warna menarik perhatian  pastu pakai jaket paras perut apa bezanya. Inilah yang yang d

Sultan Azlan Shah Sultan Perak Mangkat

Imej
Takziah diucapkan buat keluarga diraja Perak khasnya dan juga seluruh rakyat Perak amnya atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam. Al- fatihah. Sultan Azlan Shah dalam kenangan.

Piala Thomas 2014 milik Malaysia ooppp salah Jepun punya La

Imej
Akhirnya setelah penantian selama hampir 22 tahun kita kempunan untuk menjulang Piala Thomas n friend akhirnya pada hari ini kita tidak berjaya merangkul piala Thomas tapi sebaliknya Jepun yang menjuarai edisi kali ini. Kepada semua pemain yang bermain untuk negara walaupun semua pemain dibarisi oleh kaum Cina dan ketua jurulatihnya Rashid Sidek aku tetap bangga. Dah tidak ada nasib skuad kali ini masih ada kekurangan cuba lagi tahun depan ya. Kesian kat Lee Chong Wei walaupun status pemain nombor satu dunia tetapi tak pernah menjuarai sebarang kejuaraan utama seperti sukan olimpik, Piala Thomas. Cuba lagi tahun depan kira last game la Lee Chong Wei pleaseeeeeeeeeeee. Tahniah buat skuad Jepun kali ini yang mempunyai aura kejuaraan setelah menumbangkan gergasi China diseparuh akhir. Malaysia tewas 2-3. Luaskan Kuasamu

COKLAT CADBURY ADA DNA BABI

Imej
Apa dah jadi apa dah jadi sampai bila nak menipu kami wahai CADBURY sekarang sudah terbukti kau letak babi dalam cokelat ini wahai CADBURY. Kalau 2 ini ada babi bermakna kesemua cokelat dan produk kau jual ada BABI lah. Aduh dah berapa banyak aku telan ni cokelat ada babi ini. Astagfirullah ampunkan dosa ku Ya Allah, hambamu tidak sedar... CADBURY kau kaburi mata kami dengan logo halal Jakim untuk kaut keuntungan tetapi rupanya tidak halal. Dua jenis cokelat yang di ambil sampelnya adalah Cadbury Dairy Milk Cokelat dengan kacang hazel dan Cadbury Dairy Milk Cokelat dengan buah badam disahkan mengandungi DNA BABI. So apa lagi boikot la semua cokelat keluaran Cadbury ini yang sah-sah tidak sensitif dengan orang Islam yang tak boleh makan babi. Kalau dua sampel ini ada babi bermakna semua produknya ada dicampur dengan babi. Korang tak mati la kalau x makan Cadbury ini so jauhkan kita dari makan cokelat BABI CADBURY ini keseluruhannya. Tulis la kat Logo Cadbury tu COKELAT BABI.

FAM siapa bakal menjadi orang nombor 1 ?

Siapa bakal memegang kerusi panas FAM yang akan berlangsung hari ini 25 mei 2014. Adakah orang lama Sultan Ahmad Shah atau anakandanya Tengku Abdullah atau TMJ . Jika inginkan perubahan lakukan tindakan sekarang sebelum terlambat. Update Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah presiden FAM yang baru mengalahkan TMJ dengan 27 berbalas 12.

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013)

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) Bintang Paling Popular 2013 – Aaron Aziz Artis Baru Lelaki Popular – Achey Artis Baru Wanita Popular -  Zara Zya Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar Pelakon TV Wanita Popular -  Siti Saleha Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha Artis Komedi Lelaki Popular -  Jep Artis Komedi Wanita Popular – Jihan Musa Penyanyi Lelaki Popular -  Hafiz Suip Penyanyi Wanita Popular – Stacy Artis Duo / Berkumpulan Popular – Stacy & Akim Pengacara TV Lelaki Popular -  Dato’ Ac Mizal Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa Penyampai Radio Lelaki Popular -  Johan Penyampai Radio Wanita Popular -  Fara Fauzana KATEGORI ONLINE Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin Gandingan Serasi Di Layar -  Azlee Khairi & Zara Zya Watak Jahat Dalam Drama / Filem Popular – Sofi Jikan Artis Berpengaruh D

JDT Meluaskan Kuasa Menang ke atas Selangor

Imej
Tahniah buat JDT kerana memunggut 3 mata penuh di Shah Alam setelah menumbangkan pendahulu liga Selangor 1-0 hasil jaringan Lucho Figueroa pada minit ke-71 hasil umpanan cantik Diaz. Game malam tadi sungguh menarik dan tertarik dengan hampir 80 ribu penyokong kedua-dua pasukan memberi sokongan. Tahniah buat semua pemain. Luaskan Kuasamu Penjaring gol tunggal perlawanan Luco * Kredit gambar JOHOR Southern Tigers