SIR Alex Ferguson kini mensasarkan trofi Liga Juara-Juara pula, selepas Manchester United memecahkan rekod memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19, kelmarin. Sebaik meraikan trofi kemenangan kali ke-36 sepanjang regim 25 tahun kendaliannya di Old Trafford, pengendali berusia 69 tahun itu terus memikirkan pertembungan final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Wembley, 28 Mei ini. “Piala Eropah adalah kejohanan yang sepatutnya kami mendapat keputusan lebih baik,” kata Ferguson. “Saya rasa, kami juga sepatutnya menjuarainya dengan lebih kerap. Itu menjadi fokus kami sekarang,” kata pengurus itu sebaik memimpin Red Devils menjulang kejuaraan Liga Perdana biarpun berbaki satu perlawanan. gus memberikan satu mata berharga yang diperlukan untuk memecahkan rekod jumlah kejuaraan yang sebelum ini dikongsi dengan seteru Liverpool. Keputusan di Ewood Park itu menyaksikan United di depan dengan tujuh mata dan tidak boleh dipintas juara bertahan Chelsea yang