Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 3, 2012

Kagawa kini milik Manchester United

Imej
United lamar Kagawa AKSI hebat Kagawa ketika bersama Dortmund telah menarik perhatian Ferguson. MANCHESTER, England – Pemain kebangsaan Jepun, Shinji Kagawa menjadi pemain pertama dibeli Manchester United pada musim panas ini selepas kelab gergasi Liga Perdana England itu mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dengan kelab lama pemain berkenaan, Borussia Dortmund. “Manchester United dengan gembiranya mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund dan Shinji Kagawa mengenai perpindahannya ke Old Trafford,” jelas satu kenyataan United semalam. “Perjanjian akan bergantung kepada keputusan ujian perubatan pemain itu serta kelulusan permit kerjanya ke Britain. Semua syarat ini dijangka diselesaikan pada hujung Jun ini. “Maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa tersebut.” Perpindahan itu diramal mencecah sekitar £12 juta (RM59.1 juta). Pengurus United, Alex Ferguson dan pembantunya, Mike Phelan telah menyaksikan perse