Variasi ketiga daripada keluarga Galaxy Grand, dimana hari ini selepas Galaxy Grand dan juga Galaxy Grand Quattro, pihak Samsung telah pun secara rasminya mengumumkan Galaxy Grand 2. Galaxy Grand 2 membawakan skrin bersaiz 5.25-inci, cip empat-teras 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan juga ruangan storan 8GB. Galaxy Grand 2 ini turut dilengkapi dengan bateri bersaiz 2600mAh dan dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean. Secara amnya, boleh dikatakan Galaxy Grand 2 ditujukan kepada mereka yang inginkan telefon pintar pada saiz phablet tetapi pada harga yang lebih rendah jikalau dibandingkan dengan Galaxy Note 3. Galaxy Grand 2 turut hadir dengan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya. Dari segi rekabentuk, Samsung turut membawakan rekabentuk kerangka belakang berasaskan plastik ala-ala kulit, seperti pada Note 3. Memandangkan Galaxy Grand generasi pertama menerima sambutan yang agak baik di pasaran Malaysia sebelum ini, mungkin kita akan dapat