Catatan

Tunjukkan catatan dari November 18, 2012

Keputusan terkini Malaysia vs Singapore 25 Nov 2012

Imej
Perlawanan pembuka tirai kumpulan B akan bermula. Pertembungan klasik antara dua jiran ini bakal menyaksikan siapa lebih hebat dalam perlawanan yang cukup getir bagi membuka langkah untuk masuk separuh akhir. Jika Malaysia mendapat rentak pada perlawanan itu nanti maka laluan cerah bakal menyusul buat anak buah Rajagopal. Singapura akan dibarisi oleh pemain yang mempunyai kawalan bola yang hebat serta berpengalaman. Keputusan terkini Malaysia kalah 0-2 .Khairulfahmi melepaskan bola mudah ingat nak kawin la tu. VS

Senarai Akhir Pemain Malaysia AFF Suzuki Cup 2012

Imej
Berikut adalah senarai akhir pemain Malaysia yang akan mengalas cabaran pada kejohanan Piala AFF 2012. Semoga semua pemain dapat menunjukan semangat juang yang tinggi untuk mengekalkan kejuaraan pada 2010. Malaysia boleh.

Lagu Bangun Harimau Bangun oleh Malique

Imej
Di bawah mentari ataupun purnama malam Teruskan menerkam walau lampu limpah padam Dalam hujan ribut walau cedera dan luka Teruskan menghayun walau dua mata buta Bangun Bangun Bangun harimau bangun Jangan tidur lagi Seteru sudah datang Bangun (bangun) Bangun (bangun) Bangun harimau bangun (bangun) Padang keramat ini Jangan digadaikan Sfera pun berpusing, musim demi musim Di padang bertuah ini ku masih bermukim Bumi yang ku huni ini baktinya teramat Sakti dan keramat, ku pastikan selamat Di sinilah duniaku tempat berhabitat Tempat terbentuknya peribadi juga sifat Hubungan diikat, minat ligat dipergiat Tempat belajar memikat dan tendangan lipat Harimau sekawan aku chill tidak porak Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat Budak flat juga mampu tuk berjasa pada rakyat Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian Kapitan bisikkan titipan unit perisikan Asah kuku taring kerna sikit lepas isyak Musuh mahu datang rompak

Mi Segera Berbahaya & Tidak Halal

Imej
Lambakan mi segera dipasaran Di Malaysia menjadi negara ke 13 paling suka makan mi segera di dunia. Pendedahan demi pendedahan tentang mi segera banyak telah dibongkar dengan adanya teknologi canggih sekarang ini. Mi segera mengandungi lilin dan tulang rusuk babi untuk menjadikan mi lebih kental, kenyal dan tidak melekat. Bahan ini merbahaya dan tidak halal. Jika diikutkan banyak jenama yang keluar sekarang ini boleh diragui akan halalnya dan kandungan lilin yang ada didalam mi segera serta perencahnya. Jika dimakan selalu boleh menyebabkan kanser, tidak subur dan banyak lagi. Dalam kita sedap melantak mi segera hari-hari adakah kita sedar yang kita telah menjadikan diri kita dalam bahaya. Jadi kalau boleh jangan makan langsung mi segera ni lebih baik kita makanan yang lebih berkhasiat. Untuk info lanjut untuk mengetahui jenama yang halal bolehlah lawati laman web jakim.

Hati-hati lelaki ketika Solat

Imej
Dalam kita sedar tak sedar pakaian kita ketika ruku' atau sujud adakah baju kita tersingkap sehingga nampak lurah belakang bagi lelaki. Jika ini berlaku solat kita tidak sah. Hati-hati bila memakai baju untuk solat jangan memakai baju yang terlalu singkat sehingga nampak kulit ketika sujud atau ruku'. Kekadang kita lihat atau ternampak bila solat berjemaah di surau atau masjid terutamanya solat jumaat.

Get Out Di Matteo From Chelsea

Imej
Chelsea pecat Di Matteo DI MATTEO dipecat selepas enam bulan membimbing Chelsea. LONDON – Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo telah dipecat selepas skuad The Blues tewas 0-3 kepada Juventus pada aksi Kumpulan E kempen Liga Juara-Juara di Stadium Juventus awal pagi semalam. Pengendali kelahiran Itali itu dipecat selepas enam bulan membimbing Chelsea, sekali gus menerima nasib yang sama seperti pengurus-pengurus sebelum ini. Chelsea dilaporkan terpaksa mengambil keputusan drastik tersebut bagi mengelak juara Eropah itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada kempen Liga Juara-Juara. “Prestasi dan pencapaian semasa belum cukup bagus. Pemilik dan ahli lembaga kelab ini merasakan bahawa perubahan wajar dilakukan bagi memastikan hala tuju kami masih berada di landasan yang sepatutnya,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea semalam. Selepas tewas 1-2 kepada West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana England hujung minggu lalu, pemilik Chel

Genjatan Senjata Antara Palestine & Israel

Akhirnya genjatan senjata dilaksanakan di Gaza Alhamdulillah. Satu kemenangan sementara buat rakyat Palestin.Gencatan senjata Israel-Palestin yang bermula pada 3 pagi tadi waktu Malaysia hasil diplomasi yang diusahakan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi. Dilaporkan Mesir, Turki dan Iran antara tiga negara yang berjaya menekan Israel supaya berhenti membedil Gaza dan mengadakan gencatan senjata ini. Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta mencederakan ratusan yang lain. Kohilan berkata selain gencatan senjata, Malaysia juga percaya pertelingkahan dalaman perlu diselesaikan lebih awal di dalam Palestin dan dengan sokongan negara luar, kedamaian sejagat dapat diperoleh untuk selama-lamanya. "Negara jiran dan negara Islam pastinya akan menyokong kepada pelan damai menghentikan pertelingkahan dalaman itu," katanya.

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Bangladesh

Imej
Kesian tengok Safee Sali kerana tiada hantaran buat penyerang yang kurang berbisa kali ini. Parah! Belumpun sepak mula kejohanan AFF bermula bayang-bayang jelas sudah terpampang didepan mata betapa longlainya permainan Malaysia kali ini. Keputusan penuh perlawanan Malaysia 1 Bangladesh 1. Datuk Rajagopal buat ekperimen pemain lagi mana satu pemain yang bakal diturunkan nanti. Jika macam ni tektikalnya Rajagopal buat maknanya kita akan gigit jari la jawabnya tahun ini. FAM perlu dengar suara peminat bola tempatan bahawa DR sudah tidak relevan lagi jadi ketua jurulatih gantikan dgn DOKS jer. Dengan Bangladesh tak boleh menang apa kes, kenapa masih tiada persefahaman antara pemain. Pesanan dari Tengku Mahkota Pahang tidak diambil endah. Kita perlukan kemenangan sebagai tonik dan tiada cemuhan dilemparkan ketika kejohanan dah hampir sgt. Permaian hampir sama ketika bertemu Hong Kong. Apa sudah jadi DR , klu mcm ni Singapura tersenyum lebar, Indonesia ketawa dan Laos bergembira kera

Siaran Langsung Malaysia vs Bangladesh

Malam ini bakal berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Bangsladesh di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Adakah Malaysia mampu menang bagi persiapan Piala AFF 2012. Jika Datuk Rajagopal menyatakan pasukan ini lebih baik dari 2010 maka nak tak nak kena menjuarailah Piala AFF kali ini bagi menutup mulut semua pihak. Kita tengok dan lihat sahaja dan berdoa agar kita dapat menang semua perlawanan  kumpulan dan masuk separuh akhir.

Bunga Pokok Daun Kucai

Imej
Cantik juga bunga pokok kucai ni. Nak tengok tak jom skodeng

Israel menganas siapa boleh halang

Imej
  Bumi gaza kini dihujani bom oleh Israel yang kejam.Tiada belas kasih sesiapa shj menjadi mangsa kekejaman ini.Keangkuhan Israel ini siapa yang boleh menghalangnya dari membuat apa sahaja yang disukai. Siapa yang berani melakukan serang balas terhadap Israel sekarang ini. Negara jiran arab terus membisu dan menutup mata seperti tiada apa berlaku kepada Palestin .Amerikà  terus menyokong dan berdiam diri . Sahabat kita di Gaza terus menderita. Adakah ini tanda kiamat yaang dinyatakan oleh Nabi Muhammad  S.A.W dimana Masjid Aqsa ditawan. Marilah kita membantu sedara kita ini di Gaza dengan apa cara sekalipun dan Palestin. Jika kita siapa lagi mahu membantu saudara Islam yang terseksa akibat kerakusan bangsa Israel yang telah termaktub di dalam al-Quran sebagai bangsa yang jahat sehingga akhir zaman. Marilah kita boikot segala barangan buatan Israel. Jika umat Islam bersatu insyallah kita akan berjaya.