Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Johor Darul Takzim kalah kepada Johor

Kelab termahal liga super 2013 Johor Darul Takzim kalah mengejut kepada abang Johor dari Liga Perdana 1-2 pada malam tadi .Kekalahan ini membuatkan kita tertanya-tanya adakah pasukan ini boleh membawa treble piala liga, piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2013 nanti. Ribuan peminat membanjiri stadium larkin malam tadi bagi menyaksikan perlawanan final piala jemputan Sultan Johor itu. Skuad Fandi Ahmad bagai tersentak dengan corak permainan Johor FA yang begitu kemas dan banyak serangan dilancarkan. Liga akan bermula pada 8 Januari ini.

Kamera Pintar Samsung, Nikon & Polaroid

Imej
Kini pengeluar-pengeluar kamera berjenama berlumba-lumba mengeluarkan model kamera dengan operasi android yang canggih. Kini terdapat 3 model baru dipasaran iaitu Samsung Galaxy Camera, Nikon Coolpix S800C dan Polaroid IM1836. Kesemua kamera ini boleh berhubung menggunakan  wifi dan Samsung Galaxy Camera pula boleh berhubung dengan wifi dan 3g tu yang best tu. Antara yang paling hebat adalah keluaran dari Polaroid dimana kamera ini boleh menukar lensanya dengan yang lain seperti kamera DSLR. Tapi dalam banyak-banyak kamera ini aku paling suka bentuk pada Samsung Galaxy camera yang cantik dan elegan serta menepati citarasa aku la hahaha. Kalaulah dapat kamera ni bestnya nasib baik tak boleh dibuat telefon kalau boleh sure akulah orang pertama beli hehehe. Tapi mana tahukan kot-kot Samsung akan keluarkan model kamera android yang boleh masuk simcard dan boleh buat telefon sekali. Sama macam telefon pintar yang ada kamera tapi macam sama jer fungsinyakan hahaha. Nikon Coolpix S800c

Sistem aduan 1 Malaysia

Sungguh penat aku hari ini hampir 1 hari berada dihospital sebab ada temujanji anak disana. Cuba bayangkan hanya untuk menunggu pendaftaran masuk sahaja hampir 2 jam 30 baru dipanggil untuk daftar belum lagi untuk pergi x-ray terpaksa tunggu lagi 2 jam lebih untuk tiba giliran. Dah selesai buat x-ray nak jumpa doktor pulak nak tahu berapa lama hampir 3 jam pulak nak tunggu tu pun aku redah jer jumpa doktor sebab nombor giliran aku tak naik-naik kat led merah tu. Masuk dalam pulak tengok tiada siapa nak uruskan kad anak aku sampaikan doktor carikan kat atas meja. Aku tak paham sistem yang digunakan kat hospital kerajaan ni la sampai lama sangat nak tunggu giliran, semua guna komputer bukan manual pun. Yang aku pelik doktor yang nak periksa hanya 1 orang sahaja yang lain kemana. Siap nurse tu cakap kalau doktor tu masuk bilik bedah so kena tunggu selesai la baru boleh jumpa mau pukul berapa pulak nk jumpa doktor tu. Yang nurse pun nampak macam ramai tapi aku tengok tak terurus. Stress y

Ong Kim Swee ganti Datuk K Rajagobal?

Imej
  Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee bersedia memikul tanggungjawab mengendali skuad kebangsaan menggantikan Datuk K Rajagobal andai mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu membuang masa memikirkan perkara itu kerana fokus utama sekarang ialah mempertahankan pingat emas Sukan SEA, tahun depan. “Terpulang kepada FAM,” kata Kim Swee. “FAM berhak tentukan hala tuju skuad kebangsaan dan sebagai jurulatih di bawah badan induk itu, saya hanya menurut arahan diberi,” katanya semalam. Nama Kim Swee antara yang disebut-sebut layak mengisi jawatan ketua jurulatih kebangsaan jika FAM tidak menyambung kontrak Rajagobal yang akan tamat hujung tahun depan. Namun, sudah timbul desakan menuntut Rajagobal mengundur diri lebih awal selepas gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini walaupun sasaran sebenar buat pe

AFF tak ceria tanpa Harimau Malaya di final

Esok perlawanan akhir pertama antara Singapura dan Thailand akan berlangsung di Stadium Jalan Besar. Jika Malaysia yang masuk final kan best tapi nak buat macamana kita kalah diseparuh akhir. Jika nak fikir sangat pun nak buat apa ek kita tengok jer la siapa yang akan juara edisi AFF Suzuki kali ini. Kita tengok lakonan yang mana lagi hebat kali ini.

Malaysia kalah àngkara pengadilan terburuk

Malaysia pulang dengan hampanya dibangkok setelah tewas 0-2 dengan agreget 1-3 . Kemenangan Thailand atas mutu pengadilan yang teruk setelah pertahanan kita dibuang padang kerana terima 2 kad kuning iaitu Fadli Shas. Corak permainan Malaysia teruk dengan pertahanan yang longgar dengan tiada arah tuju hantaran tidak tepat , semua bahagian kucar kacir. Bek Mahali Jasuli, Aidil, Bunyamin, Amar Rohidan lemah terlalu jauh antara satu sama lain naik sesuka hati sampaikan bila kena counter attack tinggal 1 org jer dah kat bawah mana tak gol. Kesilapan Amar Rohidan membawa padah dengan Dangda membawa bola sesuka hati dia jer dan merembat sampai gol. Sayap tak payah cakap la langsung tiada fungsi, tengah pulak tenggelam punca. Kita banyak melihat lawan membuat hantaran sesama mereka jer tunggu masa kita buka laluan. Aku tengok pemain kita tiada kurang tenaga la pulak. Mahali suka sangat ovelaping sampai atas bila nk kejar dah semput dan Azamudin Akil pulak entah la , Badrol ada peluang main su

Singapura layak ke final AFF Suzuki 2012

Keputusan perlawanan separuh akhir ke2 antara Singpura menentang Philippines di Stadium Jalan Besar berakhir dengan Singapura melangkah ke pentas final AFF Suzuki Cup 2012 dengan menewaskan Philippine dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Amri pada babak pertama. Dengan kemenangan ini satu lagi pasukan yang akan ditentukan esok antara Malaysia dan Thailand akan menentang juara 3 kali edisi AFF ini. Singapura dilihat menguasai bola dan banyak serangan berbahaya pada babak kedua gagal disempurnakan dengan jaringan.

Thailand layan kita kelas kedua di Bangkok

Imej
Huuhuuhuhu sedih bila aku dengar kat berita yang pemain kebangsaan kita di Bangkok diberi layanan macam kita ni pemain sekolah rendah la pulak dibaginya padang yang lecak, rumput tenggelam timbul tiada tandas untuk salin baju dan nak buang hajat pun tak boleh. Isk-isk apa ni Thailand jangan la macam ni, kalau nak menang sangat pun jangan la layan kami macam nie. Ku harapkan pemain Malaysia tidak patah semangat dengan keadaan ini dan buktikan kemampuan sebenar untuk muncul pemenang malam esok. uiii lawanya padang tahap vip nie boleh mandi sekali Dengan jaring gol yang koyak rabak dan padang untuk budak sekolah main ermm tadika la

Siapa yang akan ke Final AFF Suzuki Cup 2012

Siapa yang akan masuk ke perlawanan akhir AFF 2012 bakal ditentukan pada perlawanan separuh akhir ke-2 kerana ia masih terbuka kepada 4 pasukan yang bertanding. Jika Malaysia dapat mengalahkan Thailand maka peluang untuk kita menjadi juara buat kali ke-2 amat cerah sekali. Esok Singapura akan menentang Philipines di padang tiruan di Stadium Jalan Besar, peluang nampak memihak kepda Singapura

Result & Analisis Malaysia vs Thailand 1st Semifinal

Imej
Gol Mat Yo amat dihargai Malaysia memilih jalan berliku dengan keputusan seri 1-1 dengan Thailand malam tadi. Keputusan ini kurang memberi kelebihan kepada Malaysia yang akan bertandang ke Bangkok khamis ini. Jika diambilkira jaringan di tempat lawan Malaysia perlu mencari 2 gol bila berlawan di Thailand nanti. Malaysia mempunyai banyak peluang terhidang terutamanya Azamudin Akil yang terlepas dari menjaringkan gol jika tidak kita selesa diBukit Jalil. Gol Malaysia dijaringkan oleh Mat Yo (Nurshahrul Idlan Talha) hasil tandukan cantik hantaran dari Mahali Jasuli pada minit ke 48. Amar dan Steven Robart banyak membuat kesilapan ini bukan ragbi nk body contact walaupun bola kat kaki sendiri, kalau tak boleh nak gelecek jangan nak simpan bola baik ko kasi rakan cepat. Gol Thailand dihasilkan oleh penyerang sensasi mereka Terasil Dangda dengan tandukan lambung dipenjuru gol Malaysia. Peluang ke emasan pada masa kecederaan oleh Safee Sali tandukan deras sepatutnya gol tapi berjaya d

Siaran Langsung Bolasepak Malaysia vs Thailand

Jom tengok RTM tengok masa bola jer klik sini ek Sila masuk awal jika tidak buffering la jawabnya dan line internet kena la laju ok. http://www.rtm.gov.my/tv1/

Samsung Galaxy Camera

Imej
Samsung megeluarkan model kameranya yang amat canggih yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Camera yang membolehkan anda untuk menyambungkan kamera anda kepada dunia digital sebenar dengan Aplikasi Android Jelly Bean OS dan 3G. Fungsi kamera yang begitu menepati citarasa professional. Harga yang aku jumpa adalah lebih kurang RM1899. Memang aku idamkan kamera macam ni. Aku nak beli sekarang juga. Jom skodeng sikit gambar Samsung Galaxy Camera ni.

The New Nikon D5200

Imej
    Nikon keluarkan model upgrade D5100 kepada D5200 dengan 24.1 megapixels.  The D5200 is very similar in design to its predecessor, the D5100, with only a few changes. The lines are slightly more sleek and streamlined - for example the little finger 'hook' on the left side has gone - but side-by-side you'd need to look very closely to tell them apart. The main changes are on the top plate, where the D5200 gains a stereo microphone in front of the hot shoe, and a new drive mode button beside the mode dial.   The D5200 also offers a full array of connectors - along with the usual HDMI and USB/AV out, there's a stereo microphone input for movie recording, and a multi-function port that accepts both Nikon's optional GP-1 GPS unit, and the MC-DC2 electronic cable release. The camera also has also front and rear receivers for the ML-L3 wireless remote. Overall the D5200 is a distinctly well-featured little camera.   Dapatkan info kam

Malaysia mara ke separuh akhir

Imej
Safee Sali kurang mengengat kali ini. Dilihat letih bila membawa bola dan hantaran mengapa? Malaysia menang keatas Indonesia dengan jaringan 2 - 0 hasil jaringan Azamuddin & Mahali. Malaysia akan bertemu Thailand diseparuh akhir disebabkan Singapura menang dlm perlawanan sengit dengan Laos 4-3. Malaysia akan menentang Thailand yang mengalahkan kita pada pertemuan persahabatan 0-2. Perlawanan timbal balik pada 9 disember dan 13 disember 2012 ini. Malaysia perlu menurunkan penyerang yang laju dan bijak didepan gol untuk menang ke atas Thailand nanti. Tiba masanya Rajagopal menurunkan Hazwan Bakri mengantikan Safee Sali yang nampak sudah tidak bermaya bila didepan gol. Tahniah Malaysia mara. Farizal Marlias kurang dicabar kali ini tp menyelamatkan beberapa cubaan Indonesia

Cuti-cuti di Kota Kinabalu Sabah

Imej
Pada minggu lepas sempat juga kawan pergi bercuti ke Sabah.  bersama keluarga. Sempat juga panjat gnung kinabalu tu.Nak juga merasa sejuknya naik gunung tu tp memang nyaman udaranya. Nak tengok gambar gunung tak jom skodeng. Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu Puncak Gunung Kinabalu Pemandangaan yang indah lanskap bukit bukau Jambatan Tamparuli tempat Marsha Milan Londoh tu

Malaysia menang akhirnya di AFF 2012

Imej
Yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo Malaysia ????????? Menang Nantikan jawapannya sebentar lagi yer  :) Ya jawapannya Malaysia menang 4 - 1 mengatasi Laos tetapi kita perlu menang juga menentang Indonesia bagi memastikan kita layak ke separuh akhir. Sekarang ini dalam kumpulan  B masih terbuka sesiapa sahaja boleh layak ke separuh akhir. Dengan Indonesia 4 mata, Malaysia 3 mata, Singapura 3 mata manakala Laos 1. Laluan kita nampak susah sikit sebab akan jumpa Indonesia manakala Singapura menentang Laos laluanya nampak lebih terbuka. Malaysia wajib menang dengan apa cara sekalipun. Safee Sali merayakan jaringannya tetapi malam ini dia nampak keletihan kenapa ya Permianan Malaysia malam ini lebih teratur dan terancang corak serangan dan tujuannya. Jika macam ni masa berjumpa Singapura maka kita sudah layak awal. Deretan peluang oleh Safee Sali dan Mat Yo pada separuh masa pertama banyak disia-siakan walaupun berdepan dengan penjaga gol sahaja. Jika semu

Penyiar Rasmi AFF 2012 RTM

Kata penyiar rasmi AFF tapi x der pun siaran langsung untuk yang game petang punya.Pelik la aku tgk RTM ni, baik x payah jadi penyiar rasmi klu gitu. Aku pun nak tgk game yang bukan negara kita main juga. Kenapa nak sgt tp x boleh siar pulak . DAH LA SIARAN SUSAH NK TERANG, NEGARA JIRAN PUNYA LAGI TERANG PULAK HAHA LAWAKNYA HANYA GUNA ANTENA DALAM RUMAH JER HEHEHE.

Malaysia Kalah Angkara DR yang pandai berkata-kata manis

Imej
Datuk Rajagopal 3 - 0 apa ni. Mana Datuk Rajagopal yang dulu 2010. Memalukan amat memalukan kekalahan yang tidak dapat diterima oleh aku, pemain Malaysia bermain seperti membuat eksperimen lagi kerana hantaran tidak menjadi, kedudukan pemain terlalu jauh, hantaran jauh yang sia-sia, bek, tengah, dan sayap tidak menjadi langsung serta kecuaian penjaga gol yang nak kawin sangat tu membuatkan kita gigit jari. Gol-gol mudah dilepaskan oleh pemain Malaysia. Tektikal Rajagopal sama serupa seperti sebelum ini tiada perubahan ketika kalah kepada Myanmar, Thailand, seri kepada Hong Kong dan Bangladesh. Singapura menunjukan mereka lebih layak menang kerana kawalan bola dan hantaran yang tepat serta kecekapan penjaga gol mereka. Kalau macam nilah Malaysia lawan Laos nanti aku percaya Malaysia tidak pergi juah ditempat sendiri. Memalukan tapi jalan masih terbuka lagi jika ada kemahuan dan tektikal yang betul oleh Rajagopal. Duhai pemain jangan hampakan harapan mengunung rakyat Malaysia sem

Keputusan terkini Malaysia vs Singapore 25 Nov 2012

Imej
Perlawanan pembuka tirai kumpulan B akan bermula. Pertembungan klasik antara dua jiran ini bakal menyaksikan siapa lebih hebat dalam perlawanan yang cukup getir bagi membuka langkah untuk masuk separuh akhir. Jika Malaysia mendapat rentak pada perlawanan itu nanti maka laluan cerah bakal menyusul buat anak buah Rajagopal. Singapura akan dibarisi oleh pemain yang mempunyai kawalan bola yang hebat serta berpengalaman. Keputusan terkini Malaysia kalah 0-2 .Khairulfahmi melepaskan bola mudah ingat nak kawin la tu. VS

Senarai Akhir Pemain Malaysia AFF Suzuki Cup 2012

Imej
Berikut adalah senarai akhir pemain Malaysia yang akan mengalas cabaran pada kejohanan Piala AFF 2012. Semoga semua pemain dapat menunjukan semangat juang yang tinggi untuk mengekalkan kejuaraan pada 2010. Malaysia boleh.

Lagu Bangun Harimau Bangun oleh Malique

Imej
Di bawah mentari ataupun purnama malam Teruskan menerkam walau lampu limpah padam Dalam hujan ribut walau cedera dan luka Teruskan menghayun walau dua mata buta Bangun Bangun Bangun harimau bangun Jangan tidur lagi Seteru sudah datang Bangun (bangun) Bangun (bangun) Bangun harimau bangun (bangun) Padang keramat ini Jangan digadaikan Sfera pun berpusing, musim demi musim Di padang bertuah ini ku masih bermukim Bumi yang ku huni ini baktinya teramat Sakti dan keramat, ku pastikan selamat Di sinilah duniaku tempat berhabitat Tempat terbentuknya peribadi juga sifat Hubungan diikat, minat ligat dipergiat Tempat belajar memikat dan tendangan lipat Harimau sekawan aku chill tidak porak Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat Budak flat juga mampu tuk berjasa pada rakyat Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian Kapitan bisikkan titipan unit perisikan Asah kuku taring kerna sikit lepas isyak Musuh mahu datang rompak

Mi Segera Berbahaya & Tidak Halal

Imej
Lambakan mi segera dipasaran Di Malaysia menjadi negara ke 13 paling suka makan mi segera di dunia. Pendedahan demi pendedahan tentang mi segera banyak telah dibongkar dengan adanya teknologi canggih sekarang ini. Mi segera mengandungi lilin dan tulang rusuk babi untuk menjadikan mi lebih kental, kenyal dan tidak melekat. Bahan ini merbahaya dan tidak halal. Jika diikutkan banyak jenama yang keluar sekarang ini boleh diragui akan halalnya dan kandungan lilin yang ada didalam mi segera serta perencahnya. Jika dimakan selalu boleh menyebabkan kanser, tidak subur dan banyak lagi. Dalam kita sedap melantak mi segera hari-hari adakah kita sedar yang kita telah menjadikan diri kita dalam bahaya. Jadi kalau boleh jangan makan langsung mi segera ni lebih baik kita makanan yang lebih berkhasiat. Untuk info lanjut untuk mengetahui jenama yang halal bolehlah lawati laman web jakim.

Hati-hati lelaki ketika Solat

Imej
Dalam kita sedar tak sedar pakaian kita ketika ruku' atau sujud adakah baju kita tersingkap sehingga nampak lurah belakang bagi lelaki. Jika ini berlaku solat kita tidak sah. Hati-hati bila memakai baju untuk solat jangan memakai baju yang terlalu singkat sehingga nampak kulit ketika sujud atau ruku'. Kekadang kita lihat atau ternampak bila solat berjemaah di surau atau masjid terutamanya solat jumaat.

Get Out Di Matteo From Chelsea

Imej
Chelsea pecat Di Matteo DI MATTEO dipecat selepas enam bulan membimbing Chelsea. LONDON – Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo telah dipecat selepas skuad The Blues tewas 0-3 kepada Juventus pada aksi Kumpulan E kempen Liga Juara-Juara di Stadium Juventus awal pagi semalam. Pengendali kelahiran Itali itu dipecat selepas enam bulan membimbing Chelsea, sekali gus menerima nasib yang sama seperti pengurus-pengurus sebelum ini. Chelsea dilaporkan terpaksa mengambil keputusan drastik tersebut bagi mengelak juara Eropah itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada kempen Liga Juara-Juara. “Prestasi dan pencapaian semasa belum cukup bagus. Pemilik dan ahli lembaga kelab ini merasakan bahawa perubahan wajar dilakukan bagi memastikan hala tuju kami masih berada di landasan yang sepatutnya,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea semalam. Selepas tewas 1-2 kepada West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana England hujung minggu lalu, pemilik Chel

Genjatan Senjata Antara Palestine & Israel

Akhirnya genjatan senjata dilaksanakan di Gaza Alhamdulillah. Satu kemenangan sementara buat rakyat Palestin.Gencatan senjata Israel-Palestin yang bermula pada 3 pagi tadi waktu Malaysia hasil diplomasi yang diusahakan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi. Dilaporkan Mesir, Turki dan Iran antara tiga negara yang berjaya menekan Israel supaya berhenti membedil Gaza dan mengadakan gencatan senjata ini. Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta mencederakan ratusan yang lain. Kohilan berkata selain gencatan senjata, Malaysia juga percaya pertelingkahan dalaman perlu diselesaikan lebih awal di dalam Palestin dan dengan sokongan negara luar, kedamaian sejagat dapat diperoleh untuk selama-lamanya. "Negara jiran dan negara Islam pastinya akan menyokong kepada pelan damai menghentikan pertelingkahan dalaman itu," katanya.

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Bangladesh

Imej
Kesian tengok Safee Sali kerana tiada hantaran buat penyerang yang kurang berbisa kali ini. Parah! Belumpun sepak mula kejohanan AFF bermula bayang-bayang jelas sudah terpampang didepan mata betapa longlainya permainan Malaysia kali ini. Keputusan penuh perlawanan Malaysia 1 Bangladesh 1. Datuk Rajagopal buat ekperimen pemain lagi mana satu pemain yang bakal diturunkan nanti. Jika macam ni tektikalnya Rajagopal buat maknanya kita akan gigit jari la jawabnya tahun ini. FAM perlu dengar suara peminat bola tempatan bahawa DR sudah tidak relevan lagi jadi ketua jurulatih gantikan dgn DOKS jer. Dengan Bangladesh tak boleh menang apa kes, kenapa masih tiada persefahaman antara pemain. Pesanan dari Tengku Mahkota Pahang tidak diambil endah. Kita perlukan kemenangan sebagai tonik dan tiada cemuhan dilemparkan ketika kejohanan dah hampir sgt. Permaian hampir sama ketika bertemu Hong Kong. Apa sudah jadi DR , klu mcm ni Singapura tersenyum lebar, Indonesia ketawa dan Laos bergembira kera

Siaran Langsung Malaysia vs Bangladesh

Malam ini bakal berlangsung perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Bangsladesh di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam. Adakah Malaysia mampu menang bagi persiapan Piala AFF 2012. Jika Datuk Rajagopal menyatakan pasukan ini lebih baik dari 2010 maka nak tak nak kena menjuarailah Piala AFF kali ini bagi menutup mulut semua pihak. Kita tengok dan lihat sahaja dan berdoa agar kita dapat menang semua perlawanan  kumpulan dan masuk separuh akhir.

Bunga Pokok Daun Kucai

Imej
Cantik juga bunga pokok kucai ni. Nak tengok tak jom skodeng

Israel menganas siapa boleh halang

Imej
  Bumi gaza kini dihujani bom oleh Israel yang kejam.Tiada belas kasih sesiapa shj menjadi mangsa kekejaman ini.Keangkuhan Israel ini siapa yang boleh menghalangnya dari membuat apa sahaja yang disukai. Siapa yang berani melakukan serang balas terhadap Israel sekarang ini. Negara jiran arab terus membisu dan menutup mata seperti tiada apa berlaku kepada Palestin .Amerikà  terus menyokong dan berdiam diri . Sahabat kita di Gaza terus menderita. Adakah ini tanda kiamat yaang dinyatakan oleh Nabi Muhammad  S.A.W dimana Masjid Aqsa ditawan. Marilah kita membantu sedara kita ini di Gaza dengan apa cara sekalipun dan Palestin. Jika kita siapa lagi mahu membantu saudara Islam yang terseksa akibat kerakusan bangsa Israel yang telah termaktub di dalam al-Quran sebagai bangsa yang jahat sehingga akhir zaman. Marilah kita boikot segala barangan buatan Israel. Jika umat Islam bersatu insyallah kita akan berjaya.

Maharaja Lawak Mega 2012

Imej
Malam ini bermulanya maharaja lawak mega 2012. Pada minggu ini hingga minggu ke 3 tiada penyingkiran untuk peserta. Jadi tengoklah siapa yang anda suka dan mula mengundi. Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2012 1.BALAS 2.SAEHU - INDONESIA 3.SHIRO 4.SABON 5.JOZAN 6.BOBOI 7.BANDUNG JOKERS - INDONESIA 8.JAMBU 9.R2 10.PIMAI 11.DADIDU - SINGAPURA

Skuad Muda Hoki kita tewas lagi

Skuad muda hoki tumbang kepsda Pakistan 0-2.Berakhirlah sudah impian menjulng Piala Sultan Johor 2012.

Scedule Match AFF Suzuki Cup 2012

Group A Thailand Vietnam Philippines Myanmar       Group B Malaysia Singapura Indonesia Laos 24 Nov 2012  Myanmar VS Vietnam  and Thailand VS Philippines 25 Nov 2012 Indonesia VS Laos   and Malaysia VS Singapore 27 Nov 2012 Vietnam  VS Philippines and Myanmar VS Thailand 28 Nov 2012 Indonesia VS Singapore and Laos VS Malaysia 30 Nov 2012 Philippines VS Myanmar and Thailand VS Vietnam 1 Dis 2012 Singapore VS Laos and Malaysia VS Indonesia

Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong

Malaysia menunjukan permainan yang lebih kemas tetapi perlu dipertingkatkan lagi. Keputusan semasa sekarang masih 0-0 lagi tetapi Hong Kong banyak kali masuk ke kotak penalti tetapi belum dapat menembusi gol Malaysia. Perlu lebih kemas hantaran dan  mencari kelemahan pemain lawan. Separuh masa ke dua malaysia mendahului dengan jaringan Safee Sali hasil tandukan kencang. Malaysia hampir menang tetapi kelalaian pada minit akhir oleh Aidil dan juga penjaga gol Apek membolehkan pemain Hong Kong  merampas bola dan menjaringkan gol mudah. Jika permainan seperti ini diteruskan masa AFF nanti maka kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan untuk kali ini. Rajagopal perlu buat sesuatu lagi sebelum sepak mula. Pemain nampak letih dan kurang stamina. Larian dan hantaran yang lemah. Keputusan akhir Malaysia 1- Hong Kong 1. Satu lagi perlawanan persahabatan adalah menentang Bangladesh pada 20 November 2012 di Stadium Shah Alam. Malaysia perlu menang besar kali ini untuk menaikan mor

Keputusan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor

Malaysia tewas lagi kepada Australia 2-3. Kita perlu menang baki perlawanan selepas ini menentang India dan Pakistan untuk kita masuk final. Malaysia telah mendahului 2-1 tetapi kita dikejutkan dengan counter attack dan menghasilkan gol serta satu penalti corner. Semangat pemain Malaysia jangan luntur masih ada peluang lagi.

Samsung ATIV Smart PC Pro

Imej
ATIV Smart PC Pro PENGELUAR teknologi digital dunia, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) melancarkan siri komputer pintar (ATIV Smart PC) terbaharu yang merangkumi semua rangkaian perkomputeran seperti komputer riba, peribadi dan tablet di Kuala Lumpur baru-baru ini. Paling menarik ialah Samsung ATIV Smart PC menepati ramalan pasaran komputer riba, ultrabook kerana ia mempunyai fizikal yang kecil dan nipis. Papan kekunci ATIV Smart PC boleh ditanggalkan dengan senang daripada sambungan clamshell menjadi sebuah tablet. Jadi, pengguna dapat bekerja di meja dan boleh berubah menjadi peranti tablet ketika sedang dalam perjalanan dengan sifat mobilnya. Dilengkapi teknologi S Pen, ATIV Smart PC menawarkan pengalaman mengagumkan untuk menulis dan melukis. Menggunakan sistem operasi (OS) Windows 8, pengalaman dunia perkomputeran menjadi lebih menarik dengan ciri-ciri yang terdapat dalam OS baharu itu. Selain itu, skrin sesentuh dengan kepekaan sehingga 10 ja

Google Nexus 4

Imej
Telefon pintar terbaru keluaran Google habis dijual di beberapa negara dalam tempoh sejam selepas dilancarkan, hari ini. Telefon Nexus 4 yang dihasilkan oleh syarikat LG Electronics, Korea Selatan boleh dibeli secara online menerusi Play shop Google habis dijual dan notis dihantar kepada pelanggan menerusi e-mel sekiranya unit lain akan dijual. "Minat mendalam diberikan terhadap stok model Nexus di beberapa negara," kata Nexus. Jom skodeng gambar telefon baru dari Google Nexus 4 with Android Jelly Bean       Game Perfect       GPS with google map   8 MPixel camera with special Amazing Photo Sphere camera