Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 27, 2013

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Iraq 1 Feb 2013

Imej
Pasukan Harimau Malaya lawan Iraq yang juga juara Piala Asia 2007 malam ini di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan keputusan yang tak sedap didengar apabila kalah 0-3 kepada Iraq.   Perlawanan ini juga merupakan medium untuk jurulatih skuad negara,Datuk K.Rajagobal dalam mengenal pasti kelemahan dan menguji barisan utama pemain sebelum menghadapi perlawanan sulung kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula pada 6 Februari ini Pada perlawanan pembukaan kelayakan nanti Malaysia yang berada di kumpulan D akan melawan Qatar Malaysia kalah 0-3 kepada Iraq dan Rajagopal buat ekperimen lagi. Tengok je la ekperimen kali ini jadi ke tak lawan Qatar nanti. Siaran langsung malam tadi cancel kenapa yer nak tengok gak corak permainan orang baru dalam skuad kebangsaan ini.

All New Blackberry Z10

Imej
    1 hari yang lalu 1 hari yang lalu  

Nazmi Faiz Kembali ke Malaysia kenapa?

Imej
Mohd. Nazmi Faiz *Update- Sah Nazmi Faiz takkan kembali ke Portugal kerana  S.C Beira-Mar telah melepaskan sepenuhnya dan nazmi telah memilih untuk bermain bersama PKNS FC dengan kontrak 3 tahun. Hanya bermain selama 7 bulan sahaja di S.C Beira-Mar dan bermain untuk pasukan bawah 19 tahun menjadikan Nazmi memilih untuk kembali ke tanah air menabur bakti dibumi Malaysia. Pemain muda berbakat besar yang kini beraksi bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar, Mohd. Nazmi Faiz melakukan tindakan yang mengejutkan apabila dikhabarkan mengambil keputusan pulang ke tanah air, semalam dengan mengundang seribu satu persoalan. Biarpun mengikut sumber daripada laman web rasmi Beira-Mar yang dia akan dipinjamkan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun badan induk bola sepak negara itu menafikan yang mereka memanggil pemain berusia 19 tahun itu pulang ke sini. Bertambah menarik, pemain yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur dikatak

Sony Xperia Z seperti sebuah kamera penuh

Imej
TELEFON berkamera hadir di dunia dengan model sub-megapiksel pertama pada awal 2000 yang memberi manfaat kepada kamera dan telefon itu sendiri untuk digabungkan menjadi satu peranti yang hebat. Telefon berkamera yang baik hari ini merakam gambar setanding dengan generasi kamera digital kompak sebelumnya berdasarkan teknologi kini boleh mempunyai jumlah megapiksel dua digit, zum optik tulen dan keupayaan untuk merakam video HD yang sebenar. Antara pengesan imej jenis CMOS dan CCD yang menjadi teras kepada fotografi, kedua-duanya membantu telefon berkamera melangkah maju sehingga inovasi kamera digital sudah boleh dimuatkan dalam telefon. Adakah ia kamera yang mempunyai telefon atau telefon yang mempunyai kamera? XPERIA...model Z dan ZL dipamerkan. Pengesan imej CCD adalah lebih matang dan mantap jika mahu dibanding antara kedua-dua teknologi yang mana isyarat daripada setiap piksel dalam pengesan untuk output tunggal analog kemudiannya diproses dalam litar berasi