Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 8, 2013

Shasha Solero "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer "

Imej
Adus banyaknya lagu tajuk dia Macam Comel Jer Macam Cantik Jer mana satu nak dengar n nk kenal siapa penyanyi dia ya. Glamour plak si Shasha Solero tu pas ni comfirm la berlakon pulak tu memandangkan tengah hot skrg nie lepas tu ada wajah yang cantik manis bertudung pulak skrg ni lagi la org berebut nak ambil dia nie. Tahniah la ya nanti dah glamour jgn lupa legoland pulak hahahaha.

Proton Perdana Baru

Imej
Proton mengeluarkan varian baru bagi model perdananya dengan mengeluarkan model Proton Perdana base on Honda Accord. Dengan bentuk depan dan belakang yang diupgrade menampakkan kegagahan perdana baru ini. Jom skodeng sikit. Kredit gambar dari paultan.org

Samsung Galaxy Round 5'7

Imej
Wahh bentuk dia melengkung tu senang nak pegang kat tangan. Belakangnya cam note 3 guna cover cam leather jer tapi plastik yang tak licin. Macam best jeer macam cantik jer jom skodeng sikit gambar dia. kalau berminat boleh cari kat kedai atau beli online jer.

Sukan SEA Malaysia vs Brunei

Kepada anak buah Ong Kim Swee tahniah kerana menang dengan Brunei walaupun banyak kecacatan dan kelemahan dibahagian pertahanan yang terlalu longgar. Nasib menyebelahi Malaysia petang semalam kerana jika di ikutkan Brunei boleh menjaringkan 4 gol atas kelekaan barisan pertahanan yang membolehkan pemain Brunei lolos dengan mudah. Penyerang mereka kurang pengalaman dan gopoh punca bola mudah ditampan dan terkeluar. Malaysia juga tidak kurang peluang keemasan didepan gol tapi tak dapat digolkan walaupun berdepan dengan penjaga gol sahaja. Lagi satu perangai yang aku tak suka pemain tengah Irfan Fazail yang banyak mengentel dan memudahkan pemain lawan merampas bola sehingga hampir menghasilkan gol . Selepas ini bertemu Laos Jumaat ini jangan main macam bertemu Brunei kalau tidak merana la jawabnya. Pertahanan perlu dibaiki segera jika kita mahu melangkah lebih jauh.

Gaji penjawat awam naik lagi

Kepada sesiapa sahaja penjawat awam yang memiliki PHD dan Sarjana akan dinaikkan gaji mereka kepada beberapa tingkat kenaikan. Wah ini satu berita yang amat mendorong kepada semua penjawat awam untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Samsung Galaxy J aka mak jemah

Imej
Galaxy J menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1920×1080 pixel, memori sebanyak 3GB RAM, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, dan kamera 13-megapixel dengan sokongan rakaman 4K. Secara kasarnya, boleh dikatakan ia membawakan gabungan spesifikasi daripada Galaxy S4 dan juga Galaxy Note 3 dalam satu peranti. Rekaan peranti juga boleh dikatakan agak menarik, jikalau dibandingkan dengan Samsung Galaxy S4 sebelum ini. Memang menarik sekali dengan bentuk yang simple sahaja tp moden. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan diperluaskan ke beberapa pasaran lain, termasuk Malaysia.

Safee Sali berkahwin lagi dengan gadis seberang.

Imej
Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali bakal menamatkan zaman duda dengan memilih gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha sebagai pasangan hidupnya. Berita mengenai perkahwinan Safee yang bergelar jutawan bola sepak apabila menandatangani kontrak lumayan dengan kelab dari Indonesia Pelita Jaya FC mula tersebar di laman web sebelum ini. Bapanya, Sali Mian, 66, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu Safee bakal mengadakan majlis pernikahannya di Indonesia. “InsyaAllah selepas itu majlis perkahwinan akan di adakan di sinilah (Bidor) pada 28 Disember ini,” katanya, namun enggan mengulas lebih lanjut. KAD kahwin Mohd Safee Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. ** Sumber Harian Metro

Tol akan naik lagi?

Betul ke ura-ura kerajaan akan menaikkan harga tol di semua lebuhraya tahun hadapan cuma yang pastinya jika betullah kadar tol naik lagi ini amat membebankan rakyat keseluruhannya. Sudahlah kadar elektrik naik, caj astro naik , minyak naik, gula naik, apa lagi yang mahu naik lagi ni. Sabor je la Malaysia masih aman.