Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 14, 2013

Berita jenayah tembak makin berleluasa

Imej
Awas anda diperhatikan Sejak 2 minggu kebelakangan ini jenayah berat makin menjadi-jadi dengan berita terbaru seorang guru ditembak mati didalam kereta, sebelum itu juga bapa dan anak ditembak mati didepan rumahnya. Apa sudah jadi sekarang ini apabila penjenayah mudah untuk membawa senjata api kemana-mana sahaja dan membunuh mangsa. Semalam juga kejadian mencuri emas dari sebuah kedai emas bernilai 3.2 juta dapat dilarikan dalam masa 3 minit sahaja yang dapat dikesan melalui CCTV. Kepada polis segera ambil tindakan dan kepada orang awam sila berhati-hati walau dimana anda berada kerana anda boleh menjadi mangsa penjenayah yang tiada perikemanusiaan lagi. Jenayah tembak menjadi budaya baru

Luaskan kuasamu Optimus G Pro dengan skrin 5.5 inci

Imej
LG menampilkan produk panas mereka iaitu Optimus G Pro yang lengkap rangkaian LTE di samping skrin sebesar 5.5 inci HD Penuh IPS bersama fungsi baru iaitu UX. Ia akan dijual pada harga RM1,888. Fungsi UX membenarkan perkakasan dibangunkan dengan ciri teknologi tinggi seperti dwirakaman yang membenarkan rakaman video dilakukan kamera depan dan belakang sekali gus serta mod Panorama Realiti Maya (VR) bagi rakaman 360 darjah pada kedua-dua kamera juga. Skrin Optimus G Pro ditetapkan pada 1920 x 1080 piksel dengan 400ppi manakala baterinya berkapasiti 3,140mAh. Ia menjadikan LG Optimus G Pro telefon pintar paling lama jangka hayat baterinya di dunia. Wah LG pun sudah mengorak langkah yang hebat seperti samsung juga kali ini dengan mengeluarkan model yang sama besar dengan samsung note II. LG OPTIMUS G PRO INFO LG OPTIMUS G PRO Harga: RM1,899 Set cip: 1.7GHz Quad-Core Qualcomm Snapdragon(TM) 600 RAM: 2GB DDR Memori: 32GB / microSD Paparan:

Canon DSLR EOS 70D baru

Imej
Canon tampil lagi dalam bidang pengimejan bersama kamera DSLR EOS 70D yang bercirikan sistem CMOS AF Dwi Piksel baru untuk fokus kepada imej lebih pantas ketika merakam video menyamai fungsi ketika merakam foto. Ia turut dikuasakan prestasi dan imej berkualiti tinggi menggunakan sensor CMOS APS-C baru beresolusi 20.2MP dan pemprosesan imej DIGIC 5+. Sistem CMOS AF Dwi Piksel yang baru diperkenalkan memasukkan teknologi fokus auto (AF) yang dimasukkan dalam sensor merakam kualiti video menyamai kualiti kamkorder. Pada masa sama, ia turut memampatkan sistem Live View AF yang mengurangkan masa fokus bagi kelancaran ketika merakam. Ia turut dilengkapi transmiter tanpa wayar di mana pengguna boleh muat turun aplikasi EOS Remote di Apps Store atau Google Play bagi memindahkan foto serta video dari kamera ke peranti lain. Aplikasi sama juga membenarkan kawalan apertur, kelajuan shutter dan ISO terus dari telefon pintar anda. CANON EOS 70D Prestasi memberangsangkan

Sony Xperia Z Ultra 6.4 inci

Imej
Peminat telefon pintar yang selama ini berhasrat untuk memiliki sebuah telefon pintar yang turut mempunyai ciri tablet boleh tersenyum lebar apabila Sony Mobile Communication (Sony) melancarkan produk terbaru mereka yang menggabungkan dua ciri itu. Pada 25 Jun lalu, Sony secara rasminya melancarkan produk terbarunya Xperia Z Ultra untuk pasaran Asia Tenggara yang menawarkan skrin definisi tinggi (HD) terbesar di dunia dengan saiz 6.4 inci menggunakan teknologi Triluminos yang dapat menghasilkan imej lebih jelas dan terperinci. Bagi menambahkan keselesaan dan gaya kepada pemiliknya, Xperia Z Ultra dicipta dengan saiz senipis 6.5 milimeter (mm) dan seberat 212 gram (g). Tidak seperti telefon pintar lain, produk ini tidak didatangkan dengan stylus kerana pengguna boleh menggunakan pensil mahupun pen untuk melukis atau menulis di atas skrinnya dan ini adalah ciri unik yang terdapat pada produk ini. SONY XPERIA Z ULTRA Untuk mengekalkan prestasi seiring dengan

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013

Imej
Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 bagi seluruh negeri di Malaysia Perlis ~RM6.00 Kedah ~RM7.00 Pulau Pinang ~RM7.00 Perak ~RM7.00 Selangor ~RM7.00 Negeri Sembilan ~RM6.50 Melaka ~RM6.50 Johor ~RM5.00/8.00 * Pahang ~RM7.00 Terengganu ~RM4.50/7.00/7.60 * Kelantan ~RM7.00 Sarawak ~RM6.50 Sabah ~RM7.00 (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan ~RM7.00 *Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.

Mahalnya makanan di bazar Ramadan

Imej
Alahai sejak akhir-akhir ini harga makanan dan juga barang melambung tinggi. Dalam bulan puasa ini, permintaan untuk makanan naik mendadak berkali ganda. Harga ayam tak semena-mena naik pulak dah lah nak beli kat bazar Ramadan pun harganya cekik darah sampaikan 1 bahagian dada ayam harga sampai cecah RM7 itu belum lagi beli yang lain tu. Sekali pergi bazar kurang-kurang pun Rm20 terbang kalau tak masak dirumah yang jenis beli jer. Oleh itu kalau ada pandai masak ke tak pandai masak ker perlu masak sendiri dirumah dapat menjimatkan duit walau tak banyak. Itu sahaja cara nak berjimat dahlah gaji lama lagi duit dikocek tinggal beberapa helai jer huhuhuhu warna biru jer...yang merah kuning hijau semua dah habis.

Diam tak diam

Sudah 6 hari kita berpuasa ya. Diam tak diam sedar tak sedar waktu terlalu pantas berlalu. Apa yang kita isi dengan waktu-waktu itu kerana ia akan ditanya nanti. Waktu malam dengan solat terawikh, waktu siang bekerja, setiap masa berzikir, membaca Al-Quraan, ayuh kita tingkatkan amalan kita dibulan yang penuh berkat Ramadan.

Lagi hinaan terhadap agama Islam

Dalam orang Islam sibuk membuat ibadat dalam bulan yang mulia Ramadan tiba-tiba timbul hinaan terhadap Islam oleh segelintir kaum yang tiada akal fikiran yang diletakkan di kaki. Telah begitu banyak sekali hinaan yang diterima oleh umat Islam dinegara ini oleh kaum-kaum lain. Kenapa jadi begitu ? Kerajaan harus melakukan tindakan tegas terhadap mereka yang cuba untuk menghina agama Islam. Pada mereka cuba fikir kalau agama mereka dihina apa yang mereka akan lakukan. Ini sudah lebih dahlah banyak perkara dan benda korang dah lakukan terhadap orang Islam, ini kalilah kita kasi hukum pancung sahaja bagi mereka yang cuba untuk menimbulkan susana tidak mesra dikalangan rakyat. Laman sosial bukan jadi laman untuk tempat menghina seperti ini " pasangan itu kononnya mereka sedang menikmati makanan tidak halal dengan keterangan gambar ‚Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!‘ Dalam kes berasingan di laman Facebook lain yang mempersenda bulan Ramadan d