Catatan

Tunjukkan catatan dari November 17, 2013

Johor Cuti Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu. Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. * Sah sudah cuti hujung minggu di Johor kembali seperti asal semula. Alhamdulillah hari Jumaat tidur dengan tenang sebab cuti so malam Jumaat adalah hari keluarga hehehehe.

Safee Sali Kembali ke JDT

Imej
SAH ! Safee Sali akan kekal bersama pasukan Johor Darul Ta'zim untuk musim hadapan. Safee amat teruja untuk kembali berkhidmat bersama pasukan JDT kerana bagi beliau "it is an unfinished business" Safee dengan nada semangat bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan berjanji akan bangkit untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat-peminat Johor Darul Ta'zim. Luaskan Kuasamu !!!

Remaja disorok di Vila Nabila

Imej
    Vila Nabila lokasi yang dikatakan tempat remaja hilang.   Johor Bahru: Kerajaan Johor akan menyemak semula status banglo tinggal dikenali sebagai Vila Nabila di Jalan Skudai di sini, sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap kediaman terbiar sejak kira-kira 40 tahun lalu itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya akan merujuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengenai banglo yang mendapat liputan meluas selepas seorang remaja dikatakan hilang ketika memasuki rumah berkenaan.  “Saya akan tanya Datuk Bandar (Ismail Karim) dan melihat macam mana sebelum sebarang tindakan diambil. Kita ingin tahu sama ada cukai dibayar atau tidak,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perancangan dan Penempatan bagi Organisasi Rantau Timur (EAROPH) 2013 di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang remaja didakwa hilang di banglo itu sebelum dia

Nama Vila Nabila popular semula setelah 40 tahun

Astro tak dibenarkan di pasang di kedai makan

"Motor kapcai tak di benarkan di highway" "Kereta 12 tahun mesti dilupuskan" "Astro tak dibenarkan di pasang di kedai makan" Kedai makan yang nak pasang astro kena daftar lain..caj tambahan rm100 setiap bulan..slot sukan..HBO..animal planet..takde..kalau ada yang ingkar..denda rm300k Benarkah apa yang aku dengar ni pasal hal-hal diatas kalau dah Astro tak boleh dipasang di kedai makan apa akan jadi orang yang x der astro kat rumah nak merempat mana nk tengok bola piala dunia tahun depan x kan kat rumah jiran pulak. Apa lah undang-undang yang dibuat ni macam x der otak betul la. Dah lah naik mendadak caj perkhidmatannya banyak pulak undang-undang baru itu ini tak boleh isk tak paham aku tak paham. Makin mengarut la pulak aku rasa siapa la yang boleh dok fikir bende macam ni dan meluluskannya ini semua menyusahkan rakyat yang telah dibebankan dengan macam-macam hal dengan GSTnya lagi. Adui...nasib baik negara masih aman.

Macam Comel Jer jadi trend

Wah popular la Syasya sekarang sebabkan video diyoutubenya macam comel jer macam cantik jer menjadi parodi dan sekarang siap ada lagu lagi yang dibuat oleh saudara Amar . Boleh tahan lagu dia sedap didengar n yang penting ada suara Syasya kat situ. Jom layan

Malaysia kalah lagi di tangan Qatar

Apalah nasib anak buah Rajagopal kali ini dimalukan di laman sendiri dengan gol mudah setelah berhempas pulas menyelamatkan dari banyak gol ditembusi ucapan terima kasih kepada Apek kerana cemerlang malam tadi tapi dengan kesilapan keluar untuk mengejar bola akhirnya dihukum dengan gol mudah sahaja. Nasib Rajagopal bakal ditentukan selepas disember ini kerana kontraknya akan tamat tapi aku rasa FAM tak akan buang si Rajagopal dan akan melantik semula untuk  5 tahun akan datang itu aku punya pendapat la . Cuma FAM sahaja yang tahu. Aku tengok ramai betul pemain JDT main malam tadi yang pasti aku dapat bayangkan bagaimana permainan JDT pada musim 2014 nanti.Kekalahan demi kekalahan terus menghambat skuad harimau malaya walau main dengan kelab sambilan sahaja. Aku sayang pada bola sepak Malaysia tapi itulah yang mampu sebab aku x boleh main bola pun tahu cakap jer. Lakukan perubahan FAM demi masa depan bola sepak Malaysia.

Kekalahan Malaysia di Bahrain

Aku dah cakap dah memang dah tak relevan lagi Datuk Rajagopal ni membimbing skuad kebangsaan perlu diganti segera dengan coach baru tapi apa kan daya sudah suratan takdir penentu segala eh macam Jamal la pulak ayat aku ni. So FAM please do something untuk kebaikan ranking Malaysia di mata dunia. Perubahan yang diperlukan sekarang demi kebaikan masa depan bola sepak Malaysia. 

JOM MENDERMA BUAT MASJID

Imej
SILALAH MENDERMA UNTUK SAHAM AKHIRAT