RUANG PENGIKLANAN



Rabu, 5 Januari 2011

Nikon D800 & D400

Dengar-dengar Nikon akan mengeluarkan model terbaru D800 & D400. Dari sumber yang boleh dipercayai Nikon akan mengeluarkan model baru tersebut pada bulan Januari 2011. Kita tunggu dan lihat.

Ditulis oleh Royzam

Isnin, 3 Januari 2011

Naik Kapal Di Sungai Melaka

Satu pengalaman yang berbeza naik kapal pada waktu malam di Sungai Melaka pada waktu malam. Dengan pemandangan yang cantik dengan dilimpahi warna-warna lampu yang menerangi sepanjang sungai melaka. Perjalanan menaiki kapal mengambil masa 40 minit ulang alik dari jeti. Memang meriahlah menaiki kapal nie.

Antara gambar yang sempat diambil




Ditulis oleh Royzam

Ahad, 2 Januari 2011

Jom pergi Melaka Wonderland

Salam semua pembaca blog, di Melaka terkini ada taman tema air terkini yang berada di Air Keroh yang dinamakan Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan sesat sebab sign board dilindungi dengan daun kelapa sawit hehehe. Jika anda dari Plaza Tol Air Keroh anda kena lihat sebelah kanan pada lampu trafik pertama berdekatan dengan taman Mini Malaysia. Kalau dari Hotel MITC Ancasa Hotel memang dekat lah theme park ni terus jumpa bulatan dan dalam 200 meter belok kiri dan nampak balai polis terus dan jumpa bulatan kecil belok pukul 3 dan terus je la jumpa la taman tema Wondeland tu.




Menjejakkan kaki kat sini rasa teruja jer sebab pertama kali la nak pergi sini. Sampai-sampai tengok tempat  parking memang sikit jer tapi bolehlah sebab barukan. Lepas bayo tiket jalan masuk jauh juga dalam 100 meter dan jumpa tempat tukar baju. Lepas tu jumpa pulak kolam mandi berombak dan naik bukit sikit jumpa pulak kolam yang agak besar untuk mandi kanak-kanak. Tempat cruisenya pendek giler. Lagi yang best dari tempat lain adalah gelongsor yang amat menyeramkanlah, dia punya curam mak aiii curam giler. Ada cafe tapi saya tak beli apa-apa sebab tengok harga boleh tahan la mahal, makan luar jer hehehe. Kalau anda nak rasa datang la sendiri lihat.

kat sini saya sertakan berberapa keping gambar yang sempat diambil















Ditulis oleh Royzam

LinkWithin