Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 28, 2013

FAM SAYANG SANGAT PADA RAJAGOPAL I LOVE U LAHHHHHHHH

Imej
LOVE U LAH RAJAGOPAL Tiada masalah untuk FAM pecat sahaja Rajagopal tu tapi disebabkan sayang yang teramat sayang sehinggakan melupakan semua apa yang terjadi pada skuad harimau malaya sekarang ini. Tak kisah la carik la penganti sementara pun ok apa asalkan bukan di Rajagopal tu. Nak tengok lagi ke harimau malaya dimalukan lagi ker. Aku tak paham memang tak paham, ilmu apa yang diguna oleh Rajagopal ini sampaikan FAM pun tak berani nak pecat jurulatih ini. Aku sarankan FAM terus ikat si Rajagopal ini menjadi jurulatih harimau malaya seumur hidup jer senang. Semua tak penting janji sayang Rajagopal masih didepan mata. Kata Rajagopal dengan nada yang angkuh " Jangan ganggu kerja saya".

Adakah begini wang zakat diedarkan?

Imej
Sudah banyak kali ku dengar berita yang susah sangat nak mohon bantuan dari PPZ ni betul ker? Jika ada betulnya perbaiki kaedah pengagihan dan pemberian wang zakat ni. Kaedah permohonan yang dipermudahkan tak perlu banyak birokrasi jumpa orang tu jumpa orang nie mintak sokongan orang tu orang nie.

Ninetology menawarkan smartphone terbaru

Imej

Rajagopal dimalukan di Jepun

Imej
Hahahaha experimen amat berjaya dari Datuk Raja di Jepun tahniah sekalung tahniah diucapkan buat jurulatih paling aku kagum didunia ini. Dengan 3 perlawanan bersama kelab divisyen 1 dan 2 jepun skuad Rajagopal menang sorak jer dengan bolos 12 tanpa ada jaringan. Memang sudah dijangka dengan kelab-kelab bawahan sahaja tu main tapi boleh kalah juga pelik betul tektikal apa la yang digunakan sampai keputusan yang amat-amat memberangsangkan ini.FAM akan bermesyuarat hari ini bagi menentukan nasib jurulatih yang dah letih dah ni. FAM tolong la cari pengganti baru yang mempunyai idea baru untuk bolasepak Malaysia.

Biadap dan menghina sungguh video terbaru menghina Islam

Imej
Belum pun reda dengan kes sebelum ini tentang video menghina islam kali ini muncul lagi video yang menghina islam dimana seorang menyambut aidilfitri bersama anjing.Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya.Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk. Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing. * Sumber Berita Harian dia ni keturunan apa buat malu kaum sendir jer ? Melayu jantina apa ? Wanita/perempuan/tomboy Tak sudah-sudah pasal menghina Islam bagaikan satu barah yang bahaya jika berterusan umat Islam diMalaysia dihina sedemikian. Aku rasa ini sudah lebih

Azmi Mohamad ganti Fandi Ahmad Jurulatih Johor DT

Imej
Jurulatih baru Johor DT Azmi Mohamad Akhirnya masa depan Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih Johor Darul Takzim (DT) terjawab, semalam selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak menggantikannya dengan jurulatih Johor FC, Azmi Mohamad. Fandi bagaimanapun masih dikekalkan sebagai pengurus Johor DT sepanjang saingan Piala Malaysia yang bermula pada 20 Ogos ini. La pulak dengar-dengar nak guna jurulatih import tak jadi ker ? X per la murah sikit dari guna kepakaran luar baik guna anak jati johor jer sebab nak ambil Pablo Aimar punya pasal la nie sampai RM6.1 juta untuk semusim. Berbaloi ker nanti tu dengan harga yang wow dapatkah Johor DT merangkul kejuaraan liga, FA atau Piala Malaysia. Saudara Fandi Ahmad dan penolong jurulatih terima kasih

FAM Sila Pecat Rajagopal Segera

Imej
Apa sudah jadi dengan skuad bolasepak kebangsaan harimau malaya kekalahan demi kekalahan dialami namun ketua jurulatih masih disayangi dan dijaga dengan baik walaupaun pelbagai pihak sudah muak dengan sikap FAM yang masih berdegil tidak mahu mencari pengganti jurulatih baru. Kenapa lagi simpan jurulatih yang sudah tidak boleh membawa kemenangan kepada skuad kebangsaan dengan kelab kedua tercorot jepun pun kalah besar 0-5. Tolong la FAM kami ni penyokong dari belakang jer anda yang membuat keputusan tapi kalau macam inilah sikap anda sampai bila bolasepak Malaysia nak maju dan dihormati. Prestasi Harimau Malaya terus merudum, daripada 12 perlawanan hanya menang dua kali, seri satu dan sembilan aksi lagi tewas