Tip mengambil gambar guna lenses jenis wide & zoom

Ade orang bertanya, lens yang terbaik untuk wedding?? Lens yang sesuai untuk wedding?? Jawapan aku mudah lens yang mempunya F2.8 atau f2.8 ke bawah (constant) adalah yang terbaik. Kalau tak dapat yang  rendah F nya yang mana korang mampu pun jadilah. Mudahkan dan tak payah nak banyak berceloteh. Hehehehe. Tapi bukan semua orang boleh dapat lens f2.8 dengan harga yang beribu riban. Mari kita bincang secara ringkas dan tak perlu aku mengolah dengan panjang lebar. Aku pun bukan pandai mengarang pun. Hehehe.

Bagi aku yang tak seberapa GAH dalam wedding photography ni, aku rasa sekurang-kurangnya kita perlukan 2 lens yang penting iaitu:

Contoh Wide Lens
 
Contoh Zoom Lens



Kenapa wide lens???, penting dan banyak kegunaannya terutama pada ruang yang sempit. Boleh digunakan juga waktu outdoor iaitu memasukkan elemen-elemen bangunan di dalam gambar. Wide lens ni membantu dalam 'menghias' gambar dengan background subject yang cantik dan dapat cover event keseluruhan perkahwinan. Cuma kena berjaga-jaga kerana terdapat lens yang mempunyai distortion yang tinggi. Perlu berhati-hati bila meletakkan subject kerana kemungkinan subject anda akan menjadi kembang, kecik, besar, senget (distortion). Hehehe.

Kenapa Zoom Lens???, kerana untuk portraiture dan untuk mendapatkan bokeh yang lazat. Diakui prime lens boleh memberi gambar portraiture yang baik dan bokeh yang mantap. Tetapi zoom lens ni membolehkan kita zoom dari jarak focal length yang berbeza-beza. Itu la kelebihannya.

Aku tak mencadangkan lens jenis/brand ape yang sesuai, banyak topik ni dah dibincangkan dalam forum dan ramai photographer dah bagi pendapat. Korang on jer iphone 4 korang tu dan search jer.


Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel