Apa kes laser jadi bahan
Setelah sekian lama, gelombang bolasepak melanda 2 negara serantau yang berjiran di Final AFF 2010 dimana laser menjadi bahan sebagai perbualan membantu kemenangan Malaysia. Apa kena mengena dengan laser ini, kalau pemain tidak bermain adakah bola akan menerjah masuk ke dalam gawang atau laser yang masukkan, kelakar betul. Jika diamati semasa malaysia menentang indonesia pada pelawanan pertama tengok muka penjaga gol malaysia yang dipenuhi cahaya hijau pada gol pertama mereka. Ini angkara siapa. Tunjukan semangat kesukanan bukan perang. Buat pemain Malaysia tunjukan semangat kesukanan yang tinggi dan jangan terikut-ikut dengan karenah pemain dan penyokong lawan yang sememangnya over. Teruskan usaha kaki dah sebelah jadi juara kekalkan momentum anda semua. Buat semua rakyat Malaysia teruskan sokongan anda dan berdoa Malaysia menang.
Ditulis oleh Royzam
Ditulis oleh Royzam