RUANG PENGIKLANAN



Ahad, 2 Januari 2011

Jom pergi Melaka Wonderland

Salam semua pembaca blog, di Melaka terkini ada taman tema air terkini yang berada di Air Keroh yang dinamakan Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan sesat sebab sign board dilindungi dengan daun kelapa sawit hehehe. Jika anda dari Plaza Tol Air Keroh anda kena lihat sebelah kanan pada lampu trafik pertama berdekatan dengan taman Mini Malaysia. Kalau dari Hotel MITC Ancasa Hotel memang dekat lah theme park ni terus jumpa bulatan dan dalam 200 meter belok kiri dan nampak balai polis terus dan jumpa bulatan kecil belok pukul 3 dan terus je la jumpa la taman tema Wondeland tu.




Menjejakkan kaki kat sini rasa teruja jer sebab pertama kali la nak pergi sini. Sampai-sampai tengok tempat  parking memang sikit jer tapi bolehlah sebab barukan. Lepas bayo tiket jalan masuk jauh juga dalam 100 meter dan jumpa tempat tukar baju. Lepas tu jumpa pulak kolam mandi berombak dan naik bukit sikit jumpa pulak kolam yang agak besar untuk mandi kanak-kanak. Tempat cruisenya pendek giler. Lagi yang best dari tempat lain adalah gelongsor yang amat menyeramkanlah, dia punya curam mak aiii curam giler. Ada cafe tapi saya tak beli apa-apa sebab tengok harga boleh tahan la mahal, makan luar jer hehehe. Kalau anda nak rasa datang la sendiri lihat.

kat sini saya sertakan berberapa keping gambar yang sempat diambil















Ditulis oleh Royzam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekapur sirih seulas daun palas, sudah baca harap berbalas-balas.

LinkWithin