Pemain badminton wanita mesti pakai skirt

Wanita bukan objek seks: BWF
2011/05/06

“BUKAN niat kami mahu gambarkan wanita sebagai objek seks,” kata Timbalan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Paisan Rangsikitpho dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pemain dan pegawai yang tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mensyaratkan pemain wanita memakai skirt dalam perlawanan bermula 1 Jun ini.
Rangsikitpho menafikan badan induk badminton dunia itu mengeksploitasi wanita dan bertujuan untuk “membezakan perlawanan wanita”.
“Ini adalah bagi menarik lebih ramai peminat daripada generasi muda dan tua, dan dikalangan lelaki dan wanita di mana penampilan yang lebih menarik dan bergaya tentunya faktor yang penting,” katanya yang turut menjelaskan pemain tidak perlu menggunakan skirt pendek dan masih boleh memakai seluar pendek atau panjang di bawah skirt.

Jelasnya, peraturan itu yang ditunda dari 1 Mei kepada 1 Jun ini juga bertujuan meningkatkan lagi profil perlawanan wanita apabila hadiah perlawanan wanita disamakan antara lelaki dan wanita.

Beregu India, Jwala Gutta dalam satu kenyataan membantah tindakan menentukan pemakaian skirt di kalangan pemain wanita.“Atlit sepatutnya diberi pilihan apa mahu dipakai dalam gelanggang. Ini adalah pendekatan digunakan pada abad ke-21,” katanya. - AFP


ULASANKU

Apa relevannya peraturan ini mewajibkan pemain wanita memakai skirt, suka hati la pemain wanita nk pakai apa yang sampai buat peraturan ini buat apa. Kenapa pemain wanita pakai seluar tak cantik ke or pakai skirt nampak  lebih seksi, apa kejadahnya semua ini. Kalau pakai skirt pun mesti dia pakai seluar ketat didalamkan x kan nk pakai spender jer. Adus ini dah abad ke21 bukan taun1900. Apa la dan aku tak setuju langsung. Boikot jer semua pemain wanita jangan turun main semua perlawanan.

Ditulis oleh Royzam

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel