Malaysia masih memiliki senjata ampuh di Taiwan nanti

NORSHAHRUL (dua dari kiri) pasti dituntut Rajagobal untuk perlawanan timbal balik di Taiwan esok jika keadaan terdesak. 

KEMENANGAN tipis 2-1 ke atas Taiwan dicatat skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu sesungguhnya bukan menerusi kesebelasan terkuat, sebaliknya masih ada senjata ampuh disimpan oleh pengendalinya, Datuk K Rajagobal.
Ketika percaturan ketua jurulatih itu menurunkan skuad berbeza berbanding skuad juara Piala AFF Suzuki dipersoalkan, dia sebenarnya sekadar mahu menguji beberapa muka baru yang diserapkan dalam pasukan kebangsaan.
“Kita perlu menilai pemain dari semasa ke masa dan saya pasti untuk perlawanan seterusnya mereka akan bertambah matang,” kata Rajagobal.

“Kemenangan ini seharusnya dilihat dari sudut positif dan saya yakin jika pemain mengekalkan tumpuan pada perlawanan kedua nanti, kita akan melangkah ke pusingan seterusnya.”

Malaysia akan menentang Taiwan dalam perlawanan kedua, pusingan pertama di Stadium Taipei, esok dengan pemenang akan menentang Singapura pada pusingan berikut.

Pada perlawanan di depan lebih 45,000 penyokong tempatan itu, Rajagobal tidak menurunkan penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang lincah, Norshahrul Idlan Talaha kerana kedua-dua pemain Kelantan itu masih belum cergas sepenuhnya.
Fahmi dan Norshahrul antara tonggak utama kemenangan negara dalam saingan peringkat Asia Tenggara Disember tahun lalu, dan jika keadaan terdesak, khidmat mereka pasti dituntut Rajagobal untuk perlawanan timbal balik di Taiwan esok.

Ketiadaan penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki pada perlawanan esok, Safee Sali yang kemungkinan besar tidak dapat diturunkan kerana kecederaan, bukan masalah besar kerana skuad 23 pemain dibawa Rajagobal kali ini mempunyai jentera serangan terbaik yang mampu mengisi kekosongan itu.

Ditulis oleh Royzam

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel