Result Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 2011

Foto
Syahrul Azwari Ibrahim

JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok.
“Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee.
Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan.

Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran.

Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67.

Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.
aku tulis nie percaya tak?

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel