Yang di-Pertuan Agong ke-14

SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selepas menandatanganinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 di Istana Negara, semalam. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatat sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama 1970-1975 ketika baginda berusia 43 tahun semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein. - Foto BERNAMA
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah lafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14


Ini kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama adalah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lalu untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam, menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, kelmarin.
Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Istiadat semalam adalah yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lalu.


aku tulis nie percaya tak? dicedok dari Berita Harian

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100

Cerita Awek Cun Bogel