Pelajar pintar kita berubah bila keluar negara?

Aku baru mendapat berita yang agak mengemparkan jugak la pasal pelajar-pelajar pintar @ cerdik pada awalnya tapi akhirnya hancur belum pun sampai ke penghujungnya. Lepas satu, satu dibongkar kenakalan pelajar-pelajar pintar @ cerdik kita yang melanjutkan pelajaran diluar negara. Kejutan budaya atau influence luar yang amat kuat mengugat kecerdikan mereka berfikir dan keimanan mereka. Dimana silapnya adalah langkah menghantar dan menaja mereka belajar keluar negara dengan membazirkan wang rakyat akhirnya menjadi sampah yang tidak mendatangkan hasil kepada negara. Mereka dijadikan "IKON" kepada remaja-remaja dan anak-anak kita untuk belajar pandai seperti mereka tapi apa sudah jadi kepada mereka. Siapa yang memantau mereka disana. Yang terbaru adalah pemegang rekod SPM 2004 17A  Nur Amalina Che Bakri. Jika anda nak tengok gambar terkini beliau yang sedang belajar diluar negara sila google sahaja keluarlah gambar dia nanti yang dikatakan telah berubah dari ada kepada tiada dan makin sikit pulak kainnya. Semoga beliau sedar akan kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan. Biarlah berubah dengan ikhlas . Kepada adik-adik yang ingin belajar ke luar negara pandai-pandailah memilih kawan dan kuatkan iman anda.  Anda kesana untuk belajar bukan untuk menjadi seperti mereka yang telah terpesong peradabannya. Fikir-fikirlah dan selamat beramal. 

aku tulis nie percaya tak?

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100