Isu Makanan Halal Haram Dalam Satu Tempat
Ya berkenaan isu halal haram makanan yang kita makan seharian seperti tiada kesudahannya kerana baru-baru ini satu serbuan telah dibuat oleh pihak berwajib yang telah menyiasat sumber makanan sejuk beku telah menjumpai makanan sejuk beku halal dan haram telah disimpan dalam satu tempat dan diletakkan dalam keadaan yang bercampur. Apakah kes ini adalah kecil atau sebenarnya semua yang kita beli yang berada dipasaran sekarang ini adalah bercampur dengan makanan haram sewaktu disimpan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Persoalan ini bermain dikalangan masyarakat Islam dan mengundang was-was untuk membeli barangan makanan tersebut. Permasalahan ini perlu ditangani segera bagi memastikan makanan halal tidak bercampur dengan makanan haram yang disimpan dalam satu tempat. Kebanyakan masalah ini berlaku adalah di tempat pemborong makanan. Jadi sebagai masyarakat Islam perlu ada satu hub halal atau satu tempat penyimpanan yang khas hanya untuk umat Islam sahaja diwujudkan.