Bahana Main Pistol Mainan?


SEORANG ahli keluarga mangsa melihat tempat Muhammad Faris Faisal menemui ajal di rumah neneknya di Ketereh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Gara-gara menyangkakan ia pistol mainan, seorang kanak-kanak tujuh tahun mati akibat tertembak di dahi manakala bapa saudaranya cedera parah dalam kejadian pada pukul 9 malam kelmarin di rumah neneknya di pekan Ketereh dekat sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Muhammad Faris Faisal Hisham yang baru menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di Johor selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di pekan itu.
Beliau berkata, turut terkena tembakan di dada ialah bapa saudara mangsa, Mohd. Hilmi Ghazali, 31, seorang pembantu tadbir di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.
Mohd. Hilmi yang cedera di dada akibat terkena tembakan berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaanya dilaporkan stabil.
"Mangsa menemui senjata api tersebut yang disangka pistol mainan lalu memetik picu dan tertembak di dahi menembusi kepalanya sebelum terkena Mohd. Hilmi yang berada di belakang mangsa.
"Melihat mangsa cedera, ahli keluarga mangsa mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Ketereh untuk rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini semalam.


* Ucapan takziah buat keluarga mangsa semoga cekal menghadapi dugaan ini. Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pistol atau senjata api jangan letak sembarangan kerana perkara yang tak diingini boleh berlaku.  Bagaimana polis ini boleh membawa balik pistol ini kerumah sedangkan hanya waktu kerja sahaja dibenarkan membawa senjata api. Pihak  polis haru membuat satu tindakan tegas bagi anggotanya yang membawa senjata api supaya tidak membawa senjata itu balik ke rumah.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100