Jom beriadah diHutan Bandar MBJBT

Hujung minggu dihabiskan dengan membawa anak ke Taman Hutan Bandat MBJBT di Mutiara Rini. Ramai sungguh pengunjung setiap kali hujung minggu sampai parking pun susah dan kereta diparking di bahu jalan. Banyak kemudahan disediakan disini tempat permainan kanak-kanak yang banyak, trek untuk jogging pun panjang, kawasan untuk bermain layang-layang pun ada. Kolam pun ada tapi tak boleh mandi hanya kura-kura sahaja dibenarkan mandi disini. Kalau ada masa datanglah sini dibuka sehingga jam 7.00 ptg sahaja nanti pak guard sound kalau lebih-lebih nak lepak kat sini. Malam tidak boleh masuk kang macam-macam hal pulak, kepada yang nak merendek datang siang-siang ya tapi dinasihatkan jangan pegang-pegang duduk renggang-renggang ok. Jom skodeng apa yang sempat aku skodeng.

Main layang-layang

Berjogging jalan pun boleh

Kolam ikan tapi tak boleh memancing

Waktu senja

Permainan kanak-kanak

Layang-layang nun tinggi menuju bulan

Senja nan permai

Ada lampu macam kat I-City ShahAlam

Nak main remote control pun boleh- jet pejuang nie

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100