Kagawa kini milik Manchester United

United lamar Kagawa

AKSI hebat Kagawa ketika bersama Dortmund telah menarik perhatian Ferguson.


MANCHESTER, England – Pemain kebangsaan Jepun, Shinji Kagawa menjadi pemain pertama dibeli Manchester United pada musim panas ini selepas kelab gergasi Liga Perdana England itu mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dengan kelab lama pemain berkenaan, Borussia Dortmund.
“Manchester United dengan gembiranya mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund dan Shinji Kagawa mengenai perpindahannya ke Old Trafford,” jelas satu kenyataan United semalam.
“Perjanjian akan bergantung kepada keputusan ujian perubatan pemain itu serta kelulusan permit kerjanya ke Britain. Semua syarat ini dijangka diselesaikan pada hujung Jun ini.
“Maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa tersebut.”
Perpindahan itu diramal mencecah sekitar £12 juta (RM59.1 juta).
Pengurus United, Alex Ferguson dan pembantunya, Mike Phelan telah menyaksikan persembahan Kagawa ketika bintang Jepun itu menjaringkan satu gol serta mencipta satu lagi peluang jaringan ketika Dortmund mengalahkan Bayern Munich 5-2 pada final Piala Jerman sebelum ini.
Kagawa menyertai Dortmund daripada kelab Jepun, Cerezo Osaka pada 2010.
Dia telah menyumbang 21 gol dalam 49 penampilan Liga Jerman untuk Dortmund, sekali gus membantu kelab tersebut menjuarai gelaran liga dua musim berturut-turut.
Perancang berusia 23 tahun itu ketika ini dalam tugasan antarabangsa bersama Jepun dan turut memainkan peranan utama dalam kemenangan 3-0 ke atas Oman pada kelayakan Piala Dunia minggu lepas. – AFP


* dipetik dari kosmo 6.6.2012

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100