Result Manchester City vs Malaysia X1

Malaysia kalah kepada Manchester City 1-3 malam tadi. Permainan Malaysia agak lain pada malam ini tidak seperti masa perlawanan menentang Arsenal yang nampak garang sikit. Kali ini kita nampak berhati-hati sampaikan pemain Manchester City membuat hantaran-hantaran pendek  yang cantik tanpa diganggu pemain Malaysia. Pertahanan kita sesekali nampak kosong sehingga mudah untuk lolos seperti Teves dan Kun Aguero yang licik bila didepan gol. Farizal Marlias banyak menyelamatkan bola deras sepakan pemain Manchester City. Penyerang kita kurang mendapat bola dan sokongan pemain tengah dan sayap kurang hantaran kepada penyerang kita Safee Sali dan Mat Yo. Gol Malaysia hasil gerakan pantas yang disudahkan oleh Azamudin Akil dengan larian pantas menewaskan penjaga gol gantian yang baru dimasukan. Lagi sekali kenapa Rajagopal memasukan Rozaimi sebagai bek kiri sedangkan pemain ini layak duduk diposisi sayap atau penyerang. Jika dilihat pemain ini banyak naik keatas dari menjaga bek kiri seperti yang diarahkan oleh Rajagopal. Tapi jika dilihat permainan Malaysia agak meningkat sedikit berbanding sebelum ini.


Jom skodeng video gol-gol perlawanan


Malaysia 1-3 Manchester City footyroom.com by Futbol2101

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100