Jualan Murah Mercun Raya
Pakej menarik beli mercun
1 biji mercun bola 1 jari RM0.50 jer
2 biji mercun bola 2 jari RM1.00 jer
3 biji mercun bola 1 tangan kudung habis RM1.50 jer
Hancur! hancur! hancur! tangan aku kena mercun tolong! tolong! tolong!. Tak habis-habis aku dengar berita berkenaan tangan hancurlah, mata butalah, angkara bermain mercun. Tiap kali raya tak kira raya apa orang melayu kita jugak yang kena mercun tak pernah pulak aku dengar bangsa lain kena mercun sampai kudung tangan, jari , kaki dan sebagainya. Dah tahu mercun tu bahaya tapi nak main jugak. Dah kena baru tahu. kepada anak-anak jangan main mercun jika tak tahu nak kendalikannya. kepada mak bapak janganlah belikan anak anda mercun yang terang-terang membahayakan anak anda. hari ini sahaja aku tengok berita ada kes baru bermain mercun bola sampai kudong tangannya hancur terkena ledakan mercun bola tersebut kerana ingin membuat experimen.
Jom skodeng berita tersebut
NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.
KOTA BHARU: Eksperimen tak menjadi. Itulah nasib dua sahabat yang cuba meletupkan 20 biji mercun bola dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat Tunjong, di sini, semalam.
Akibatnya kedua-dua mangsa itu bukan sahaja bertempiaran menyelamatkan diri, sebaliknya menahan kesakitan dengan seorang hancur pergelangan tangan kanan dan rakannya melecur beberapa bahagian badan dan mata kabur.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Shahril Afendi, 20, dan Mohd Ahmad Ismail, 19, yang juga pekerja kedai buah di kawasan berkenaan baru habis bekerja dan mengisi masa terluang dengan bermain mercun.
Mereka kemudian ke kawasan lapang di belakang kedai dan mengumpulkan 20 biji mercun bola dalam sebuah bekas plastik sebelum Mohd Shahril cuba mencucuh sumbunya, tetapi tidak menyala dan sekali lagi mencuba sebelum mercun itu meletup.
Pergelangan tangan kanan Mohd Shahril hancur dengan satu jarinya terpelanting di atas tanah manakala Mohd Ahmad melecur di beberapa bahagian badan serta matanya kabur selepas terkena percikan api mercun.

Mercun Bola ini amat bahaya |
Tangan Hancur Angkara Mercun Bola |
Kesian adik ini akibat bermain mercun |