Seminggu Beraya
Salam buat semua,
Dalam diam kita dah seminggu berhari raya ya sungguh cepat masa berlalu. Kanak-kanak riang beraya mencari duit raya sedangkan mak bapak pening memikirkan masalah kewangan yang bakal menyusul selepas raya kerana hutang. Aku rasa tradisi kunjung mengunjung sekarang ni dah kurang sikit sebab dah lari dari landasan yang sebenar. Aku tengok dan perhatikan bebudak hanya nak cari duit raya sahaja bukan sebab nak mengeratkan silaturahim dan saling kenal mengenali jiran-jiran atau saudara mara. Aku rasa pasti ramai yang dah tak kenal mana sedara mara mereka. Sekali nak kawin jer tup-tup rupanya sedara sendiri la rupanya nak jadi besan. So sekarang kita kena ubah tradisi bagi duit raya ni kerana ia membebankan baik derma kat orang lebih memerlukan seperti anak yatim ke orang susah kat rumah kita ker tapi tak kisah lah ia semua atas niat kita. Selamat berhari raya semua semoga selamat dalam perjalanan pulang untuk bekerja semula.